BAB 45

1.5K 149 43
                                    

Perlahan lahan, Farah membuka matanya. Sinar cahaya yang terang menyakitkan matanya.

"Farah?"

"Farah?"

Suara...Umi...Tokmak...

Farah menggeleng kepala perlahan.

"Ahh!" Kepalanya dipegang. Sakit.

"Farah okey, nak? Sakit sangat ke?"

Farah mula menganalisis muka muka yang berada didekatnya.

"Umi..." senyuman Farah melebar. Kemudian dia memandang ke sebelah kiri pula.

"Tokmak..." lemah sahaja suara Farah ditelinga tokmak.

Air mata tokmak laju mengalir. Walaupun Farah melemparkan senyuman buat dirinya, dia tetap merasakan bahawa Farah dihadapannya ini terlihat sangat lemah.

"Alhamdulillah Farah ingat kami." Syukur Umi.

"Kenapa Farah kat sini?" Soal Farah. Tangannya asyik memegang kepala yang sakit. Berbalut bagai ni. Aku jatuh ke? Soalnya sendiri.

Tokmak dan Umi saling berpandangan.

"Farah tak ingat?" Soal tokmak.

"Farah accident sayang.." balas Umi pula.

Farah terdiam. Accident?

Kepalanya dipegang lagi. Kemudian satu persatu perkara yang berlaku pada waktu itu terlayar kembali.

"Allahuakhbar!" Air mata Farah mengalir laju.

"Lelaki tu...lelaki tu..." Farah memejamkan matanya.

"Ye sayang kenapa?" Soal tokmak. Lengan Farah diusap lembut.

"Mana...dia mana tokmak? Umi?" Air mata cuba dikesatnya. Namun baru dia sedar tangannya juga berbalut.

Allah, dugaan apa yang kau beri kali ni?

Melihat tokmak dan umi berdiam diri, membuatkan Farah takut.

"Tokmak...umi..." air mata mengalir lagi.

"Dia mana umi..." umi mengusap jari jemari Farah.

Umi menarik nafas dalam sebelum membuka mulut. Air mata sedaya upaya ditahan.

"Dia kat dalam ICU lagi, sayang. Koma lagi."

Terasa bagai jantungnya hampir berhenti berdegup. Ya Allah, berikanlah dia kekuatan. Hamba mohon!

Semakin lebat air mata Farah jadinya.

"Fa...Farah nak jum...pa...d...dia..." tiba tiba nafasnya tersekat sekat. Farah tercungap cungap.

"Farah? Farah?!"

"Sak...kit...um..mi.." dadanya turun naik. Dengan sebelah tangan, Farah memegang dadanya.

Tokmak dan Umi gelabah.

"Sayang, kenapa ni?!"

"Nurse, tolong!"

***

Dengan hanya melihat lelaki itu dari dinding kaca, membuatkan Farah bertambah sedih.

Apatah lagi apabila mengetahui bahawa lelaki yang berada didalam itu adalah Darwish Farhan. Matanya dipejam lama.

Darwish Farhan.

Pian aku....

Air mata mengalir lagi. Entah untuk yang keberapa kali. Namun yang pasti, air matanya tidak pernah kering sejak kemalangan ini berlaku.

BUDAKWhere stories live. Discover now