BAB 41

1.3K 134 15
                                    

Aril berdiri dihadapan pagar rumah kawan Sarah. Katanya namanya Darwish! Yang jadi masalahnya sekarang ni, apahal dia tinggal aku macam ni je?

At least tolong lah panggilkan si Darwish ni dulu. Apa dia ingat aku kenal semua makhluk kat dunia ni ke?!

Puntung rokok dikeluarkan. Ergh dengan cuaca agak panas macam ni buat aku stress! Bebel hatinya.

Malas mahu memberi salam. Dia hanya duduk menunggu di bangku tepi pagar itu.

Muncul pula sebuah kereta yang berhenti dihadapannya. Seorang lelaki dengan kot kemas dibadannya dengan kaca mata hitamnya, keluar menjinjit briefcase.

Aril bangun. Lelaki itu hanya memandang dari tempatnya. Kemudian Aril membuka rayban yang dipakainya.

"Assalamualaikum! Aku Aril...er..Sarah-" Aril menggaru kepala. Si Darwish ni dah tahu belum aku nak tumpang rumah dia ni? Fikirnya.

Pian tersenyum melihat manusia dihadapannya ini.

"Sejak bila kau gagap ni Ril?!" Soalnya sambil menolak bahu Aril kasar.

Aril terkebil kebil. Lelaki dihadapannya di pandang lama.

"Erk kau kenal aku?" Soalnya pelik.

Pian ketawa perlahan. Kaca mata hitamnya dibuka. Misai palsunya juga dibuka. Senyuman lebar diberikan buat Aril.

Melihat siapa yang berada didepannya kini, Aril ketawa besar sebelum memeluk Pian lama.

"Kau buat perangai siak! Aku ingat brother mana lah tadi. Muka ketat, rupanya misai tak guna ni! Waa rindu lu, dude!" Rambut Pian habis diserabaikan oleh Aril.

Pian turut tergelak. "Ahh kau konon rindu! Jom masuk. Macam pondan!" Ejeknya.

Setelah Pian berjumpa dengan Aril, dia rasa lain. Dia rasa seperti dia sudah dapat kembali dirinya yang dulu. The happy go lucky Pian.

Saat dia tergelak melihat Aril, dia rasa dunianya akan kembali bersinar. Kerana apa?

Kerana dia...akan menemui seseorang yang dia rindukan selama ini.

Farah Nur Syazlin binti Kamel💕

Farah yang sedang termenung ditingkap bilik memegang dadanya.

"Kenapa berdebar lain macam ni?" Bisiknya sendiri.

Hm mungkin tak sabar nak jumpa classmate lama kot. Think positive!

Malam yang dinantikan tiba juga. Farah memakai jubah hitam dengan shawl maroon. Still the favourite one!

Setelah siap, dia menunggu orang mengambilnya. Sarah kata, Aril atau kawannya yang akan mengambilnya.

Farah hanya menurut sahaja.

Duduk termenung dihadapan pintu sambil menanti. Muncul sebuah kereta hitam. Berhenti tepat dihadapan rumah itu.

Farah terus berdiri. Keluar seorang lelaki berkurta maroon dengan seluar slack.

Farah hanya memerhatikan wajah lelaki itu. Air liur ditelan. "Daddy...scarynya muka dia! Dengan misai dia..." rengeknya perlahan.

"Tercegat apa lagi? Nak kena bentang red carpet ke?" Farah tersentak mendengar suara lelaki itu.

Perlahan dia menuruni tangga. "Itu pun nak marah!" Ujarnya perlahan.

Pian hanya memerhati penampilan Farah pada malam itu.

God, she still look feminine and beautiful with her natural beauty, her inner beauty.

Farah hanya memandang lelaki yang tidak dikenali itu dengan pandangan pelik. Dah lah pakai spec mata besar! Dengan misai scary dia tu. Dah macam nerd-scary dah! Tengok aku lain macam je.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya berdiam diri sahaja. Lelaki itu langsung tidak mahu memperkenalkan diri kepada Farah. Farah pelik.

