Cuti sekolah sudah berada dipenghujung. Farah memandang sedih kepada Pian. Kalau boleh dipeluk ingin sahaja dipeluk orang yang paling dia sayangi ini.
Pian menyalami tokmak dan tok abah. "Terima kasih, tokmak, tok abah. Dah bagi Pian tumpang kat sini. Pian minta maaf kalau dah banyak menyusahkan. Sorry juga kalau Pian naughty ye, tokmak?" Pian tersengih memandang tokmak.
Tokmak sudah mengalir air mata. "Yelah, I forgive you! Jangan noti-noti lagi. Ingat Pian tu dah besar, bukan budak lagi."
Pian menggaru kepalanya.
"Nanti datang sini lagi tau!" Tokmak mencium umbun umbun Pian. Pian tersentuh. Dalam hatinya sudah meronta ronta ingin cepat pulang.
'Mak, Pian rindu mak!'
Banny dikepala dibetulkan. Kemudian dia memeluk tok abah pula. Pian memandang Farah yang dari tadi hanya diam menahan sendu. Ingin sahaja dipeluknya dan sentiasa berada disampingnya. Namun apakan daya?
"Farah, give me a hug!" Ujar Pian sambil mendepakan tangannya. Belum sempat Farah membuka mulut, tokmak sudah mengetuk kepala Pian. Pian mengaduh kesakitan.
Farah ketawa perlahan. "Kalau boleh dah lama aku peluk kau lah!"
"Aku dah nak balik ni. Kau jaga diri ea? Jangan degil sangat jadi orang. Dengar cakap tokmak dengan tok abah. Mungkin aku tak boleh pantau kau, tapi aku dah pasang spy! So aku harap, kau boleh jaga diri kau. Untuk aku."
Air mata Farah laju mengalir. "Eii kau ni jangan nangis!" Ujar Pian sambil ketawa perlahan. Malah Farah makin galak pula tangisnya. Pian hanya tersenyum.
"Kalau ada apa apa, contact aku. Aku sentiasa ada untuk kau, ye budak? Dah takmo nangis!" Pian mengusap kepala Farah perlahan.
"Im only one call away,
I'll be there to save the day"Farah ketawa perlahan. Pian suka manfaatkan situasi macam ni dengan suara dia tau!
"Bye, jangan lupa aku!" Ujar Farah perlahan. Pian menggelengkan kepalanya.
"Fighting for SPM! Study smart, not study hard. Kau tu kalau study hard, comfirm demam!"
Farah menganggukkan kepala. "Aku pergi dulu. Bye, sweetheart! I love you!" Pian melemparkan flying kiss sambil berjalan memasuki ke dalam perut kereta.
Farah melambai. "Bye! I love you too!!" Tokmak dan tok abah hanya menggelengkan kepala sahaja melihat gelagat mereka berdua.
"PakMat! Jangan bawa laju laju! Apa apa jadi kat Pian, siap pakmat!" Ugut Farah. Pakmat dan yang lain ketawa besar mendengar ugutan Farah.
Akhirnya kini, Farah kembali hidup bersendirian tanpa Pian. Apa boleh buat? Tunggu habis SPM, mereka mengambil keputusan untuk belajar di tempat yang sama. So, wait until the day come true.
Farah termenung sendiri di tangga rumah. Nak buat apa bila bosan macam ni? Abang Sufian dah balik U dia, Pian dah balik JB, Black girls? Sia sia dapat maki free kacau cuti diorang yang dah nak habis ni.
Farah mengeluh. "Pian, aku bosan...." Ujarnya perlahan.
Tiba tiba handfonenya bergetar. Farah mencapai. "Since when pula aku vibrate ni?" Message yang diterima dibaca.
From : Abang pengawasku
"Esok pagi aku amik kau, Umi nak jumpa."
Senyuman terus mekar dibibirnya. Tangan laju menaip untuk membalas.
To : Abang pengawasku
From : Budak mental"Rumah abang Farhan ea? Yeayyy! Dapat jumpa umi! Dapat jumpa kau!! Hahahahaha!"
Send!
Firman yang membaca tersengih sambil menggeleng kepala. "Nasib baik aku sms je, kalau call tadi, peh pecah gegendang telinga." Bebelnya perlahan.
Mesej Farah dibiar sepi. Tidak membalas. Dia yang sedang melepak dipangkin hadapan rumah, asyik merenung keindahan langit ciptaan Tuhan. Pemikirannya kembali kepada Farah.
Firman termenung. "Apalah nasib aku esok?"
Seperti yang dijanjikan, pagi itu Firman mengambil Farah dihadapan rumah dengan menaiki kereta Farhan.
