BAB 40

1.1K 107 4
                                    

Farah menyusun baju baju yang hendak dibawa ke Sabah esok. Nasib baik Sarah menghubunginya semalam. Kalau tidak, alamatnya terlepas lah peluang nak pergi sana!

Pelik. Sarah sudah lama mendirikan rumah tangga. Tetapi baru kini dia mahu membuat majlis besar besaran.

Namun kata Sarah, ramai kawan kawannya sedang melanjutkan pelajaran masa tu. So, sekarang ramai yang dah habis study. Dapatlah semua melihatnya di atas pelamin!

Setelah siap mengemas keperluannya, Farah turun ke bawah. Dato' Kamel di carinya.

"Daddy!!" Farah menghampiri Dato Kamel yang sedang menonton televisyen.

Dato Kamel tersenyum melihat anak tunggalnya itu. Dengan baju tidur princessnya membuatkan Dato Kamel tertawa kecil.

"Dah siap packing?" Soalnya. Farah mengangguk perlahan sebelum melabuhkan kepala di bahu Dato Kamel.

"Daddy, I think I should try practical at your company first before I take over it. Can I?" Ujar Farah.

"Hmm good idea! Boleh lah Farah ambil tahu apa yang tak tahu kan?" Farah mengangguk setuju.

"Esok flight pukul berapa?" Soalnya lagi.

"Around 9.30am maybe?" Jawab Farah teragak agak.

"Em betullah 9.30!" Dia hanya menayang sengih pada Dato Kamel yang merenungnya semacam.

"Boleh pula teragak agak! Kalau terlepas flight nanti padan muka!" Lengan Dato Kamel ditepuk Farah.

Sengaja Daddy ni!

Tepat jam 7 pagi Farah sudah siap untuk keluar. Tinggal menunggu si  Aril tiba sahaja ni.

"Ai Farah, kalau ye pun meh lah sarapan dulu. Kang perut lapar nanti!" Panggil mak Kiah dari balik dapur.

Farah yang merenung telefon bimbitnya mengalihkan pandangan. Hm makan lah kejap.

"Woi! Mana kau?!"

"Dah siap belum?"

"Sampai aku dah habis sarapan ni kau tak datang, nahas kau!"

Sempat Farah menghantar voice kat whatsapp Aril.

Mak Kiah menggeleng kepala melihat perangai Farah.

"Farah, dah besar panjang ni tak elok perangai macam ni. Ingat awak tu perempuan!" Tegur mak Kiah.

Hampeh.

Farah hanya menayang sengih sebelum menyumbat mulutnya dengan bihun goreng.

Gelas dicapai. Baru sahaja air ingin masuk ke dalam tekaknya, bunyi hon yang kuat membuatkan ia tersembur keluar.

Ahhh perit tekak!

"Siapa yang tak ada adab pagi pagi macam ni?!" Ujarnya tidak puas hati.

Mak kiah menutup kedua belah telinganya. Bunyi hon masih tidak berhenti lagi.

Tak lain dan tak bukan, mesti si Aril!

Bergegas Farah mencapai telefon bimbitnya dan menarik bagasi. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar.

Sorry, I tak suka pakai handbag you all!

Keluar sahaja daripada pagar, bunyi hon berhenti. Farah merenung Aril yang berada didalam kereta dengan rayban hitamnya.

Eii kecik besar je aku tengok dia ni! Getus hati Farah.

"Cah ahh! Lembab punya budak!" Sinis Aril.

Farah menjerit geram sambil menghentakkan kaki beberapa kali sebelum menghampiri kereta Aril.

Aril ketawa kuat melihatnya. Hai budak...budak...

BUDAKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang