Awal-awal pagi lagi Mina telah dari keluar rumah untuk membeli makanan dapur yang telah tinggal sedikit . Mujur Puan Sung In mempunyai wang yang cukup bagi keperluan sekeluarga. Bila ditanya dari mana dia mendapat wang tersebut, Puan Sung In memberitahu Mina bahawa dia berkerja sebagai akauntan dan gajinya sangat berpatutan.Beliau juga berpesan kepada Mina supaya jangan risau jika dia tidak mempunyai wang yang cukup.
Semua yang terjadi semalam bagaikan mimpi. Berjumpa semula dengan ibu kandung yang telah lama meninggalkan dirinya dan juga adik lelakinya.
"Pantas masa berlalu."
●●●●●●
"Argh! Kenapa driver aku lambat nak mampu$ ni? Penat tahu tak aku berjalan? Benci!" Krystal menjerit-jerit bagai orang sawan selepas mendapati drivernya tidak menjemputnya ketika dia baru pulang dari kelas ballad.
Teksi? God, kotor sangat dalam teksi tu. Aku lagi rela berjalan! Desis hati Krystal selepas melihat teksi yang berulang-alik mengambil penumpang di stesen teksi.
Sambil membawa beg sandang yang bercorak emas tulen, Krystal berjalan lemah longlai di tepi jalan.
Mulalah banyak mata-mata jahat memandang Krystal seakan-akan mempunyai niat tersendiri.
SNAP!
"What..YAH! Peragut !! TOLONG!!" Krystal menjerit meminta pertolongan. Dengan berlari tergopoh-gapah menggunakan tumit tinggi, Krystal tersadung dan akhirnya terjatuh. Peragut yang membonceng motosikal itu telah membonceng jauh dari situ meninggalkan Krystal yang sedang kesakitan pada bahagian lututnya.
●●●●●
"Kamsahamnida Ahjusshi." Mina mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi dan keluar dari isi perut teksi tersebut.
Selepas teksi itu memandu pergi, Mina terus berjalan dengan niat ingin menuju ke Market yang hanya berjarak 1 km sahaja dari stesen teksi sehingga dia terdengar bunyi raungan seseorang.
Mina dengan segera menoleh ke kanan dari mana suara itu datang. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati seorang yeoja sedang terduduk di kaki jalan dan pada lututnya itu terdapat banyak darah yang mengalir.
Mina berlari ke arah yeoja tersebut dengan membawa beg sandangnya. Dia melutut di hadapan yeoja tersebut lalu mengeluarkan first-aid-kit yang disimpan di dalam begnya.
Krystal mendongak. "Min-"
"Shhh." Potong Mina sebaik sahaja dia mengeluarkan beberapa alatan untuk membersihkan luka pada lutut Krystal itu.
Krystal yang hendak berkata sesuatu pada Mina hanya mendiamkan diri kerana terpaksa menahan kesakitan yang terlalu perit dirasainya.
Selepas menyapu antiseptik dan iodin, Mina terus membalut lutut Krystal dengan berhati-hati dan kemas.
"Done." Mina tersenyum puas. Dia terus bangun dan menghulurkan tangannya ke arah Krystal. Krystal memandang Mina pelik.
"Bwo? Sambutlah. Susah kau nak bangun nanti." Kata Mina selamba.
Krystal terus menyambut tangan Mina dan bangun perlahan-lahan. "Ouch...."
ANDA SEDANG MEMBACA
My Crush Stole My Diary
FanfictionKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...
