BAB 22

3.8K 246 16
                                    

Suasana tengah hari yang riuh rendah di rumah tokmak dan tokabah. Gelak ketawa mereka serta jeritan yang pastinya daripada Farah dan Pian.

"Sudah lah! Pekak telinga tokmak dengar kamu berdua memekak dari tadi." Tokmak menjerit dari dapur. Telinganya ditutup dengan kedua tapak tangannya.

Farah dan Pian sekadar tersengih dan menghampiri dapur. Masing masing mengambil tempat dimeja makan.

"Eh siapa suruh duduk?" Soal uncle Farah a.k.a cikgu Kamarul.

Farah dan Pian memandang serentak. Kening diangkat tanda menyoal.

"Dengan muka penuh krim? Baju kotor macam ni? Dan semestinya anak dara sorang ni tak mandi lagi?"

"Tak reti reti nak mandi?!" Jerit mereka semua disitu. Mereka memandang dengan jelingan tajam. Mereka tu siapa lagi kalau bukan paklong, uncle, tokabah apatah lagi tokmak!

Farah dan Pian tersentak. Terkejut. Takut? Mungkin tidak.

"Aduh. Parah! Tajam menusuk ke kalbu ku, Pian!" Ujar Farah selamba.

"Oh tidak, Farah! Kalini kita takkan menyerah kalah begitu sahaja!" Balas Pian sambil memandang Farah.

Okey, drama ON!

"Haa mula lah tu drama dia!" Celah Paklong. Faham sangat dengan perangai mereka berdua ni. Tunggu jelah apa yang bakal dilakukan satgi!

Pian menghulurkan tangannya kepada Farah.

"Maka dari itu, marilah kita...." Pian memberhentikan ayatnya sambil mengeluh kasar dan menunduk.

"LARI!!!" Jerit Farah dan Pian serentak sambil berlari keluar dari dapur.

Jeritan super duper power itu membuatkan masing masing mengucap panjang.

"Bertuah punya budak!!"

Tokmak yang sedang memegang pinggan, terlepas. Nasib baik tokabah dapat sambut. Superheroku! Dada diurut perlahan. Nasib baiklah jantung ni masih berfungsi! Kalau tak, innalillah lah jawab nya!

Cikgu Kamarul dan Paklong saling berpandangan sambil menggelengkan kepala.

"Itu perkara biasa."

"Mak tegur lah diorang macam mana pun, tetap macam tu juga!"

"Yes, Along right! Tak makan saman mak budak bertuah dua ekor tu."

Tokabah sekadar ketawa perlahan. Geli hati melihat perangai yang pelik pelik oleh cucunya.

Setelah selesai mandi, Farah mengenakan shawl keknis berwarna maroon. Favourite colour uolls! Sedang kemaskan lilitan, pintu bilik diketuk bagai nak roboh!

Ni tak lain tak bukan malaun sorang ni!

"Woi kau nak jahanamkan pintu tu pun agak lah! Buatnya aku tengah pakai baju ke apa ke, tak ke makan penyepak nanti kau?" Farah merengus kasar sambil membuka pintu dengan segera.

Si Pian ni pun bukan boleh dibuat main! Kang dia roboh betul betul, tak sia sia aku tidur orang dapat skodeng?

Sengihan Pian menyapa mata Farah. Oh dah mandi dah mamat ni?

"Wow! All black?" Soal Farah.

Pian tersengih sambil memusing musingkan badannya dihadapan Farah.

"Hensem tak aku?" Soal Pian pula sambil menjongket keningnya beberapa kali.

"Hensem! Sebab tu aku sayang kau!"

"Punya body!" Sambung Farah sambil tergelak besar.

Pian sudah merundum senyum. "Baru nak mekar bibir ni, dah kau buat taik balik!"

BUDAKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang