BAB 36

1.3K 120 7
                                    

Pemandangan yang amat mendamaikan jiwa, menenangkan fikiran dan suasana yang indah membuatkan dia leka.

Di meja kopi itu, dia memandang kawasan pergunungan dihadapannya. Beanie di kepala dicabut. Di pandang beanie itu lama. Keluhan dilepaskan.

"Why am I still thinking about you, while at the other side, you're happy without me." Luahnya perlahan.

Beanie ditangan, digenggamnya. Kepala digeleng sekali. Manalah si Haris ni? Janji pukul berapa, datangnya tak juga!

Kopi yang sudah hampir sejuk dihirupnya. Kalau asyik difikirkan tentang budak itu, pasti hidupnya tidak akan tenang.

"Paan!" Tegur satu suara.

Paan? Kepala diangkat memandang manusia yang menegurnya tadi. Sarah? Agak dah. Siapa lagi yang panggil aku Paan kalau bukan dia ni?

Tanpa dijemput, Sarah mengambil tempat dihadapan Pian.

"Wehh tak sangka jumpa kau kat sini! Kau buat apa kat KK ni Paan?" Soal Sarah laju.

Pian memandangnya bersahaja. "Dari dulu sampai sekarang, tak habis habis panggil aku Paan, kau ni!"

Sarah menelan air liurnya perlahan. Wajah Pian ditenung.

"Dah terbiasa, nak buat macam mana?" Ujar Sarah perlahan. Kenapa dia rasa Pian dihadapannya ini seperti orang lain? Bukan Pian yang happy go lucky macam dulu?

"So, tak boleh ke tukar habit kau tu?" Ujarnya dingin.

Sarah terdiam sebentar. "Tak boleh gurau dah sekarang." Perlahan sahaja suaranya.

Pian memandang sahaja wajah Sarah sebelum bermain dengan telefon bimbitnya.

"Darwish!" Pian menoleh ke belakang.

Haris berlari lari anak menghampiri Pian. "Sorry lambat bro!" Mereka berjabat tangan.

"Dah ada awek teman aku, baru kau nak muncul!" Perli Pian. Haris hanya tersengih. Kemudian dia memandang gadis dihadapan Pian.

"Hai, kawan Awish ke?" Soal Haris sambil mengambil tempat di kerusi kosong.

Sarah hanya melemparkan senyuman. "Member aku kat JB. Classmate 2 tahun berturut turut." Tersungging senyuman dibibir Pian.

Sarah mula tersengih. "Jangan cakap kau menyampah tengok muka aku!"

Melihat Pian membuat muka, Sarah ketawa perlahan.

"I, Haris." Haris memperkenalkan diri kepada Sarah.

"Sarah!"

Pian hanya diam memerhatikan mereka berdua. Sarah sedikit kurang selesa berbual dengan Haris. Mahu ajak Pian berbual, seram pula melihat kebekuan yang ditunjukkan oleh Pian.

"By the way, you dah berapa lama kenal dengan si kayu ni?" Soal Haris bersahaja.

Pian menjeling Haris seketika. Namun, ayat Haris membuatkan Pian teringat sesuatu.

"Dah lah Farah, kau tak payah layan si kayu ni! Jom, makan lolipop lagi bagus!"

"Yeayyy lolipop! Sorry abang pengawasku, I prefer lolipop daripada you! Hahahaha."

Bunyi ketawa dia...

Pian memejam mata seketika. Makin menebal pula rasa rindunya. Agak agak kalau dia tahu aku dah jadi kayu macam abang pengawas dia tu, dia suka aku tak?

Pian menggeleng perlahan. Ish kau ni! Kenapa semuanya mesti ada kaitan dengan budak tu? Pian, please forget about her!

"Haa Pian, Farah apa cerita? Lama aku tak jumpa dia." Suara Sarah menerbangkan rasa yang menyinggah sebentar tadi.

BUDAKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang