Episod 23: Wae?

2.1K 227 13
                                    

"Yebuseyo eomma."

"Balik."

Suara eomma seperti sedang marah.

"Eomma? Apa-"

"Eomma kata balik sekarang Jeon Wonwoo! DAN jangan jumpa yeoja yang bernama Mina tu lagi. WALAUPUN SEKALI!

"Eomma- *trutt *

Aku masih dalam keadaan konfius.

Terus aku menoleh ke belakang dan berjalan menuju ke arah Mina yang masih sedang duduk di atas bangku. Perasan akan kehadiran aku, dia terus bangun. "Siapa telefon?"

"Eomma aku. Dia suruh kita balik sekarang."

Mina mengangguk faham.

"By the Way Mina..."

"Herm?" Mina memandang aku sambil membetulkan topi keledarnya.

"Mian...sebab tadi. Aku tak tahu apa yang rasuk minda aku."

Muka Mina kembali merah memikirkan hal tadi. "Ah...Gwenchana. Kajja..."

●●●●●

Author P.O.V

Kreakk..

Pintu dibuka perlahan. Wonwoo memerhati sekeliling.

"Eomma?"

Wonwoo terus berjalan perlahan menuju ke arah ibunya yang sedang merenung ke luar jendela membelakangi dirinya.

"Kamu duduk dulu." Arah Puan Ji Woo masih tidak memandang Wonwoo. Wonwoo hanya menurut dan terus duduk di atas sofa empuk kepunyaan ibunya itu.

Puan Ji Woo mengeluh perlahan dan menoleh memandang anak lelakinya itu. Beliau masih menyilangkan tangannya.

"Eomma tahu, kamu pasti keliru tentang tadi. Bukan?" Soal Puan Ji Woo.

Wonwoo terdiam sebentar lalu perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.

"Eomma....akan ceritakan semuanya pada kamu...." Puan Ji Woo menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.

"Appa kamu...."

●●●●●

"Eommaa, saya dah pulang. Hoshi...~" Mina berlari-lari anak menuju ke kamar adiknya. Ketika itu adiknya, Hoshi sedang mengulangkaji pelajaran kerana dia akan menghadapi peperiksaan di sekolahnya.

Susah betul bila adik-beradik sekolah lain-lain...keluh hati Mina perlahan. Dia tersenyum melihat adik dia yang sangat mengambil kisah tentang peperiksaan dan juga kagum melihat adiknya yang bijak mengatur masa antara sukan dan belajar.

Perlahan-lahan pintu bilik adiknya dibuka.

Hoshi yang sedari tadi begitu fokus pada buku latihan di atas mejanya terus memandang kakaknya yang sedang berdiri di hadapan muka pintu sambil menatang dulang yang berisi dua gelas berisi Jus Oren.

"Noona tahu kamu akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi. Tapi kalau terlalu serius sangat belajar boleh buat kamu stress. Jadi noona buatkan kamu air jus oren bagi membolehkan kamu merehatkan minda kamu sekejap."

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now