BAB 44

1.1K 126 19
                                    

Pian memanjat tangga untuk menuju ke bumbung bangunan. Bangunan yang sudah menjadi penemannya sejak dia mula mula jejakkan kaki di bumi Sabah ini.

Udara pada malam itu dirasakan sungguh segar. Menyebabkan dia tidak rasa mengantuk. Walaupun jam sudah menginjak ke angka 11 malam.

Tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie. Sudah seharian suntuk dia berjalan. Tanpa arah tuju. Mencari ketenangan disebalik keresahan.

Apa kau rasa, bila bertahun kau tunggu orang yang kau sayang. Sentiasa menanti kehadiran dia. Sentiasa fikirkan keadaan dia.

; dia dah makan? Sihat ke tidak? Dia rindu aku ke? Apa dia buat sekarang ni? Dia ingat aku lagi atau tidak?

Last ; dia rasa atau tidak apa yang aku rasa saat ini?

But the end, bila kau dah jumpa dia. Of course, kau rasa bahagia. Tapi bahagia kau tak lama bila dapat tahu hati dia dah berpunya.

Sakit, bila dapat tahu kau dah tiada ruang dihati dia. Apa yang kau buat selama ni hanya sia sia ke?

Pian memejamkan matanya. Terasa cecair hangat mengalir dihujung matanya. Segera di kesat.

"Bodoh, cengeng!" Ujarnya sebelum ketawa sendiri. Tangan dimasukkan ke dalam poket semula.

Langit dipandang. Sepi. Tanpa kehadiran bintang yang menemani bulan.

Senyuman tersungging dibibirnya. Bulan juga tidak sentiasa ditemani bintang. Bintang juga tidak sentiasa menyinari bulan. Apatah lagi cinta? Yang tidak pasti kemekarannya.

Ya, aku rasa aku cintakan Farah. Bukan setakat sayang yang biasa aku sebut-sebutkan.

Pian menggeleng kepala perlahan. Tak ada guna pun kalau dia menyamar seperti ini. Jika Farah tahu yang Darwish ini adalah dirinya, dia pasti hanya bersikap seperti biasa. Seperti dahulu kala. Paling tidak, menangis sebab tak sangka dapat jumpa dirinya.

Kan?

Ditarik nafas dalam dalam sebelum hembuskan dengan tenang. Ya, tak ada guna langsung. Farah tetap akan pandang aku seperti Pian yang dulu.

Misai palsunya dicabut. Cermin mata nerdnya juga dicabut. Niat dihati ingin membuang sahaja. Namun mesej yang diterima daripada Aril membantutkan niatnya.

"Esok tolong bawa Farah pergi satu syarikat ni. Syarikat Daddy dia. Full detail tanya Farah. Btw, kau ni tak reti nak balik ke? Mak kau masak sedap gilerr!"

Pian tersenyum sendiri. Patutlah Farah menyampah dengan kau, annoying!

Spec dan misainya dipandang. "Nampaknya aku masih memerlukan kau lagi!"

Tepat jam 8 pagi, Pian sudah tercongok dihadapan homestay yang didiami Farah. Menanti Farah keluar sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

Sebelum tu, pesan pada hati.

; tolong jangan mudah terpedaya dengan kecantikan Farah

And, pesan pada jantung.

; tolong jangan berhenti berdegup saat melihat kecantikan Farah

Hm, boleh lah buat kau rasa berjaga jaga sikit. Tak ada lah mati terkejut nanti.

Farah merenung pelik ke arah lelaki scary dihadapan rumahnya. Matanya meliar mencari kelibat Aril.

"Apa awak buat kat sini?" Soal Farah sambil menyarung sandal dikakinya.

Pian menjongket kening.

"Aril mana?" Soal Farah lagi.

"Aril tak bangun lagi. Dia kata dia demam." Selamba sahaja Pian menipu. Eh tidak. Bersubahat menipu. Apa? Aril yang suruh cakap macam tu tadi.

"What? Demam?" Ujar Farah terkejut. Takkan lah demam? Semalam elok je. Antibody dia pun kuat. Biar betul Aril ni?

BUDAKWhere stories live. Discover now