Pian merenung laptop dihadapan mata. Sejak naik cuti ini, Farah langsung tidak mencarinya. Seperti dia sudah tidak diperlukan oleh Farah.
Kebiasaannya, setiap yang berlaku dalam hari hari Farah, akan dikhabarkan pada dirinya. Namun kini Farah seakan hilang ditelan bumi.
Handfone disisi digapai. Nombor Farah di dail. Harap harap Farah angkat lah.
Tut....tut....
Deringan yang agak panjang. Pian mengeluh. Nombor Farah didail lagi. Tidak seperti kebiasaannya. Farah laju mengangkat panggilannya. Tetapi kini...
"Hello?" Pian tersenyum lebar mendengar suara Farah.
"Farah! Mana kau pergi? Lama tak cont-"
"Pian!! Lamanya tak dengar suara kau!!" Kata kata Pian tergantung apabila Farah sudah mencelah. Namun senyuman mekar menghiasi bibir Pian. Biarlah Farah tidak mengingatinya. Janji perangainya tidak berubah!
"Kau yang-"
"Eh kau nak tahu tak? Sekarang ni aku dah rapat dengan abang pengawas ku!! Eh tak tak. Bukan pengawas lagi tapi...buah hati aku! Hahaha." Cerita Farah. Daripada suaranya sahaja Pian dapat agak bahawa Farah sekarang bahagia. Teramat bahagia.
Pian tersenyum hambar.
"Kau tahu tak, Firman kan...." Cerita Farah sudah tidak dapat ditangkap oleh Pian. Fikirannya melayang memikirkan kelakuan Farah yang dirasakan sudah tidak mementingkan dirinya lagi.
'Farah... aku nak kau yang dulu. Yang selalu jadi pemberita aku, yang selalu jadi penghibur aku, yang selalu jadi wartawan dunia aku, yang selalu jadi doktor tak berbayar aku. Aku rindukan Farah yang dulu. Bukan Farah yang mementingkan orang lain sebelum diri aku.'
"Okey lah Pian, aku letak telefon dulu ea? Aku nak kena siap siap. Petang ni Firman nak ajak aku pergi taman! Yeayy! Hahaha okey bye!"
Belum sempat Pian membalas, Farah sudah mematikan talian. Pian mengeluh perlahan.
"Kau...dah...bahagia...?" Soal Pian sendirian. Lalu dia termenung merenung wallpaper handfonenya yang menggunakan gambar mereka berdua. Gambar dimana Farah ketawa bahagia bersama dirinya.
"Padahal aku ada hal yang paling penting nak bagitahu kau, Farah..." ujar Pian lagi.
Setelah mematikan talian, Farah termenung di tingkap biliknya. Senyuman mekar menghiasi bibirnya. Sejak kebelakangan ini, sikap Firman terhadapnya sungguh berbeza.
Firman sentiasa berjaya mencuit hatinya. Kadangkala, Firman membawanya ke taman permainan. Kadangkala pula, ke taman tasek. Ke mana sahaja dia ingin pergi, pasti dia akan mengajak Farah.
Disebabkan itu, Farah berasa hatinya makin dekat dengan Firman. Tiba tiba Farah terfikir akan pemergian Firman ke luar negara nanti. Sanggupkah dia melepaskan Firman pergi?
Tiba tiba handfonenya berdering lagi. Farah merengus. "Nak apa lagi lah si Pian ni. Aku dah cakap aku dah nak keluar dengan Firman lagi nak ganggu!"
Bebelnya geram sambil mencapai handfonenya. Namun senyumannya mekar apabila nombor Firman yang terpapar di skrin itu.
"Firman!!" Sapa Farah.
"Haaa..aku on the way rumah kau ni. Cepat sikit siap. Jangan nak terkedek kedek. Bye!" Segera Firman mematikan talian sebelum Farah menjawab.
"Amboi, terus matikan!" Farah tergelak sendiri. Dia memerhatikan penampilannya dihadapan cermin. Okey perfect!
"Firman...." meleret suara Farah memanggil Firman. Ketika itu mereka sedang bersiar siar di tepi taman sambil menikmati aiskrim cornetto.
![](https://img.wattpad.com/cover/67988886-288-k381703.jpg)
YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...