"Hai abang pengawas!" Tegur Farah dengan ceria.
Firman sudah masam mencuka.
"Eii apa ni pagi pagi lagi muka dah macam beruk tak mandi ni?" Ujar Farah sambil mengikut langkah kaki Firman.
"Farah? Kau boleh tolong tak? Jangan menyemak depan aku? Aku nak pergi tutup pintu pagar ni." Ujar Firman sambil memberhentikan langkahnya.
"Wah! Nak ikut?"
"No! Kau pergi beratur sekarang sebelum aku catat nama kau!" Ugut Firman.
Farah mencebik. "Catat lah! Catat banyak banyak biar sampai kau ingat nama penuh aku. Nanti bila nak kahwin senang kau nak lafazkan akad nanti!" Ujar Farah seperti kereta api yang tak mahu berhenti. Pulak tu boleh tersengih bagai kerang busuk kat sini.
Firman memandang Farah tajam. "I said STOP FOLLOWING ME!" Tegas Firman.
Farah berhenti melangkah. "Okey fine! I will make sure, after this, kau takkan nampak muka aku lagi! Bye!" Ujar Farah perlahan.
Eii lantak kau lah! Aku dah cuba banyak kali dah nak tambat hati kau tu. Tapi hampeh! Kau ni alien dari planet mana ha? Hati keras macam batu!
Firman terkedu. Biar betul budak ni? Dia sendiri yang akan elakkan diri dia dari aku kan? Alhamdulillah! Tapi...kenapa hati aku macam tak sedap je ni ea? Hm whatever as long she's go away from my life , I am happy!
Firman bersiul siul menuju ke pintu pagar sekolah. Dia melihat Pian jalan berlenggang kangkung menuju ke sekolah. Firman terus menutup pagar.
"Ehh wait wait! Kau ni Fir, tak nampak ke aku nak masuk ni?" Tegah Pian.
"Lah, kau nak masuk rupanya? Ingatkan nak jual kangkung tadi!" Perli Firman.
Pian membuat muka innocentnya. "Eh Fir, kau...kau..."
"Aku apa?!" Potong Firman. Muka Pian dipandangnya.
"Erk..kau..kau..." Pian menggaru garu kepalanya. Ei asal susah pula aku nak cakap ni?!
"Kau nak cakap apa ni? Kalau tak penting baik tak payah! Dah aku nak pergi dataran. Kau, cepat sikit pergi beratur sana!" Arah Firman.
"Eh kejap! Aku nak tanya ni!" Halang Pian.
"Ha apa dia?"
"Kau ...kau tak ada apa apa perasaan kat Farah ke?" Soal Pian perlahan.
Firman tercengang. Dia menunjukkan jari telunjuk kearah dirinya.
"Aku? Aku? Ada perasaan kat Farah?" Soal Firman kembali sambil melepaskan tawanya.
"No, man! It will never! Hahaha!" Balas Firman sambil tergelak gelak.
Pian sudah menggepal buku limanya. Namun dia hanya mampu bersabar sahaja. Melihat pemergian Firman.
"Kau memang akan menyesal suatu hari nanti Firman!" Ujar Pian perlahan.
......
Pian merenung muka Farah. Lama.
"Apa tengok tengok? Aku tahu lah aku tak cantik macam perempuan lain!" Ujar Farah sambil merebahkan kepalanya ke atas meja. Mukanya dipalingkan daripada wajah Pian .
"Hei pandang muka aku lah!" Pian menolak kepala Farah agar memandang mukanya.
Farah pun mengalihkan kepalanya. Memandang Pian. Pian turut merebahkan kepala ke atas meja sambil memandang Farah.

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Fiksi RemajaAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...