Setibanya diperkarangan rumah, kereta Dato Kamel dan Datin Fatimah tidak kelihatan. Farah mengeluh perlahan.
"Mummy dengan daddy tak ada kat rumah lah, pakmat!" Ujar Farah.
Pakmat mematikan enjin kereta. "Mereka ada urusan kot. Farah nak pergi mana mana dulu ke?" Soal pakmat sambil memusingkan badannya menghadap Farah dibelakang.
"Tak apa lah. Penat. Pakmat pun mesti penatkan. Taiping-Johor tu!" Pakmat hanya mengangguk dengan senyuman.
"Ya Allah, Farah ke ni?!" Tegur Mak Kiah.
Farah tersenyum lebar. "Yes, I'm!" Balas Farah kemudian mendepakan tangannya.
"Mak Kiah!!"
"Farah!!"
Serentak keduanya menjerit dan berpelukan sesama sendiri. Air mata Mak Kiah jatuh menghujani pipinya.
"Mak Kiah rindu tahu! Bukan tahu nak call mak Kiah budak bertuah ni!" Ujar mak Kiah sambil menepuk bahu Farah.
Farah tersengih. "Udah lah Mak Kiah! Dramatik tak sudah! Penat lah mak Kiah, naik dulu ea?" Pinta Farah sambil menayang wajah penatnya.
Akhirnya, dapat juga Farah kembali menghenyakkan tubuh pada tilam empuknya. Ingatkan hendak bermalas malasan di atas katil, namun, Farah terus terlelap sehingga ke maghrib.
Itu pun setelah mendengar bunyi pintu ditutup dengan kuat. Segera Farah membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.
Farah turun ke bawah. Meliar matanya mencari kelibat seseorang. Kakinya melangkah ke dapur.
"Haa mak Kiah!" Sapa Farah. Bahu mak Kiah terhincut dengan sergahan Farah. Farah hanya tersengih.
"Mari makan! Mak Kiah masak special untuk Farah ni." Farah duduk dimeja makan. Dia turun bukan untuk mencari makanan. Tetapi manusia.
"Tak apa lah mak Kiah, tak lapar lagi. Ni mummy daddy mana?" Soalan Farah membuatkan Mak kiah terkedu sebentar.
Dia berkira kira. Serba salah mahu menjawab.
"Baru naik bilik. Mungkin mandi kot." Balas mak Kiah teragak agak.
Farah memandang mak Kiah lama. "Mak Kiah..." panggil Farah.
Mak Kiah sudah tidak keruan melihat pandangan Farah.
"Ada apa apa berlaku ke? Ada yang saya tak tahu?" Soal Farah dengan pandangan yang mencurigakan.
"Er- mak Kiah...-"
"Farah! My princess!" Farah dan Mak Kiah memandang ke arah suara itu datang serentak.
"Daddy!!" Farah terus memeluk Dato Kamel.
"I miss you..." luah Farah. Dato Kamel mengusap kepala anaknya.
"Hmm bukan suka ke tinggalkan daddy selalu?" Farah mencebik mendengar kata kata Dato Kamel.
"Haa where is mummy? Farah tak nampak dia dari tadi." Dato Kamel melarikan anak matanya dari memandang Farah. Riak wajahnya cuba dikawal. Tidak mahu Farah perasan.
"Dato, Farah, makanan dah dihidang ni."
"Haa tu mak Kiah dah panggil makan. Jom!" Dato Kamel terus meninggalkan Farah dengan soalannya yang tergantung.
Farah mengerut kening. "Why dont you answer my question?" Soal Farah dengan suara yang mendatar.
Dato Kamel berpaling memandang anak tunggalnya. Haih. Susah betul ada anak kepala angin kepala batu dan segala jenis kepala lagi.
"Kita makan dulu boleh?" Pujuk Dato Kamel.
"No, KBAT sangat ke soalan Farah? Susah nak cari jawapan?" Farah sudah memeluk tubuh. Rasa nak mengamuk pula tiba tiba.
Mana tidaknya. Otaknya masih tak habis fikir tentang kata kata tokmak yang tidak dapat ditafsirkan. Dengan mak Kiah yang nampak mencurigakan. Ni daddynya pula mengelak apabila disoal tentang mummynya.
Dato Kamel melepaskan keluhan berat. Dia melangkah ke arah ruang tamu. Farah mengikut jejak Dato Kamel. Punggung dilabuhkan di sebelah sisi Dato Kamel.
"Daddy harap, Farah boleh terima apa yang daddy akan cakap." Farah memandang daddynya tanpa berkelip.
"Something bad happen to mummy?" Soalnya.
Dato Kamel tersenyum hambar seraya menggeleng perlahan. Wajah anak tunggalnya dipandang sekilas.
"Daddy dengan mummy dah bercerai." Dengan satu lafaz, Dato Kamel memberitahu Farah.
Tindakan refleks, Farah menjauhi Dato Kamel.
"W..what?! Are you kidding me?" Soal Farah. Ada nada menggeletar pada suaranya.
Dato Kamel membuka kaca matanya. Mukanya diraup sebelum memandang Farah.
"Sorry Farah, Daddy...Daddy tak dapat nak selamatkan rumah tangga daddy. Daddy sayangkan mummy. But, maybe jodoh kami tak panjang. Maafkan daddy."
Farah berdiri tegak. Matanya sudah berkaca kaca. "No..kenapa perlu cakap jodoh tak panjang? You husband, kuasa talak ada pada husband."
"Farah..."
"Why you decided to divorce her if you still love her? Why?!" Suara Farah sudah naik sedikit.
"Farah, daddy tahu salah daddy. But please, I love you. I dont wanna lose you too."
Farah menggeleng laju. "Kalau mummy pun daddy dah tinggalkan, apa nasib Farah one day nanti? Ending dia sama macam mummy ke?" Dato Kamel dipandang.
Dato Kamel tertunduk. Tidak tahu apa yang harus dikatakan saat emosi Farah sebegini.
"Tell me, daddy. Apa nasib Farah nanti?!" Farah menolak dada Dato Kamel perlahan. Melihat Dato Kamel hanya mendiamkan diri, Farah perlahan lahan melangkah naik ke bilik.
Didalam bilik, air matanya dilempiaskan sepuasnya. Kenapa mereka tak fikir perasaan aku? Kenapa buat keputusan yang menyakitkan?
Dibawah, Dato Kamel memejamkan matanya sambil bersandar pada kusyen. Dahinya dipicit picit.
Mak Kiah datang menghampiri Dato Kamel.
"Dato..." panggilnya perlahan. Dato Kamel membuka matanya.
"Biarkan angin dia reda dulu. Nanti saya akan cakap baik baik dengan dia ya?" Ujar Mak Kiah.
"Terima kasih, kak Kiah! Saya tak tahu macam mana nak jelaskan kat dia. Biar lah buat masa ni, dia tak tahu hal yang sebenar. Saya taknak dia benci Fatimah." Jelas Dato Kamel.
Mak Kiah mengangguk faham. Kemudian dia meminta diri ke dapur. Sempat dia berpesan pada Dato Kamel untuk makan malam.
Dato Kamel termenung seketika.
"Maafkan daddy, Farah. Daddy dah buat Farah hilang seorang mummy dan...seorang sahabat."
YOU ARE READING
BUDAK
Fiksi RemajaAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...