Aril memerhatikan Pian dari cermin pintu. Dengan lafaz bismillah, dia melangkah masuk. Pian yang sedang menonton televisyen mengalihkan pandangannya.
"Bro!" Tegur Pian dengan wajah yang ceria. Namun suaranya masih kedengaran lemah.
Aril melemparkan senyuman dan menghulur tangan untuk berjabat.
"Macam mana kau rasa sekarang ni?" Soalnya mula bertanya khabar.
Pian tertawa perlahan. "Macam mana kau tengok aku sekarang ni, macam tu lah keadaan aku."
Aril mengangguk dengan tawa kecil. Kemudian dia mengalihkan pandangan untuk melihat cerita apa yang sedang ditonton oleh Pian.
"Farah macam mana weh? Sejak aku sedar dia tak ada datang lawat pun." Ujar Pian seakan berjauh hati.
Inilah soalan yang tidak mahu didengarinya. Aril hanya tersenyum.
"Dia okey, uncle Kamel dah bawa dia balik JB." Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Aril.
Melihat wajah hampa Pian, Aril kesian.
"Be strong bro! Kau kena cepat pulih. Then, kita balik JB jumpa dia." Hanya senyuman palsu yang mampu Pian berikan tatkala Aril menepuk bahunya. Memberi semangat.
Di JB pula, kepulangan Farah membuatkan mak Kiah gembira. Melihat anak yang diasuh dari kecil sehingga kini, membesar depan matanya, sudah pulang ke pangkuan dengan selamat.
"Dato', Farah okey?" Soalnya ingin tahu. Dato' Kamel melemparkan senyuman nipis.
"Bagi dia rehat dulu, nanti lepas dia bangun, mak Kiah ajak lah dia borak ya." Mak Kiah hanya mengangguk gembira.
Sedang Dato' Kamel menikmati minum petangnya, tiba tiba dia mendengar jeritan Farah dari tinggat atas.
Mak Kiah yang berada dibelakang rumah segera berlari ke dalam.
"Eh Dato', siapa yang menjerit tadi?" Dato' Kamel tidak menyahut malah segera bangun dari duduknya.
"Mak Kiah ikut saya." Mak Kiah hanya membuntuti Dato' Kamel mendaki anak tangga hingga ke atas.
Buka sahaja pintu bilik Farah, kelihatan Farah sedang menangis teresak esak.
"Princess, kenapa ni sayang?" Soal Dato' Kamel menghampiri Farah.
"Daddy, jahat! Kenapa daddy bawa Farah balik sini? Daddy tahu tak, Pian masih kat sana lagi. Masih tak sedarkan diri lagi! Kalau dia sedar Farah tak ada nanti macam mana?!" Ujar Farah dalam esakannya.
Mak Kiah mengurut dadanya. Terkejut. Kemudian dia mengutip bantal-bantal yang jatuh dari katil.
"Daddy tak jahat, sayang. Farah yang minta nak balik kan? Daddy dah bawa Farah balik. Then you nak daddy transfer you ke sana balik? Tak boleh lah macam tu." Dato Kamel cuba memujuk Farah.
Farah menggeleng kepalanya beberapa kali. "Farah tidur sekejap je tadi, Aril cakap nak bawa jumpa Pian nanti. Sedar sedar dah ada kat rumah. Apa semua ni?!"
Dato Kamel terus memeluk anaknya. "Princess daddy, tak nak macam ni please? You have to be strong. Princess daddy tak lemah macam ni. Nanti kaki Farah sembuh kita pergi jumpa Pian ya?"
"Farah nak jumpa Pian..." itu sahaja kata kata yang keluar dari mulut Farah.
Mak Kiah mengambil alih tempat Dato' Kamel bagi menenangkan Farah. Diusap lembut belakang badan Farah penuh kasih sayang.
"Farah anak yang kuat, kena tabah. Doa banyak-banyak supaya cepat sembuh. Nanti boleh jumpa Pian, ya?"
Farah sudah tidak mampu untuk berkata apa. Yang dia pinta hanyalah untuk bersendiri. Diri sendiri sudah tidak tahu apa yang telah berlaku.
'Ini bukan diri aku.' Bisik hatinya. Ya, ini bukan dirinya. Seakan-akan ada sesuatu yang hilang. Pening kepalanya memikirkan perkara-perkara yang telah berlaku.
