Amaran! Episod ni kejam, klise dan ada carut sikit mohon jangan kecam author ya :3
Ji Sung terus menekan picu pistolnya berkali-kali. Peluru berdas-das keluar menerbang ke arah Wonwoo.
Dengan tenang Wonwoo mengelak. Dia tersenyum bangga. "Itu sahaja ke yang appa-"
BANG!!!!!
Peluru lagi satu keluar begitu hampir ke wajah Wonwoo. . Nasib baik menyebelahinya apabila dia tersadung ke belakang dan peluru tersebut tidak terkena pada mukanya.
"Hahahahaha! Lemah lagi rupanya!" Begitu galak Ji Sung ketawa melihat wajah Wonwoo yang terkesima dek permainan tembakannya itu tadi.
Wonwoo kembali bangun dengan bibirnya diketap geram. Mengambil posisinya dan matanya tepat berada pada pergerakan badan ayahnya.
Tanpa berlengah lagi Wonwoo segera berlari laju ke arah ayahnya dan menendang pistol yang berada pada tangannya. Ji Sung terbuntang mata kerana tidak sedar akan kehadiran Wonwoo yang begitu laju dan tangkas.
Kini perlawanan lebih adil. Kedua-dua beranak itu masing-masing tidak mempunyai sebarang senjata di tangan mereka. Hanya kemahiran asas berlawan sahaja menjadi pilihan buat mereka.
"Appa masih mahu teruskan lagi?"
Soalan Wonwoo itu seperti ada nada memerli. Ini kerana Wonwoo mempunyai kemahiran karate yang dipelajarinya sejak kecil sedangkan Ji Sung pula tidak mempunyai apa-apa kemahiran berlawan yang istimewa.
Tetapi ego manusia, siapa sahaja yang mampu melawan? Tanpa berfikir secara was-was Ji Sung terus berlari ke arah Wonwoo sambil melayangkan penumbuk ke mukanya.
Wonwoo menunduk laju ke bawah dan terus menarik tangan Ji Sung lalu menebalikkannya jatuh ke atas lantai. Ji Sung meraung kesakitan.
"Tak guna! Argh!!"
Wonwoo berkerut muka. Perlu ke aku teruskan semua ni?
Melihatkan Wonwoo yang mengelamun jauh itu Ji Sung terus menarik kakinya lalu menyebabkan Wonwoo terjatuh menghempap lantai. Kepalanya terhantuk kuat sehingga bergema bunyi hentukan tersebut.
"ARGH!!"
Ji Sung terus berdiri perlahan-lahan. Dia melihat Wonwoo yang sedang memegang kepalanya menahan kesakitan dan terbaring di atas lantai pejabatnya.
Ji Sung tersenyum sinis. Ditendangnya tubuh kurus namja tersebut berkali-kali.
"AMBIK KAU! ANAK PEMBAWA SIAL! PEMBAWA BALA!"
DUSH!
DASH!"Ap-appa...." nada Wonwoo kedengaran lemah.
Terdengarkan suara Wonwoo itu menyebabkan aksi Ji Sung terhenti. Dia mengundur ke belakang sambil menggigil.
"Appa! Appa lah hero saya!"
"Hahaha....suatu hari nanti kamu pun perlu jadi hero seperti appa tau?"
"Okay appa Wonu janji!"
Dulu bukan main lagi rapat kedua-duanya. Seakan-akan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa yang tidak akan pernah putus.
Namun
Hanya kerana duit ia menjadi penghalang,
Pujian pula menjadi pendamping,
Rasa riak mula bercambah di dalam dirinya.
"Ji Sung, kerja kau semakin baik. Tapi kan kalau kau nak dapat lebih banyak untung duit , apa kata kau bunuh orang? Jangan bunuh orang ternama. Bunuh sahaja orang-orang yang tak sedarjat dengan kau. Amacam?"
Hasutan...
"Saya nak surat Cerai!"
Perpisahan...
"Appa..."
Riak wajah sedih dan kecewa Wonwoo ketika kecil melihatkan diri ayahnya yang baru. Yang seakan-akan lupa diri.
Dia juga tidak mahu semua ni berlaku.
Dia cuma mahu membahagiakan isteri dan kedua-dua anak lelakinya. Dia mahu melihat Jungkook dan Wonwoo membesar dengan baik. Menjadi namja yang kuat sepertinya.
Dia sedar dia tewas dengan nafsu.
Jadi apa yang perlu dia lakukan?
Semuanya sudah terlambat.
Dunia warna warninya kini bertukar kelam. Gelap dan tidak mempunyai apa-apa yang boleh menarik perhatian.
Tanpa dia sedar Wonwoo kini berada di belakangnya.
"Maafkan Wonwoo, appa.."
PANG!
Dan semuanya berubah menjadi gelap serta-merta.
●●●●●
Pendek dan Klise.
Jauh dari category asal ff ni Cia Cia.
Dan sorry tak berapa arif tentang bab lawan-lawan dalam ff.
Sebarang typo, kesalahan sila abaikan.
Sebenarnya saya ada terfikir nak buat ff baru tapi tulah couple ship apa agaknya yang sesuai erk?
Maka jadi angan-angan sahajalah sebab FF kedua pun tergantung . Maaf sifat malas tu dah semulajadi ada dalam diri ni.
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfictionKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...