BAB 21

3.4K 216 12
                                    

Cuti penggal pertama sudah bermula. Farah sudah berkira kira untuk pulang ke Johor. Nak jumpa Pian!!!

"Tok mak, jom lah balik Johor." Ajak Farah.

"Siapa nak jaga rumah ni nanti?" Soal tokmak pula. Tangannya lincah menyusun buah rambutan.

Farah mencapai buah rambutan yang baru dikait dihadapan rumah.

"Alah suruh lah abang Sufi tolong jagakan."
Bahu Farah tiba tiba ditolak dari tepi. Farah menoleh.

"Eii suka tau macam ni! Farah kick karang baru tahu?" Ugut Farah.

Sufian ketawa besar sambil mencapai buah rambutan.

"Banyak cantik! Tak kuasa abang nak jaga rumah tokmak ni. Jaga kandang rimau lagi senang tahu tak?" Perli Sufian.

Farah sudah muncung sedepa. Tokmak dan Sufian ketawa.

"Tokmak ni ada rumah, Farah. Kenalah jaga. Bukan macam kamu, hidup merempat! Tak ada rumah sendiri." Kata kata tokmak membuatkan Sufian ketawa besar. Farah pula sekadar melopong.

Apa ke tak guna sangat semua orang hari ni?!

Farah mencebik. "Tengok lah suatu hari nanti. Rumah Farah, lebih besar daripada rumah tokmak ni! Bahkan lebih besar daripada rumah mami and dadi!" Ujar Farah sambil menjelir lidah ke arah tokmak.

Pian menghubungi Farah. Selepas 10 saat, talian disambung.

"Woi gemok!" Tegur Pian.

"Waalaikumsalam..." Suara ayu lembut lagi menggoda membalas.

Pian menelan liur. Aku salah call nombor ke? Kemudian dia meneliti kembali nombor yang didail. Eh betul lah ni. Telefon dilekapkan di telinga semula.

"Erk..em..boleh cakap dengan Farah Nur Syazlin?" Ujar Pian sedikit gugup.

"Kenapa? Awak taknak cakap dengan saya ke?" Soal si penggoda.

Pian menelan liur lagi. Apa kes ni?! Cousin Farah ke, kawan dia ni? Takkan tokmak dia pula? Eiiu.

"Erk..kau nak goda aku ke apa ni? Baik kau panggil Farah sekarang sebelum kau dapat maki free!" Suara Pian sedikit tegas.

Gelak ayu? Ergh menyampah pula mendengar minah ni gelak. Gedik! E to the U! Tiba tiba bulu romanya meremang. Tah tah bukan manusia yang jawab ni... Pian menelan liur lagi. Dan terus mematikan talian.

Tak guna punya minah jembalang gedik! Aku nak lepas rindu kat Farah pun tak boleh! Eii potong line je. Takpe, nantikan supriseku ya Farah ku. Hehe. Bisik hati Pian. Kemudian dia terus merebahkan badan dan melelapkan matanya. Mimpi Farah lagi bagus!

"Eh astaghfirullah! Bawa istighfar banyak banyak ye Pian. Dosa, dosa." Tiba tiba Pian berkata spontan namun matanya tetap tutup.

Farah sudah tergelak geli hati. Padan muka! Sekali sekala kena kan si Pian ni memang best. Hahaha. Tahu takut....takut tergoda mendengar suara ayu molek ku! Ceh hahaha.

Farah menuju ke ruang tamu apabila melihat tokmak dan tokabah sedang berbual bual. Dia menghampiri tokabah.

"Amboi, rancak borak? Farah datang pun tak sedar!" Farah menepuk peha tok abah.

Terkejut orang tua itu. Kemudian tokmak dan tok abah saling berpandangan.

"Borak apa tadi? Macam syok je? Hehe." Farah menayang sengih.

Tok mak mencubit peha Farah. Farah sudah muncung dan mengusap pehanya laju. Apakah salah ku duhai nenda ku...

"Pergi lah masuk tidur sana! Kacau orang tua tua berborak buat apa? Pergi sana!" Halau tokmak.

BUDAKWhere stories live. Discover now