Episod 1: Hilang!

3.8K 375 21
                                    

Keesokan Harinya...

"Noona."

"Hmm?" Aku memandang Hoshi dengan mulut yang sedang giat mengunyah makanan.

"Noona...tak serik ke asyik kena buli je?" Soalan Hoshi itu hampir membuat aku tercekik roti telur yang sedang dikunyah.

"Eh...apsal kamu kata macam tu?" Soalku balik sambil menyapu mulut aku dengan sehelai tisu kosong yang diambil dari dalam poket seluarku.

"Bukan apa noona. Hoshi dah tak tahan tengok noona Hoshi asyik kena buli je. Setiap hari Hoshi nampak ada kesan lebam pada muka noona sewaktu noona balik dari sekolah tapi noona still boleh pula terseyum and kata noona terjatuh lah ,terhantuklah, macam-macam." Hoshi kembali mengunyah nasi di dalam mulutnya.

Dia tahu ke...
haih..adik aku dah besar... aku tersenyum.

"Hoshi..jangan risau. Noona yakin tahun ni noona takkan kena buli dah. Lagipun noona menginjak senior tahun ni. Takkan lah noona mudah kena buli kan?" Aku memberi kata-kata penyejuk hati kepada adik yang satu-satunya family member yang aku ada.

Hoshi melepaskan keluhan berat. "Arasseo. Tapi janji eh, noona balik je dari sekolah hari ini, Hoshi tak mahu tengok ada kesan lebam or parut pada noona." Hoshi memandang aku penuh harapan. Aku tersenyum menampakkan baris gigi.

"Noona janji. Okay noona gerak dulu ya~" aku bangun dan pergi ke sinki dapur untuk membasuh pinggan. Seterusnya aku mencapai beg sandang aku dan memberi lambaian kepada Hoshi yang masih dalam proses mengunyah makanan. Aku segera keluar dari rumah selepas Hoshi membalas lambaian aku dan memberi pesanan kepada aku supaya berhati-hati.

Noona sayang kamu Hoshi!

Aku memakai spek mata aku yang agak 'Bulat'. Aku tak adalah rabun sangat. Just rabun jauh tapi spek mata ni je yang paling murah, terpaksalah guna. Aku tertanya-tanya...

Mungkin spek mata ni punca aku kena buli?

Or memang aku hidup kat bumi ni untuk dijadikan permainan untuk dibuli?

Aku menggeleng. Tak patut aku fikir macam tu. Semuanya salah aku sebab tak mahu mengubah diri sendiri.

Huh, Padan muka aku.

Aku menunggu bas sekolah. Mana bas ni... sambil melihat jam tangan aku. Pelajar-pelajar pun dah ramai menunggu.

Ah...tu pun bas tiba. Aku melihat bas semakin dekat datang ke arah aku. (Dan yang lain-lain)

Sesudah masuk ke dalam perut bas dan mengambil tempat duduk, aku terperasan yang beg sandang aku tak berzip. Aku terfikir, baik aku tulis diary hari ni sementara tunggu bas sampai ke sekolah. Wuu~ idea yang bernas!

Aku meraba-raba ke dalam beg sandang aku.

....

...

Ja-jangan buat lawak...

Diary aku...

Diary aku tercicir!!

To be Continue...

Author Note

Hai semua...ini hanya pendahuluan. Mian kalau tak best...but atleast readers kenelah vote dan comment ya? ^^

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now