Dato' Kamel menunjukkan rekod disiplin Farah di hadapan Farah.
"Apa ni Farah? Rekod disiplin you ni teruk tahu tak?" Okey dah mula nak di soal siasat. Okey standby Farah!
"Tapi rekod akademik cantik kan?" Balas Farah sambil tersenyum manis.
"Dont smile when you have a talk with me!" Tegas. That is Dato Kamel.
Farah menunduk. Fine aku mengalah. Cakap lebih pon tak boleh. Nanti ayat dia , why you gotta be so rude? Or better you shut up before I slap you!
"I tak pernah ajar you to do something that not good for you!"
"I know." Ops terjawap pulak. Sory not sory. Phew!
"Better you shut up before I slap you!" Look? Sama tak apa yang aku cakap? Well dah hafal dah dalam kepala otak ni ha.
"You buat I malu tahu tak? You dah malukan I depan pak long and uncle! How dare you do that to me?!" Marah Dato Kamel.
Jap!
Paklong tu pengetua yang selalu membebel time hari Ahad kat sekolah tu ha! Pakcik siapa? Eh pakcik kau lah!
Uncle pula? Well guru disiplin yang sangat menyayangi abang pengawas ku kui kui. Anak murid kesayangan katakan. Euw!
Okey back to the story.
Bebel punya bebel, ada lah dekat setengah jam jugak aku kena ceramah kat sini. Haih nasiblah rumah aku ni beraircond. Kurang sikit panas telinga ni. Rasa nak tidur pun ada juga sebenarnya hahaha.
"Hello Farah? Do you listen to me?" Soal Dato Kamel.
"Yes Dato! Noted!" Balas Farah.
Baru Dato Kamel nak sambung bebelannya, Pian menghubungi Farah. Apa lagi? Melompat macam monyet lah aku. Kehkehkeh.
"Ehem ehem. Sorry Dato, I need to leave." Ujar Farah acacah siket.
"Hey I tak habis talk lagi ni!"
"Ops lupa. Thanks for your boring speech! Bye!" Farah langsung tidak menghiraukan panggilan Dato Kamel.
"Farah Nur Syazlin!!!!" Jerit Dato Kamel. Bertuah punya anak! Sakit jantung aku layan perangai dia ni.
Datin Fatimah mendekati suaminya. "Apani bang, terjerit jerit! Ingat you tu ada darah tinggi tau!"
"Anak you tu lah! Asal orang tegur sikit je, mula lah tu buat perangai. Sakit hati I tahu tak? Punya lah I panjang lebar membebel, dia buat bodoh je." Dato Kamel melempiaskan marahnya kepada datin Fatimah.
"Eh yang you nak marah I ni kenapa pula?"
Dato Kamel sekadar mendiam diri. Air kopi di sedut rakus. Kering tekak.
"Heh whateverlah. Ha I nak bagitahu ni, malam ni I nak keluar tau. Ada party kat rumah kawan I."
Dato Kamel sekadar mengangguk.
"Piannnn!!!!" Farah sengaja menjerit kuat kuat nama Pian. Ceh nak panaskan lagi api yang sedang membara.
Dato dan Datin memandang serentak. Kemudian mereka sekadar menggeleng sahaja.
.....
"Weii please jangan menjerit! Hari hari aku dengar suara nyaring kau tu. Boleh pekak tahu tak?!" Marah Pian.
Farah sekadar ketawa sahaja.
"Apahal call ni?"
"Eh lembut pulak? Hehehe."
"Kau kan, jangan sampai esok kau datang sekolah tak boleh balik kang."
"Awat?!" Soal Pian separuh menjerit.
"Sebab aku akan gam tempat duduk kau! Biar padan muka kau tak boleh gerak! HOHOHO!"
Gelak Farah terus meletus like a vampire! Muahahahaha.
Setelah puas berborak dengan Pian. Farah terus tertidur.
Jam menunjukkan pada angka 4 pagi. Farah tersedar. Kering nya tekak aku! Hausnya! Dalam kemalasan dia menuruni anak tangga. Kemudian langkahnya terhenti.
Loceng rumah di tekan berkali kali. Pintu juga diketuk kuat.
"Heyyy! Bukak lah! Mana orang dalam rumah ni hey!"
"Heyyy kau dengar tak! Bukak lah pintu! Aku ngantuk ni. Cepat lah!"
Makyam tergopoh gapah membuka pintu rumah. Farah hanya berdiri di tangga sambil memeluk tubuh.
"Apa lembap sangat orang tua ni?! Kau tak nampak ke aku dah lama berdiri dari tadi?!" Tengking Datin Fatimah.
"Maafkan saya Datin!"
"Makyam! Pergi masuk bilik!" Arah Farah.
Matanya tajam memandang Datin Fatimah.
"Datin dari mana ni?" Soalnya perlahan.
Datin Fatimah tersenyum senyum. Jalan pun dah macam ketam! Terhuyung hayang!
"Hai sayang! You tak tidur lagi?" Soal Datin kembali.
"Wow, sayang?!" Farah menepuk tangannya. Bravo! Bravo!
"Datin tak pernah sayang saya lah! Dah lah mabuk! Apa nak jadi ni?!" Haa kan suara aku dah meninggi. Sorry not sorry lah! Aku dah muak dah.
Farah menarik Datin Fatimah menuju ke bilik mandi bawah.
"Heyy you nak bawa I kemana ni? I nak tidur lah!" Rengek Datin Fatimah.
"Better you shut up lah Datin!" Tengking Farah. Air pancut di buka paras tinggi. Air turun membasahi tubuh Datin Fatimah.Air mata Farah yang dah hampir mahu jatuh di tahan semahunya.
Datin Fatimah masih dalam khayalannya.
Farah memandikan Datin Fatimah agak kasar."Datin tahu tak? Datin ni jenis mak yang tak bertanggungjawab! Datin abaikan saya! Datin buat saya macam sampah! Datin anggap saya ni apa selama ni?!" Farah menumbuk perlahan bahu Datin Fatimah.
Air mata Farah akhirnya jatuh satu persatu.
"Datin tak pernah sayang kan saya! Datin tak pernah risau kan saya! Datin langsung tak pernah caring tentang saya! Datin abaikan saya, macam saya ni anak sampah! Datin tahu tak apa rasa dia?!"
Farah melempiaskan segala gala yang terbuku dihatinya. Dia tahu Datin Fatimah tidak akan sedar apa yang sedang dikatakannya.
"Sakit Datin! Sakittttt sangat rasa dia!" Ucap Farah sambil menolak nolak badan Datin Fatimah yang agaknya sudah diulit mimpi.
"Ya Allah Farah! Apa kamu dah buat ni? Bawa mengucap Farah!" Mak yam datang dengan tergesa gesa apabila mendengar suara Farah terjerit jerit.
"Farah benci dia mak yam! Farah benci dia!" Ucap Farah berkali kali sebelum meninggalkan bilik mandi itu.
"Apa ni bising bising?" Farah terserempak dengan Dato Kamel ketika dia hendak melintas naik ke tangga.
Farah memandang Dato Kamel dengan pandangan tajam.
"Pernah pulak nak ambil tahu apa yang jadi kat rumah ni selama ni?" Tegur Farah sinis.
"Hey you jangan biadap ea!" Tangan Dato Kamel sudah naik separa.
"Apa?! Betul kan? Sudah lah Dato, pergi jaga bini Dato yang mabuk tu!" Farah terus mendaki tangga dengan laju. Air matanya kembali menuruni pipinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Fiksi RemajaAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...