Namun, Farah juga pelik dengan dirinya sendiri. Sejak bila aku jadi pasif sangat ni? Biasanya dengan stranger lah mood nak ber 'perang mulut' ni on. Tapi kali ni? Terkunci bagaikan ada emas permata dalam mulut!

Pian disebelah hanya menahan debaran didadanya. Dalam fikirannya dah rancang macam macam.

Dia mahu memberitahu Farah apa yang telah dia lalui selama ini. Apa yang dia dah buat sehingga berjaya. Dia mahu Farah tahu betapa rindunya dia pada Farah.

Namun dia hanya mampu pendam sahaja. Hatinya seperti ingin memenangkan ego untuk terus berdiam.

'Please Pian, don't do this!' Berulang kali dia berbisik didalam hati. Namun tetap juga tidak membuka mulut.

Ahh biarlah masa sahaja yang menentukan.

Sudahnya, hanya suasana sepi yang menjadi peneman sehingga tiba di rumah Harris.

"Thankyou!" Ujar Farah sebelum berlalu. Pian tidak sempat membuka seatbelt lagi Farah sudah keluar terlebih dahulu.

Pian hanya menggeleng kepala. Still the old Farah! Keluar saja daripada kereta, Pian sudah mendengar suara Farah menjerit.

"Omg, kalian!!! Rindunya!!!" Jerit Farah teruja apabila melihat bekas rakan sekelasnya semasa di tingkatan 4 hadir pada malam itu.

"Kalau ada duster sekarang ni, dah lama aku shot kat mulut kau Farah!" Ujar Alif sambil memeluk tubuh merenung Farah.

Farah membalas renungan Alif. 5 saat kemudian terburai ketawa masing masing.

"Ya Allah, serius aku rindu gila nak dengar suara nyaring kau Farah!" Kata Danish.

"Aku rindu juga nak gaduh dengan kau dalam kelas." Sambung Alif pula.

Farah hanya menayang sengih. "Kan aku dah cakap, korang mesti menyesal gila biarkan aku pindah sekolah kan?! Hahahaha!"

Tiba tiba bahunya ditepuk perlahan.

"Ehem, sedar diri dah tua ya cik kak! Bukan budak sekolah lagi!"

Farah menoleh.

"Puteri!!!" Bulat matanya melihat Puteri yang menepuk bahunya.

Sebulat bulat mata Farah, bulat lagi perut si Puteri ni!

"Congrates! Berapa bulan dah ni?" Masing masing fokus pada Puteri pula.

Maklumlah, member seorang ni tak tahu menahu dah kahwin. Tup tup dah nak bersalin! Time flies too fast guys.

Sedang mereka sibuk berborak apa semua, tiba tiba si Alif menyoal soalan yang agak sensitif bagi Farah.

"Eh, Pian mana Pian? Si mangkuk hayun tak guna tu?" Soalan Alif membuatkan masing masing memandang ke arah Farah.

Farah bingung.

"Haa?"

"Pian lah! Bestfriend dunia akhirat kau tu! Takkan tak ingat dah?" Soal Danish pula.

"Ke kau nak kita orang tolong throwback kan?" Ayat Alif membuatkan masing masing tergelak.

Farah turut tergelak. Terus dikorek segala memori semasa zaman sekolah dulu bersama Pian.

'The naughty Pian and the princess!' Ecewahh😘

Sedangkan, Pian hanya berada di meja sebelah mereka sahaja. Pian yang mendengar perbualan mereka hanya ketawa dalam hati.

Ya ampun, tak sangka dia orang ingat lagi zaman jahil aku dulu! Aril yang duduk dihadapan Pian sudah tergelak.

Mungkin dia sudah dapat agak apa yang sedang di throwback kan oleh manusia di meja sebelah.

"Don't worry, dude. You're still the best man ever!" Bisik Aril perlahan sebelum menyambung gelaknya.

Pian tersengih sedikit. Well, siapa tak kenal Pian? Bisiknya sendiri.

BUDAKWhere stories live. Discover now