Episod 37: Mencabar

1.8K 210 12
                                    

Sedutan..

"Kamu nampak tenang. Apa yang kamu rancangkan?" Soal Ji Sung dengan nada ingin tahu.

"Saya tak rancang apa-apa. Saya berserah diri. Saya mengalah. Saya sanggup didera oleh Pak Cik. Dengan syarat Pak Cik lepaskan mereka bertiga dan juga adik saya. Saya akan beri bahan bukti tu selepas Pak Cik buat apa yang saya suruh."

"Mina, apa yang awak buat ni?" Soal Yuju risau. Ikatan ditangannya pula telah dibuka oleh dua orang pekerja Ji Sung. Jungkook dan Puan Sung In juga telah dibuka ikatan tali oada tangan mereka.

"Jangan risau, saya yang bertanggungjawab untuk semua masalah ni. Saya yang patut menerima padahnya. Awak, Jungkook dan eomma patut lari dahulu."

●●●●●

Aku melihat duit dan berkata

"Kau hanyalah sehelai kertas."

Duit tersenyum lalu menjawab

"Memang aku ni hanya sehelai kertas ...

Namun

Dalam seumur hidup aku , aku tidak pernah melihat tong sampah di hadapan mataku."

●●●●●

"Baiklah. Tiga orang pengganggu tu dah tak ada. Sekarang, ikut perjanjian. Berikan bahan bukti tu sekarang juga." Ji Sung mengulurkan tangannya tanda meminta Mina menyerahkan pita audio tersebut di atas tapak tangannya.

Sebenarnya, Ji Sung berbohong. Dia menyuruh dua orang pengawalnya itu untuk menyorokkan Jungkook, Yuju dan juga Puan Sung In di tempat tersembunyi. Lakonan membuka tali ikatan itu benar-benar menjadi.

Mina terasa berbelah bahagi. Betul ke apa yang aku buat ni? Desis hati kecil Mina. Namun disimpan segala kerisauan tersebut di dalam hatinya. Jika dia pancarkan kerisauan tu melalui wajahnya, ketara sangat yang dia sememangnya takut.

Perlahan-lahan Mina menyerahkan pita audio itu kepada Ji Sung. Memang diperlahankan pergerakan tangannya agar lebih banyak masa dibazirkan secara sengaja.

"Lembab sangat!" Ji Sung merampas pita audio tersebut secara kasar menyebabkan riak wajah Mina berubah terkejut.

Ji Sung tersenyum menyeringai sambil melambung pita audio tersebut ke atas dan meyambutnya semula.

Mina masih kaku berdiri tegak dengan muka yang kosong. Dilihatkan sahaja wajah lelaki bongkak yang gembira dan jahat itu sedang duduk di tempat duduk pejabatnya dan bermain-main dengan pita audio yang Mina berikan.

Aktiviti melambung pita audio tersebut berhenti. Ji Sung menjeling sekilas ke arah Mina dan tersenyum sinis.

"Oops, saya lupa pula pasal adik lelaki kamu tu. Sorry lah ya. Mungkin....adik lelaki kamu tu dah pergi tinggalkan bumi ni buat selama-lamanya tak? Ish, ish...kalaulah kamu beri pita audio ni lebih awal..." dengan nada yang kononnya sedih, Ji Sung berpura-pura bersimpati.

Fuhh...sabar Mina sabar.... Mina menarik nafas sedalam mungkin. Mencabar betul mamat ni perli dia.

"Baiklah. Kamu dah sedia untuk diseksa?" Soalan Ji Sung bertukar menjadi serius. Dan soalan itu juga membuatkan bulu roma Mina menaik tinggi.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now