Episod 4: Tiga Bulan?

3.2K 350 61
                                        

LUPAKAN EXAM! WHO CARES! XD

"Sya-syarat?"

Wonwoo mengangguk. "Follow syarat aku dan kau akan dapat balik diary kesayangan kau ni."

Syarat!? Ni buat aku naik angin.

"Hello Mr Jeon Wonwoo! Awak ambil diary saya, tapi kenapa saya pula yang kena ikut syarat awak? Adil ke macam ni?" Aku bercekak pinggang. Eh eh macam mak pula.

"Heh. Keadilan tidak semestinya berpihak kepada awak cik adik manis. Saya jumpa diary awak di bus stop tadi, tak bersyukur ke saya selaku jejaka tampan dan BAIK tolong simpan dan jagakan diary ni sebaik mungkin? Atau awak lebih suka diary awak ni dibaca orang dan seterusnya tersebar satu Seoul?"

.....

Betul juga.

Aku mengeluh perlahan. "Huh...fine. Apa syaratnya?" Aku memandang dia sambil berpeluk tubuh. Seriously crush aku yang dulu memang ada banyak PERUBAHAN.

Dan maksud perubahan tu tentunya dia semakin hensem dan hot. Ok aku dah melalut jauh. Back to the topic.

"Syaratnya...aku mahu kau...

...jadi kuli aku."

Terbuntang mata aku dengar. "Wait wait wait, apa?"

"Aku mahu kau jadi kuli aku selama tiga bulan." Wonwoo memberi full detail tentang syarat yang perlu aku penuhi.

"Kuli? Apa tugas kuli tu?" Soal aku lagi seakan tidak percaya.

"Macam pembantu aku lah. Bila aku suruh kau cuci baju, kau kenelah cuci. Bila aku panggil kau, kau kenalah datang kat aku. Banyak lagi .. nanti kau tahulah." Wonwoo smirk ke arah aku.

Aku mengetap bibir aku. Aku hanya mendiamkan diri sambil berfikir apa yang perlu aku buat.

Perlahan-lahan aku mendongak memandangnya. "Ti-tiga bulan je kan?"

Wonwoo mengangguk. "Deal?"

Tanpa mampu berbuat apa-apa, terpaksalah aku bersetuju. "Deal."

Wonwoo tersenyum sinis lagi.

"Bwo?" Soalku kerana pelik melihat senyuman yang diberinya.

"Cantik spek."

Muka aku berubah merah mendengar pujian yang keluar daripada mulut Wonwoo.

"Di-Diamlah."

●●●●

Kringggggg~

Ah...waktu rehat! Ada masa untuk aku ke library.

Satu-satunya syurga bagi aku di sekolah yang digelar HELL.

Peace yo.

Sesampai sahaja aku di hadapan pintu perpustakaan, aku segera masuk ke dalam. Mak Cik Koo, pustakawan di situ menyapa baik diriku.

"Anyeong Mina-sshi. Cari buku lagi?" Soalnya dengan senyuman manis. Walaupun umurnya sudah mencecah 50, namun apabila aku memandang mukanya seakan-akan mukanya itu memberikan ketenangan dalam diri aku. Dah tentunya aku menganggap dirinya seperti ibu kandung aku.

Aku menunduk 90° . "Anyeong Ahjumma. Ya, saya nak pinjam buku lagi. Lagipun saya rindu nak hidu bau perpustakaan ni." Aku tersenyum memandangnya.

"Hah...pergilah duduk kat sana. Ambil banyak mana buku yang kamu nak. Makcik nak kemas rak sana sekejap." Mak Cik Koo berlalu pergi menuju ke rak belakang untuk menyusun buku.

My Crush Stole My DiaryCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang