BAB 38

1.1K 110 2
                                    

Selepas tamat sahaja mesyuarat pada petang itu, Pian segera mengemas mejanya. Dia harus bergegas ke airport untuk menjemput rakannya.

Haris dan isterinya, Sarah.

Siapa sangka, pertemuan mereka kali pertama telah membawa ke arah ikatan perkahwinan. Saling mengenali dalam masa setahun dan terus sahaja si Haris masuk meminang.

Itu dah jodoh dia. Kau bila lagi? Ceh hahahaha.

Dari jauh sudah dapat melihat Haris yang melambai dengan senyuman lebarnya. Pian hanya tersenyum dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Hai bro! Amacam semenanjung? Ada perubahan?" Soal Pian.

Tanpa menjawab soalan Pian, Haris terus menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai Pian.

"Apa kau fikir kau ni artis ke?" Perli Haris dengan selamba. Pian sudah menayang wajah tidak puas hatinya.

Sarah ketawa melihat gelagat keduanya. "Sarah, better you watch out your husband before side kick aku sampai kat dia!" Ugut Pian sebelum merampas kembali cermin matanya di tangan Haris.

Haris dan Sarah hanya tergelak melihat Pian berlalu dengan wajah tidak puas hati.

Dalam kereta, masing masing hanya mendiamkan diri. Pian memang jarang membuka mulut. Haris dan Sarah mungkin keletihan.

"Wish, kawan-kawan lama kita kirim salam." Ujar Sarah yang memecahkan kesunyian.

Pian menjawab salamnya. "Dia orang tahu ke aku kat mana?" Soal Pian.

Sarah ketawa perlahan. "Gila kau kalau tak tahu? Masing masing tak percaya tau bila cikgu kaunseling kita dulu tu bagitahu yang kau dah jadi usahawan yang berjaya!"

Haris tersengih melihat reaksi 'dont care' Pian. "Dia orang tak percaya mesti sebab kau dulu banyak buat kes kan?" Lengan Pian disikunya.

Kedengaran Sarah ketawa lagi. "Abang tak tahu, dia ni lah kaki belot dalam segala hal. Perangai tak serupa bikin! Perangai pun macam budak tadika!"

"Lahhh childish rupanya Romeo seorang ni!" Haris turut ketawa.

Pian hanya menggeleng kepala perlahan. Malas aku nak layan!

"Haa majlis kita orang next week kau jangan lupa pula! Jangan nak last minute ada meeting lah, outstation lah, no excuse!" Pesan Sarah.

"Eh majlis kau orang ni dah basi lah. Buat apa nak buat lagi? Acah pengantin baru konon." Rungut Pian.

Ya, malas nak menghadiri majlis majlis yang dia perlu bersua dengan makhluk makhluk dahulu kala. Ini sengaja namanya!

Spontan Sarah menepuk kuat bahu Pian yang sedang memandu. "Cakap baik sikit! Cemburulah tu kan?!" Geram Sarah.

Haris hanya memberikan senyuman bagi menenangkan isterinya yang sudah muncung di kerusi belakang.

Pian hanya memerhatikan lewat ekor matanya sahaja. Suka benar dia melihat gaya Haris memujuk mahupun menenangkan Sarah. Nampak sangat Haris seorang yang tenang dan mempunyai daya tarikan yang kuat.

Jelesnya! Mak, bila Pian nak kahwin ni?!!

Setelah tiba dihadapan rumah, Pian memarkingkan keretanya ke dalam garaj. Ah Sarah dan Haris, pandai pandai lah balik sendiri. Rumah sebelah je pun. Kaki ada kan?

"Thanks, bro! Sudi juga kau tolong aku kan." Haris berjabat tangan dengan Pian.

Pian tersenyum sedikit. "Tak ada hal lah! Dah, kejut bini kau ni. Tidur tak ingat dunia!"

Haris tersengih. "Apa barang kejut. Angkat je lah, baru sweet!"

Melihat Haris mengenyitkan mata kepadanya membuatkan Pian ingin sahaja menghempuk kepala Haris dengan beg bimbitnya itu.

BUDAKWhere stories live. Discover now