Jam tangan dikerling olehnya. Tepat pukul 8.00 pagi. Embun pagi masih boleh kelihatan disebalik daun-daun pokok yang masih belum disentuh oleh sesiapa. Membuktikan bahawa, tiada sesiapa yang menyentuhnya lagi pada pagi ini. Kebiasaannya, umi akan menyirami atau membaja pokok-pokok bunganya pada ketika ini.
Harap-harap, umi tidak terkejut dengan kepulangannya kali ini. Bukan kepulangannya. Tetapi lebih kepada kepulangan cucu sulungnya. Firman memandang gadis kecil yang sedang enak tidur didakapannya.
Sudah dua hari dia pulang ke tanah air ini. Namun, untuk pulang ke rumah Umi, hatinya berbelah bahagi. Adakah Umi akan menerima kehadiran insan kecil ini? Rambut ikal mayang yang keperangan itu dielus lembut.
Sudah hampir 2 tahun kelahirannya dirahsiakan daripada pengetahuan Umi. Mungkinkah Umi tidak akan memaafkan kesilapannya ini? Firman menguatkan hati sendiri.
Dia ingin memaklumkan kepulangannya kepada Farah agar gadis itu tahu bahawa dirinya akan kembali disisi Farah seperti dahulu kala. Namun, dia sendiri bingung dengan kehilangan Farah sejak sebulan yang lalu. Ya, dia rindukan gadis periang itu. Celotehnya yang sering membengkakkan hatinya.
Matanya meliar memandang sekeliling kawasan rumah yang sudah lama tidak dijejakinya. Masih sama seperti dahulu. Ruang garaj yang terdapat sebuah kereta Honda dan sebuah Mini Cooper menunjukkan bahawa dua orang abang sulungnya ada didalam. Farhan dan Firdaus.
Motor ninja kesayangannya dan juga Fahmi turut berada disitu. Ditutupi dengan kain yang Umi sendiri buat. Sungguh dijaga rapi ninja kesayangan mereka oleh Umi.
Melihat susuk tubuh wanita yang sudah berusia munculkan diri dari tepi rumah membuatkan jantungnya berdegup kencang. Seakan-akan ritmanya sudah lari dibawa kebimbangan yang kian menghantui diri.
'Fir, kau kena kuat. Kuat untuk anak ni!' Itu lah kata-kata semangat yang membuatkannya berani untuk menghadap Uminya.
"Assalamualaikum!" Mendengar suara yang memberi salam, menghincutkan bahu wanita yang telah bersusah payah melahirkannya.
Salam dijawab seiring dengan pandangan mata yang menghala tepat ke anak matanya. Bagaikan baru tersedar dari mimpi yang lena, Umi segera berlari untuk mendapatkan anaknya. Anak yang telah lama meninggalkannya untuk mengejar cita-cita. Anak yang telah mengharumkan namanya serta membanggakan seisi keluarga. Anak yang sangat menyenangkan hatinya.
Tak dapat nak digambarkan perasaan seorang ibu yang telah melahirkan seorang anak yang berjaya. Didakap erat tubuh anak yang dinanti-nanti seumpama dendam rindu yang hendak dilepaskan. Air mata Umi yang bercucuran menyentuh hati seorang anak.
Ya Allah, adakah aku berdosa telah membiarkan Umi menanggung seksa merindukan anaknya?
Nasib baik si gadis kecil telah diturunkan ke sisi setelah sedar dari lena. Kalau tidak, mungkin anaknya itu akan dimasukkan ke wad ICU akibat lemas dalam dakapan.
Firman tersenyum bahagia melihat Uminya.
"Umi sihat?" Soal Firman bagi menghilangkan rasa sendu dihati.
Umi mengesat air matanya dengan hujung tudung. Kepala diangguk beberapa kali tanda dia sihat. Sudah tidak mampu untuk meluah kata-kata. Hanya perbuatan yang mampu menzahirkan segalanya.
Mata tuanya melilau mencari kelibat seorang lagi anak terunanya yang sepatutnya kembali ke pangkuannya bersama-sama Firman. Namun yang dilihatkan seorang kanak-kanak kecil yang sedang leka melihat pokok bunga Morning Glory.
"Fir, Fahmi mana?" Soalnya apabila tidak dapat mengesan kewujudan anaknya itu. Itu juga anak kebanggaannya. Sanggup merantau jauh untuk mencari pengalaman bekerja sekali gus menemani adiknya belajar disana bertahun-tahun.
Soalan yang dibiar tergantung sepi. Maaf Umi, Fir tak dapat jawab soalan Umi ketika ini. Mungkin, Umi boleh berkenalan dengan gadis kecil ini? Kata-kata yang mampu lahir dalam hatinya.
"Hai, Aunty! Why are you crying?" Firman terleka dengan dunianya sehingga tidak sedar si kecil sudah menegur Uminya terlebih dahulu.
Terus digendong sebelah tangan agar dia dapat berdiri setanding dengan ketinggiannya. "Hey, beautiful girl! She's not your Aunty, she is your granny!" Hidung mancung itu dicuit oleh Firman.
Umi kebingungan melihat keletah dua makhluk dihadapannya ketika ini. Namun melihat gadis kecil itu menghulur tangan untuk bersalaman, dia tersenyum dan menyambutnya.
"Hello, beautiful granny! Assalamualaikum!" Umi menjawab salam dengan ketawa halus. Sungguh comel budak kecil ini dengan pelatnya dan juga bahasanya yang sudah pasti baru sahaja mendapat peluang untuk berkata-kata.
"Anak siapa ni, Fir?"
Farah bersiap-siap untuk pergi ke kolej. Kad pelajar yang membuktikan identitinya dicapai dan disarung pada leher. Cuti semester selama 3 bulan tidak dirasai sebenar-benarnya. Tahu-tahu saja semester baru sudah bermula.
Farah memarkirkan keretanya setelah tiba didestinasinya. Ya, sekarang dia sudah berani untuk membawa kereta. Dan dia juga agak terkejut apabila diberitahu oleh Dato' Kamel bahawa dia masih belum mempunyai lesen memandu. How can? Gadis yang sudah mahu menginjak 24 tahun masih tidak mempunyai lesen sedangkan selama ini dia ke hulur ke hilir dengan menaiki kereta. Siapa yang memandu kalau bukan dirinya, kan?
Perkara itu hanya Farah abaikan dan malas mahu memikirkannya. Jika tidak, kepalanya akan mendapat tekanan yang kuat. Entah kenapa kepala ni suka sangat buat hal.
Tiba-tiba cermin keretanya diketuk oleh seseorang. Farah mengerut kening. 'Apa hal mamat ni?' Farah segera mencapai beg dan buku-bukunya sebelum melangkah keluar dari perut kereta.
"Walaweh! Dah pandai drive siot. Bila kau buat lesen ni?" Tegur Aril dengan teruja.
Farah menggaru kepala yang tidak gatal. Dipandang kiri dan kanan tiada sesiapa yang melalui dikawasan itu. Hanya ada mereka berdua sahaja. Farah sudah naik seram. Jangan-jangan lelaki ini bukan orang baik-baik.
"Eh kau ni dah kenapa? Bisu tak ada mulut nak jawab soalan aku?" Bengang Aril dengan sikap Farah yang mengabaikannya. Lalu tepi bahu Farah dihempuk dengan menggunakan failnya yang tebal. Berguna juga dia membawa fail tebal itu untuk dianalisis oleh Puan Maria.
Farah merenung Aril tajam. "Apa masalah kau ni? Aku kenal kau ke?" Kasar bahasa yang digunakan. Ya, seperti selalu. Namun membuatkan Aril pelik, kenapa dirinya yang selalu dilupakan Farah? Nampak gayanya memori mereka berdua memang teruk sehingga tidak dapat diingati oleh Farah.
Matanya dikecilkan memandang Farah. Geram juga rasanya. Bila berbual didalam telefon bimbit boleh juga lah dia menahan sabar. Namun bila sudah dihadapan mata rasa mahu menghempuk sahaja. Geram!
"Aku yang handsome ni kau boleh lupa?" Tanpa disengaja tangannya laju sahaja menghempuk kepala Farah dengan fail tebal itu.
"Auch! Kau....!" Farah memegang kepalanya yang tiba-tiba rasa berpinar. Berpusing-pusing. Pening. Sakit. Semua bergabung menjadi satu. Aril terkejut dengan tindakan luar kawalnya dan juga panik melihat keadaan Farah.
Tubuh Farah cuba ditahan daripada rebah. Melihat Farah yang seperti mahu pengsan, segera Aril mencapai kunci kereta Farah dan memasukkan Farah ke bahagian seat belakang. Kereta Farah meluncur laju keluar dari kawasan kolej mereka.
"Farah, sorry! Aku tak sengaja. Jangan pengsan, please." Kejap-kejap matanya merenung cermin pandang belakang. Dilihatnya Farah seperti sudah tidak sedarkan diri. Gelabah hatinya memikirkan apa yang hendak dikatakan pada Dato' Kamel.
"Farah, wake up!"

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...