"Farah, kita nak pergi mana ni?" Soal Pian. Mukanya monyok sahaja. Mana taknya, dah lah si Farah abaikan dia dari tadi. Lepas tu dipaksa ikut keliling kampung lagi.
"Kita pergi sungai! Yeayy!" Jerit Farah teruja.
"Tanpa abang Sufi?"
"Yes!" Farah meneruskan langkahnya. Pian pula terkial kial mengikuti langkah Farah. Lalu dia menarik Farah supaya jalan beriringan dengannya.
"Nanti tokmak kau membebel lah! Tak pasal pasal aku kena sekali."
"Eleh kau, pengecut! Jom je lah." Farah terus menarik Pian.
"Aku masih tak puas hati lagi pasal tadi! Menyesal aku bagi idea kat kau supaya berbaik dengan diorang." Bebel Pian sambil merenung Farah tajam.
Farah hanya menayang sengih dan mengerdip ngerdipkan matanya beberapa kali. Pian memutarkan bola matanya.
"Apa yang kau dah buat dengan budak hitam kau tu sebenarnya? Aku rasa lain daripada idea yang aku bagi kan?"
Farah tersengih memandang Pian. Kening diangkat angkat.
............
Farah kelihatan terlalu penat setelah kelas pendidikan jasmani habis. Kepala direbahkan diatas meja.
Aqilah merupakan orang ke dua yang masuk ke kelas selepas Farah. Pelajar lain sedang lepak di kantin. Mencari air. Langkah kakinya berhenti dibelakang kelas (well masuk ikut pintu belakang kan).
Wajah Farah yang sedang tertidur diperhatikan. Terbit rasa kesian tiba tiba.
Jahat sangat ke aku ni sampai buat Farah macam ni?
"Booo!!"
"Hahahaha!"
Amani dan Wani merempuh Aqilah yang masih tercegat dipintu. Jelas Aqilah terkejut. Mereka berdua ketawa kuat.
"Apahal kau tak masuk?" Soal Amani sambil bersandar pada pintu dan menghadap taman mini di sebelah kelas.
Wani meneguk air mineral yang baru dibelinya tadi. Aqilah turut bersandar pada pintu. Keluhan dilepaskan.
"Aku kesian lah tengok Farah." Luahnya perlahan.
Amani dan Wani saling berpandangan.
"Aku pun sama." Ujar Wani.
Amani mengangguk. "Disebabkan Erin tak guna tu, Farah sekali yang terkena."
"Kau jangan sebut pasal bitch tu lagi lah. Menyampah aku dengar nama dia." Wani dan Aqilah menjeling.
"Tapi kan, korang tak rasa pelik ke?" Soal Aqilah tiba tiba.
Wani dan Amani menjongket kening.
"Tak ada lah. Farah tu dah seminggu tak bertegur dengan kita. Paling tak pun, dia akan membebel atau merungut bila kita tak layan dia kan?"
"Ye tak ye juga kan?" Amani menjawab.
Wani diam dan meneguk air lagi. Lengan baju sukan disingsing.
YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...