BAB 17

3.5K 243 7
                                    

Farah mengikut tok abah pusing di sekitar kawasan kawasan kampung. Tokabah juga memperkenalkan Farah kepada orang kampung. Okey kat sini aku ada feel seorang artis sikit! Jalan lima langkah, ada orang interview!

Ada juga budak budak datang dekat. Ceh budak form1,form2 gitu lah sebenarnya hahaha. Tahu diorang cakap apa?

"Hai? Akak ni cantik lah! Macam Mia Ahmad! Jom selfie!"

Time tu aku terus tergelak okey? Kau bayangkan lah, cakap muka aku macam Mia Ahmad semata mata nak ajak selfie? Takde life seh! Hahaha.

Setelah puas meronda, tok abah membawa aku ke warung berhampiran kawasan masuk kampung.

"Eh bah, kau bawa awek mana pula ni?" Soal seorang pakcik lebih kurang sebaya tok abah rasanya. Okey tak sesuai panggil pakcik. Kita panggil atok okey?

"Awek mana lagi wak? Cucu aku lah ni!" Jawab tok abah sambil ketawa.

"Hai atok!" Tegur Farah sambil melambai tangan. Atok yang dipanggil wak itu tersenyum.

"Aku balik dulu lah. Orang rumah tu kang kepanasan kalau aku tak balik nanti!" Tok abah dan Wak ketawa serentak.

Setelah itu ada seorang lelaki datang menghampiri meja tok abah dan Farah.

"Pian! Bila kau balik ni?" Tegur tok abah.

"Baru je semalam tok bah! Ha ni nak oder apa?" Soal lelaki tersebut.

Farah memandang muka lelaki itu.

"Muka awak macam familiar!" Tegur Farah.

Lelaki tersebut memandang Farah. Kemudian dia tersenyum.

"Lah, awak Farah kan! Yang semalam tunggu kat depan rumah tokbah ni kan?" Soal Sufian.

"Haa betul lah tu! Tapi saya tak ingat nama awak lah. Apa ya?" Farah memikirkan nama lelaki itu.

"Sampai hati awak lupa ya? Baru je semalam berkenalan."

Farah tersengih memandang Sufian.

"Budak Farah ni memang, Pian! Pelupa! Mengalahkan tokmak dia tu ha!" Perli tok abah sambil ketawa.

Farah memuncungkan bibirnya. Sufian tertawa.

"Nama saya Sufian lah! Panggil Pian je."

Farah tercengang. Apahal tiba tiba nama Pian ni femes pula ya? Ish ish ish. Tak boleh jadi ni!

"Taknak lah panggil Pian. Saya dah ada Pian saya! Saya panggil awak...Sufi!"

Sufian memikirkan sesuatu. "Hm pon boleh lah! Janji ada nama, dan awak tak lupa! Hahaha. Eh cepat, nak oder apani? Lenguh kaki dah ni berdiri dari tadi!" Bebel Sufian.

Farah ketawa. Mereka oder air sahaja. Sementara menunggu air sampai, tok abah berkata sesuatu.

"Pian tu, dia anak tunggal! Teringin nak ada adik katanya. Tapi, apa nak buat. Tak ada rezeki." Farah sekadar mendengar bagaikan angin lalu sahaja.

Well Farah kan. Pernah pula nak amik perhatian apa yang orang cakap? Hahaha.

"Ahhhh PIAN!!!!" Jerit Farah teruja. Nasib baik lah tok abah dan tok mak tiada di rumah. Kalau tak...mahunya di sumbat mulut aku dengan terompah!

"Woi!!! Ingatkan sejak pindah ni, dah insaf. Rupanya...nauzubillah! Tak berubah! Hahaha!" Pian ketawa dihujung talian.

Farah mencebik.

"Alah kau, bersyukur sikit aku ni still excited nak berbual dengan kau tau! Kalau tak...kirim salam lah jawabnya!" Balas Farah sambil ketawa.

"Hahaha kau ni Farah! Alahai rindu aku nak dengar kau gelak macam setan ni! Sejak tak ada kau kan, sumpah weh, lifeless aku kat sini!"

"Ceh ceh, sebenarnya rindu aku kan? Hahaha setan tu kau! Gelak aku ni comel apa! Alolo syiannya awakk! Hahaha meh lah datang sini. Kan tengah school holiday ni? Meh lah meh lah..." Pinta Farah .

