BAB 35

1.6K 146 21
                                    

"Hello! Miss me?" Sapa tetamu itu dengan senyuman yang mekar.

Namun Farah masih terpaku dihadapan pintu. Matanya tepat memandang lagak lelaki itu yang sedang berdiri bersandar pada tembok, dengan tangan di dalam poket seluar sambil memandang Farah.

Farah masih bingung. Betul ke dia ni?

"Ish tahu lah aku handsome! Tak payah lah terkejut sangat nampak aku!" Lelaki itu menepuk tangannya dihadapan Farah.

Farah tersentak. Eh sejak bila mamat ni berdiri depan aku ni? Namun melihat senyuman lelaki itu yang kian melebar membuatkan Farah menjeling menyampah.

"Apa kau buat kat sini? Mana kau tahu alamat rumah aku? Plus...siapa yang izinkan kau masuk sini?" Soal Farah sambil memeluk tubuh.

"Mula dah inspektor Farah bersoal siasat..." Gumamnya.

Farah menjegilkan mata. "I heard you, Aril!"

Aril tersengih memandang Farah. "Member lama tak jumpa, salah ke member datang melawat?"

Farah mencebik. Cakap dengan Aril ni memang annoying tak sudah!

"Ish kau ni! Jom lah masuk. Aku suruh mak Kiah buatkan air kejap." Malas mahu melayan merapu si Aril. Farah terus ke dapur.

Aril mengambil tempat duduk di sofa single di ruang tamu. Selepas 2 minit, Farah muncul dengan menatang dulang yang berisi dua biji cawan.

Aril hanya memerhatikan Farah. "Jangan sampai air ni singgah kat muka kau! Pandang pandang, ada hutang?" Gumam Farah.

Aril hanya tersengih. "Memang aku ada hutang dengan kau pun."

Farah memandangnya tepat. Kening dijongketkan.

"Okey, macam ni, aku kan pernah janji dengan Pian nak spy kau selama kau kat kampung tu. Tapi-"

Farah mengangkat tangannya menyuruh Aril berhenti bercakap.

"Tapi aku pelik, lepas Pian balik JB, kau pun hilang. Hm baru aku perasan!" Ujar Farah.

Aril menayang muka seposen!

"Aku ada je sebenarnya, tapi nak buat macam mana, orang tu sibuk bermadu kasih!" Kata kata sindiran itu mendapat balasan jelingan daripada Farah.

"Tak lah! Hahaha. Sebenarnya, aku pindah KL sebab Abi aku kena transfer sana. That is why lah I tak boleh spy on you! Kesian Pian. Dah lah aku lupa nak habaq kat dia!"
"Okey. So, apa point kau sebenarnya ni?" Malas mahu mendengar Aril menyebut nama Pian lagi. Aih buat aku lagi rasa serba salah weh! Pian where are you...

"Oit! Termenung!" Farah menjeling lagi.

"Aku ni jenis manusia yang menepati janji tau! Even lambat asal selamat. So from now on aku akan cuba bantu kau if kau perlukan apa apa pertolongan." Ujar Aril sebelum mencapai gelas dan meneguknya.

"Tak perlu kot. Aku sekarang dah selamat kat tempat aku ni ha! Janji kau tu pun dah expired!"

"Ehh mana boleh! Nanti kang Pian anggap aku ni tak amanah!" Bantah Aril.

Farah memandangnya tepat. "Kau ada jumpa Pian?"

Aril pantas menggeleng. Farah mengangguk perlahan.

"Ada contact dia?" Aril terdiam seketika sebelum menggeleng.

Farah mengeluh. "Aku nak cari Pian lah. Jom teman aku pergi rumah dia petang ni nak?"

Aril ternganga. "Kau nak aku tunggu kau sampai petang ni? Mak oi berjanggut aku nanti!"

Farah menyepak kaki Aril perlahan. "Sama ada kau balik rumah kau dulu, atau kau stay kat bilik tetamu aku."

Aril tersengih sambil mengangguk perlahan.

"Eh kau cakap, kau pindah KL kan? But why are you here?" Soal Farah pelik.

"Oh abang aku memang duduk JB. So aku decide nak stay dengan dia je. And aku nak sambung study kat sini." Farah mengangguk faham.

"Haa kita study sama sama ea?!" Ujar Aril sambil mengerdip matanya beberapa kali. Farah menjeling menyampah.

"Apahal lah mamat ni makin annoying? Wayar kat kepala dah putus ke apa? Ke oksigen dalam badan dia dah expired?" Rungut Farah sambil berlalu pergi meninggalkan Aril berseorangan diruang tamu.

Aril hanya ketawa perlahan mendengar rungutannya.

Seperti yang telah dijanjikan, Farah dan Aril menuju ke rumah Pian. Namun masing masing masih terpaku di dalam kereta. Mereka memerhatikan keadaan rumah teres dua tingkat itu.

"Farah, kau sure ni rumah dia?" Soal Aril sambil membakar satu puntung rokok.

Farah memandang Aril tidak berkelip. "Since when kau smoke, Aril?" Aril tersengih. "Aku terpengaruh dengan 'dak-dak' sana. But dont worry, aku tak ketagih pun. Paling paling, satu hari sekali je aku smoke."

"Oh my God! Such a- auch! Sakit lah!" Terhenti kata kata Farah apabila Aril menjentik pipinya.

"Pahala dah banyak sangat ke? Asyik nak mengutuk aku je kerjanya!"

Farah merungut panjang. Aril menggeleng kepala. Tidak tahu apa yang dibebelkan oleh Farah.

Farah memandang kembali rumah teres yang tertera perkataan 'DI JUAL' di hadapan pagarnya. Dia yakin bahawa ini adalah rumah Pian. Walaupun sudah lama tidak datang sini.

"Pian...mana kau pergi?" Luah Farah perlahan. Keluhan dilepaskan.

Aril memandang simpati. Puntung rokoknya dibuang apabila sudah pendek.

"Kau tak tahu ke dia kat mana?" Soal Aril. Farah menggeleng lemah.

"Dia..."

"Dia marah aku. Dia merajuk kot. Call tak dapat. Rumah pun..." Panas sahaja tubir mata Farah.

"Farah, jangan menangis. Kita cari lagi nanti okey?" Pujuk Aril.

Namun air mata Farah terus jatuh. "Alaaa Farah! Aku tahu Pian sayang kau. Dia mesti saja nak main sorok sorok dengan kau tu. Stop crying please..." Pujuk Aril lagi.

Tangis Farah makin menjadi. "Eiii jangan pujuk! Jangan pujuk!" Bahu Aril di pukul beberapa kali.

"Aik? Marah pula?"

"Kau buat aku makin nak nangis tahu tak!" Pukul Farah lagi.

Aril cuba mengelak elak. "Aduh sakit siot! Stop it Farah! Ish budak bertuah ni!"

Farah berhenti. Namun matanya tajam memandang Aril. Aril membalas renungan Farah sebelum ketawanya meletus.

"What a cute teletubies!" Ujar Aril sambil mengenyit sebelah matanya. Farah hanya menghadiahkan sebuah cubitan dilengan Aril.

Malam itu, Farah membaca kembali email terakhir dari Pian.

"Cuma satu aku minta..."

"Lupakan aku dan jangan pernah cari aku."

"Senang cerita, anggap aku hanya masa lalu kau. Since kau pun dah tak perlukan aku, apatah lagi aku, yang sememangnya tak perlukan kau dalam hidup aku."

Ayat itu dibaca berulang kali. Keluhan kesal dilepaskan.

"Pian, are you really mean it?"

BUDAKWhere stories live. Discover now