Episod 15: Masalah

2.5K 285 11
                                    

"Rasa macam pelik pula."

"Waeyo?"

"Hari ni....ahh tak apalah. Sambung buat math tu."

"Damn cerita jelah. Aku tak suka buat addmath ni. Nak pecah kepala aku buat." Wonwoo membaringkan kepalanya ke atas meja.

"Nak berjaya kenalah berkorban." Kataku sambil tersenyum menyindir. Wonwoo mencebik. Sedang dia leka membuat kerja rumah addmath yang entah kapan bila nak siap, aku curi-curi menyeluk tangan aku ke dalam begnya.

Tujuan? Mencari buku diary aku of course.

Cari punya cari sampai lenguh tangan aku dibuatnya. Eduh..mana diary aku ni?

Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang yang galak ketawa.

"Pahal gelak?"

Wonwoo mengeluarkan sesuatu dari kot bajunya. "Ni. Diary Kwon Mina. Buku ni yang kau nak kan?"

Well done. Dia tahu apa yang aku cari. "Bak sini buku tu." Kata aku selamba sambil menghulurkan tapak tangan aku.

"Nah.." Wonwoo menghulurkan buku tersebut.

Biar benar...?

Bila aku hampir sahaja nak pegang buku aku tu dengan muka yang happy semacam , Wonwoo terus menarik laju tangannya sekali dengan diary aku tu.

"What the Fish Mackerel?" Aku membuntangkan mataku.

"Nak berjaya kenalah berkorban." Wonwoo menganjing semula ayat aku sebelum ni. Ok Menyesal gila cakap macam tu. Wonwoo masih tergelak melihatkan muka hodoh aku bengang semacam.

"Dah lah gelak. Cikgu nampak lah." Kataku lalu menyambung semula membaca buku aku yang bertajuk 'Opposites Attract.' Memandangkan satu kelas kecuali aku sedang giat menyiapkan kerja addmath, baik aku isi masa membaca novel ni. Serius cakap sweet sangat cerita ni.

Neo Yeubbeuda~ telefon Wonwoo berdering. Wonwoo bangun dan meminta izin guru untuk menjawab panggilan tersebut. Baru sahaja tubuh badannya keluar kelas, aku terus berasa gemuruh. Risau.

Kenapa muka Wonwoo serius semacam?

Aduh angkat call je pun kau nak risau apa Mina... aku cuba untuk menyedapkan hati aku. Tapi kenapa baru sekarang aku nak rasa risau? Sebelum ni tak pun...

●●●●●●●

"Hello. Kau nak apa?"

"Hyung. Marilah lawat appa kat sini. Appa ngan aku tahu hyung dah balik semula ke Seoul. Sekali-sekala datang melawat apa salahnya kan?"

Wonwoo mengeluh. Bukan dia tak mahu tetapi melihatkan dirinya yang telah sekian lama tak pulang ke rumah, dia terasa kekok pula hendak melawat adik dan ayahnya di rumah.

"Nanti aku pikirkan macam mana. Melawat je kan?"

"ANIYO."

Suara adiknya mulai berubah. Seakan-akan mempunyai maksud tersirat dalam perubahan suaranya itu. Wonwoo tergamam seketika.

"Walaupun dipanggil melawat, tapi perkara ni Wajib. Kalau hyung tak mahu datang....

Namja tersebut mendiamkan diri.

Apa maksud kau? Kalau tak mahu datang...?

Trutt.

Talian diputuskan.

"Shit."

Di kelas...

"Wonwoo, kau okay?"

....

"Yah Wonwoo...?"

....

Mina mencubit sedikit kulit lengan kiri Wonwoo menyebabkan Wonwoo tersedar dari lamunannya dan mengalihkan pandangannya ke arah Mina dengan muka yang agak terkejut.

"Kenapa kau diam? Sakit? Tak sihat?" Soal Mina bertubi-tubi. Baginya memang terkejut melihatkan Wonwoo yang selalunya kepoh membuat bising mendiamkan diri.

Wonwoo hanya menggeleng. Dia kembali termenung ke luar jendela kelas.

"Walaupun dipanggil melawat, tapi perkara ni Wajib. Kalau hyung tak mahu datang...." terngiang-ngiang di fikiran Wonwoo apa yang bakal dilakukan oleh appanya kalau dia tidak mahu hadir melawatnya?

Mina pun turut mendiamkan diri. Tidak mahu menganggu Wonwoo yang sedang leka sesat berada di dunia sendiri. Takut dicopkan sebagai pengganggu, Mina kembali memberi tumpuan kepada novelnya walaupun di otaknya hanya memikirkan keadaan Wonwoo.

Siapa yang tak risau kalau Crush dia mempunyai masalah yang tak boleh dikongsikan bersama?

●●●●●●

OyemG thanks for the 900+views! ( ^ω^) and also sorry sebab update lambat. Saya tahu saya author yang tak baik :'(



My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now