Telefon bimbit digapai. Nombor Aril didail.
"Hello, Assalamualaikum?"
Jantung Farah berdegub kencang. Ini...ini bukan suara Aril. Ini suara...
"Pian..." tanpa menjawab salam, air mata Farah terus laju mengalir. Inilah suara yang dirindukan. Suara yang dicari-cari selama ini. Suara yang telah lama menyepi.
Selama mereka berdua berborak di Sabah, Pian hanya menggunakan suara kasar, garau. Tetapi kini, barulah kali pertama Farah mendengar suara asli Pian setelah bertahun tidak mendengarnya.
Pian dihujung talian terkedu. Masih terkejut dengan panggilan yang diterimanya. Farah, adakah ini Farah dia yang selama ini dinanti?
"Farah Nur Syazlin?" Panggil Pian. Namun esakan yang dibalasnya. Mendengar nama penuhnya disebut oleh Pian membuatkan hati Farah bertambah hiba.
Ya Allah, kenapa tiba tiba perasaan seperti ini hadir? Apa yang berlaku pada diri aku ketika ini?
Mata dipejam lama. Hangat air mata yang mengalir masih terasa. Kenangan sewaktu dibangku sekolah turut menumpang lalu. Di saat Pian menghulur sapu tangannya, Pian yang tidak suka melihatnya menangis.
Aku rindu Pian.
"Pian..." Farah tidak mampu untuk menuturkan kata-katanya. Namun, cukup membuatkan Pian fahami. Farah rindu.
Nafas cuba diaturkan dengan baik. Senyuman nipis terhias diwajahnya yang sudah mula ditumbuhi bulu-bulu jambang dan misai.
"Farah sayang, aku tak suka dengar tangisan, esakan kau. Aku tak mampu nak hapuskan air mata kau. Tolong, jangan buat aku terseksa dekat sini." Pinta Pian.
Farah memejamkan matanya serapat yang mungkin. Kalau boleh, dia tidak mahu melihat apa-apa selain bayangan Pian. Namun, melihat bayangan Pian yang terlantar dikatil hospital, dengan wayar yang berselirat membuatkan hatinya rapuh.
"Sorry...sorry for everything I did to you." Ujar Farah perlahan. Namun cukup untuk didengari dan difahami oleh Pian.
Aril yang baru sahaja keluar dari tandas terbantut niatnya untuk mendekati Pian yang sedang menggunakan telefon bimbitnya. Melihat senyuman Pian, tahulah Aril bahawa Pian sedang gembira. Pastinya Farah yang sedang berada didalam talian itu.
Nafas dihela perlahan. Mendengar sendu Farah, hatinya tidak tenteram. Dia mahu berada disisi Farah. Tidak kira ketika susah mahupun senang. Yang penting, Farah ada disisinya.
"Aku akan lakukan apa sahaja untuk kau, sayang. No need to say sorry. That was not your fault." Bisik Pian perlahan.
Terhias senyuman ditepi bibir mendengar Pian memanggilnya sayang. Rasa macam nak banjir lagi, tetapi, cukuplah untuk harini.
"Aku rindu kau!" Luah Farah.
Pian tersenyum lebar. "Aku lagi berjuta kali rindukan kau, Farah." Kedengaran suara Farah ketawa dihujung talian, walaupun sengau sedikit.
"Farah.." panggil Pian.
"Ya, Pian?"
"Tunggu aku balik sana ya?"
Farah diam seketika. Tunggu? Maknanya, akan mengambil masa yang lama. Tak boleh ke sekarang je? Rasa nak merengek disitu pun ada.
"Hm, aku akan sentiasa tunggu kau Pian. Always and forever!" Balas Farah dengan yakin.
Jelas reaksi lega dapat dipamerkan oleh Pian. Sekurang-kurangnya, dia tahu, Farah menantikan kehadirannya.
Aril yang menjadi pemerhati dari tadi bimbang dengan apa yang dikatakan oleh Farah. Jika nanti dia dan Pian pulang ke sana, sikap yang ditunjukkan oleh Farah berbeza dengan apa yang telah dijanjikan bagaimana?
Siapa pula yang akan menanggung kekecewaan untuk yang ke- ke berapa kali? Hm, hanya Pian yang mampu menjawabnya.
YOU ARE READING
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...