"Morning, Mr. Prefect!" Sapa Farah ceria. Firman kelihatan menyimpul senyum. "Hello bukan Mr. Prefect lagi! Dah cepat masuk. Umi dah tunggu dah tu." Arah Firman.
Sepanjang perjalanan, Farah hanya merenung Firman yang sedang memandu dengan senyuman. Firman menjeling Farah kerana tidak selesa.
"Kenapa tengok aku macam tu?" Soal Firman tanpa memandang Farah.
Farah tersenyum lagi. "You look different today. Kenapa ea?" Soalan Farah membuatkan Firman mengerut kening.
"Apa yang lainnya? Biasa je." Farah laju menggeleng. "Terlalu berbeza. Harini kau banyak sedekah senyuman kat aku."
Firman ketawa perlahan. "Itu je? Masalah betul lah kau ni. Diam je sudah lah." Sifat Firman yang agak berbeza hari ni benar benar membuatkan hati Farah berbunga bunga.
'Ya Tuhan, biarkan sifat Firman pada hari ini, kekal buat selamanya ketika dia bersama aku.'
Sempat Farah menyelitkan satu doa dalam hatinya. Tiba di rumah Farhan, Farah disambut mesra oleh Umi. Rupa rupanya Umi ingin mengajarnya cara membuat nasi lemak. Setelah siap hidangan itu, Farah dan Umi berbual di pangkin hadapan rumah.
Sedang mereka berdua duduk menghirup udara segar pagi itu, Firman datang menghulur buah pelam yang baru di petik.
"Rajin anak umi petik pelam ni ya? Terima kasih." Puji umi sambil mengusap kepala Firman. Firman melempar senyuman.
Farah tersentuh melihat layanan dua beranak itu. Tiba tiba dia berasa rindu terhadap mummy dan daddynya.
"Pian dah balik ke Farah?" Soal Umi. Farah tersentak. Perlahan lahan dia mengangguk. "Anak bujang umi yang lain ke mana?" Soal Farah pula.
Firman dilihat sedang mengupas buah untuk kami. "Biasalah Farah, Farhan dia pergi settlekan document sekolah dia tu. Firdaus dah balik JB. Fahmi pula pagi pagi lagi dah lesap. Entah kemana lah. Risau umi dengan si Fahmi tu."
Farah mengangguk angguk perlahan. "Tak payah lah umi risau. Ami tu jalan jalan je kot. Tak pun cari bakal menantu untuk umi!" Kata kata Firman membuatkan Farah ketawa. Lantas umi menyubit pinggang Firman.
Firman menayang muncung. "Ami tu lain sikit Farah. Suka enjoy! Umi takut kalau dia mainkan hati anak dara orang." Jelas kegusaran terpancar pada muka umi.
"Umi mesti kenal anak umikan? Farah yakin Ami takkan buat macam tu."
"Pandai lah kau cakap!" Firman melempar kulit pelam ke arah Farah. Farah menjerit terkejut.
"Fir! Apa buat Farah macam tu? Ish budak ni!" Tegur Umi. Firman tersengih.
"Dia ni haa memandai mandai sangat. Macam lah kenal Ami sangat!" Farah menjeling Firman. Kemudian Farah tersenyum pula.
"Biar saya tak kenal Fahmi, janji saya kenal buah hati saya, kan kan kan?" Soal Farah sambil menjongket keningnya beberapa kali.
Firman membuat muka nak muntah. "Ei loya tekak aku dengar." Farah dan umi sama sama tergelak melihat wajah Firman yang terlalu over bagi mereka.
Lama kelamaan, Firman turut tergelak apabila memikirkan kembali apa yang di buatnya tadi. Turut berasa gembira melihat uminya tergelak begitu.
"Farah..." Panggil Firman tatkala kereta sudah berhenti dihadapan rumahnya. Farah memandang.
"Ya?"
"Thanks buat umi aku happy. Thanks to be part of our family." Ujar Firman tulus. Farah tersenyum lebar.
"No thanks. My pleasure. Bye!" Farah segera membuka pintu kereta. Entah kenapa jantungnya seperti hendak meletup dengan keadaan yang agak romantik sedikit baginya itu.
Firman tersenyum. Dia hanya memerhatikan sahaja langkah Farah yang berlari lari anak memasuki rumah.
"Kau memang sebahagian daripada hidup aku. Sebab kau dah curi kasih sayang umi aku."

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK
Teen FictionAku yang dulu mengejar jasad yang tidak bernyawa. Berharap akan ada keajaiban untuk dia membuka pintu hati untuk aku. Namun, makin aku kejar, makin aku sedar. Ianya hanya sekadar harapan. DIA yang sering berada disisi tatkala hati dilanda kesedihan...