"Memang rindu pun! Rindu gila gila tahu tak! Hahaha. Woi! Gelak comel kau cakap? Kau tahu tak, gelak kau ni salah satu punca Firman tak suka kau! Bikin bingit ini telinga! Hahaha. Mana aku nak cekau duit bayar tambang pi sana nanti? Aku tak kaya macam parents kau oke? Huhuhu." Pian berkata panjang lebar.

Farah menjerit. "PIAN!!!!! Abang pengawas ku!!!! Alah rindunya."

Pian sudah terdiam. Menyesal pulak aku mention nama mamat tu tadi!

"Eh bahlol? Relaks boleh tak? Kau rindu dia buat apa? Baik kau rindu aku yang sentiasa merindukan diri mu duhai Farah Nur Syazlin ku!"

Farah dan Pian tergelak besar.

"Bodoh lah kau! Ayat geli siak! Hahaha. Eh eh! Kau ingat tak masa form1 dulu? Yang kau nak protect diri kau daripada kena denda dengan cikgu Diana? " Soal Farah teruja.

Pian mengangguk angguk kepala. Eh! Kau angguk Farah tak nampak lah!

"Eh yes yes! Aku ingat! Ingat gila! Hahaha! Pasal ni kan?"

Flashback form1.

"Eh Farah! Kau dah siap sains?" Soal Pian.

"Ofcourse dah! Jarang lah Farah yang comel ni tak siap kerja kan?" Jawab Farah bangga.

"Eii aku tak siap siak! Macam mana ni?" Pian gelabah.

Farah berfikir sebentar. "Haa!" Farah mempunyai idea.

"Aku ada satu idea!" Baru Farah hendak memberi tahu ideanya, cikgu Diana sudah masuk.

"Alah Pian! Tak sempat nak bagitahu!" Ujar Farah perlahan.

Pian sekadar membuat muka tenang. Okey Pian, fikir idea sendiri okey?

"Sila buka latihan yang saya beri semalam dan letak diatas meja!" Ujar ckgu Diana sambil menghempas rotannya ke atas meja. Masing masing terkejut dan segera mengeluarkan buku.

"Pian! Kenapa awak tak siap?!!" Jerit cikgu Diana ketika melihat buku latihan Pian.

Farah di sebelah sudah menahan senyum. Ayok Pian!! Ayok Pian!!

Pian tersengih memandang muka cikgu Diana. Kemudian dia memandang latihan yang tak siap itu.

"Eh yeke saya tak siap cikgu?" Soal Pian sambil mengecilkan matanya memandang bukunya.

"Apa awak ni buta? Tak nampak tu...jawapan awak kosong!" Cikgu Diana menunjukkan latihan yang tidak dibuat.

"Eh apa pula kosongnya cikgu? Cikgu lah jawapannya....yang telah mengisi kekosongan diruang hati saya!" Jawab Pian sambil tersengih.

Farah disebelah sudah ketawa. Pelajar lain menahan senyuman.

"Awak jangan nak main main! Ni, kenapa tak jawab soalan sinaran ni? Awak ni tak faham soalan ke?" Soal cikgu lagi.

Pian menggaru kepalanya. "Entah lah cikgu! Saya pun tak faham! Mungkin sinaran tu cemburu sebab saya dah ada cikgu? Yang selalu hadir menyinari hidup saya!"

"Awak ni, kalau saya cakap awak bodoh awak marah tak?" Soal cikgu Diana sambil membesarkan matanya.

Pian membuat gaya orang berfikir.

"Eh mestilah marah cikgu! Mak saya cakap, kalau ada orang panggil saya bodoh, saya wajib baling bola golf ke dalam mulut dia." Jawab pian. Cikgu Diana ternganga mendengar jawapan Pian.

Pian memandang cikgu Diana. "Kenapa? Cikgu nak try ke?" Soalnya sambil tersengih.

"PIAN!!!!" Jerit cikgu Diana geram. Pian dan Farah ketawa serentak.

..............

"HAHAHAHA! Weh dekah weh!!! Hahaha!" Farah mengesat air matanya.

Pian ketawa besar. "Mana boleh lupa weh! Dah lah cikgu disiplin! Entah dari mana tah aku dapat idea nak cakap macam tu!"

"Bodoh lah kau buat pickuplines macam tu! Dengan cikgu pula tu! Hahaha. Kesian weh dia, muka blushing gila!"

"Kan? Hahaha bila ingat balik, memang bengang kot rasanya. Haih nasib baik dia dah tukar sekolah. Selamat aku tak jumpa dia lagi. Hahaha."

BUDAKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang