BAB 42

1K 96 2
                                    

Majlis Sarah sungguh meriah. Dengan kehadiran rakan rakan sekolah dan kawan kolejnya. Maklumlah, rakan rakannya semuanya kepala masuk air.

Farah hanya memerhati si 'pengantin lama' bergambar dengan rakan kolejnya di atas pelamin. Selepas itu, baru giliran rakan sekolah pula!

Tiba tiba bahunya dilanggar.

"Ops! Sorry, tak sengaja!" Ujar si pelanggar sebelum meletuskan tawanya.

Farah hanya menjeling dengan geram. Aril masih ketawa melihat wajah Farah. Farah baru sahaja ingin mengangkat tangannya untuk memukul bahu Aril, namun kemunculan si nerd-scary tu membantutkan niat Farah.

'Dah kenapa lah Aril dengan mamat ni asyik berkepit je?' Omel hatinya.

Aril menepuk dahi Farah.

"Auch! Kau ni apa hal?!" Haa kan dah ternaik satu oktaf suara aku. Memang sengaja cari pasal Aril ni.

Aril tersenyum. "Garang lah awak ni! Pengapit pengantin kena senyum selalu tau! Baru boleh naik seri macam pengantin."

Kata kata Aril membuatkan Farah makin geram dengannya.

"Tengok tu, makin garang maaakin cantik!" Ujar Aril lagi dengan senyuman lebar.

"Haa cuba tengok pengapit lelaki ni. Dah lah hensem, segak bergaya! Cer senyum sikit?" Aril memandang Pian.

Pian tersengih mendengar kata kata Aril. Kemudian dia memandang Farah.

Muka Farah kelihatan seperti melihat hantu!

"Eii jangan pandang aku lah!" Ujar Farah sambil berlindung dibelakang Aril.

"Muka scary macam ni kau kata hensem? Boleh buat aku nightmare tahu tak?! Jangan suruh dia senyum lagi!" Marah Farah sambil memukul belakang badan Aril beberapa kali.

Aril kebingungan mendengar bebelan Farah.

"Haa? Kau cakap apa ni?" Dia berpusing untuk melihat Farah.

Farah mengundur sedikit. Mata Farah menjeling sedikit ke arah Pian. "Ingat misai awak tu cantik ke? Macam hantu tahu?" Ujarnya.

Sebelum berlalu, sempat dia menjelir lidah kearah dua jejaka itu.

Aril dan Pian saling berpandangan. Kemudian ketawa mereka bergema.

"Tak sangka dia takut tengok muka kau!" Ujar Aril.

Pian hanya menggeleng kepala. Melihat Farah yang menghampiri kumpulan kawan kawan sekolah dulu, dia tersenyum.

Tak sangka. Hari ni dia dapat bergandingan dengan Farah. Ni mesti rancangan Haris dengan Sarah. Jadikan dirinya dan Farah sebagai pengapit mereka.

Melihat Farah yang memakai jubah berwarna coklat-nude, memang nampak ayu. Belum lagi melihat dia tersenyum dan ketawa seperti yang sedang dia lakukan bersama kawan kawannya itu.

Pian tidak dapat menahan dirinya untuk terus tersenyum melihat Farah. Aril menggeleng kepala.

"Dah dah lah tu tengok anak dara orang! Dosa, bang! Dosa!" Ujarnya sambil menyumbat buah tembikai  dalam mulut.

Pian tersedar. Dia menjeling Aril.

"Yang kau pergi tepuk dahi dia tadi tu tak dosa?" Perlinya pula.

Aril tersengih.

"Ni baru depan aku, kau dah cuit cuit dia. Belakang aku selama ni apa lagi yang kau dah buat?" Soal Pian sambil memeluk tubuh memandang Aril.

Aril hanya mampu menayang barisan giginya sahaja.

"Darwish! Jom bergambar! Turn pengantin dengan pengapit pula." Panggil jurugambar.

BUDAKWhere stories live. Discover now