Episod 21: Shock

2.2K 243 25
                                    

Sedang Ji Woo begitu asyik menyiram pokok-pokok di taman bunganya yang luas tiba-tiba dia dikejutkan dengan beberapa bunyi ketukan di muka pintu pagar rumahnya.

"Masuk!" Jerit Ji Woo sambil tangannya masih laju melakukan kerja menyiram pokok bunga itu.

Tap..

Tap..

Tap..

"Eomma." Satu suara menyapa Ji Woo perlahan.

Ji Woo menoleh ke arah suara tersebut lalu tersenyum setelah dapat melihat bahawa empunya suara itu merupakan milik suara anak keduanya, Jeon Jungkook.

"Ah..Kookie...jumpa pun kamu akhirnya. Mana abang kamu? Aduh..susah betul eomma nak tengok kamu berdua melekat bersama macam dulu..." ucap Ji Woo dengan nada sedikit sedih.

Jungkook hanya mendiamkan diri. Tangannya digenggam erat.

"Eomma...Kook ada sesuatu nak bagitau eomma..."

" Apa dia sayang?" Soal Ji Woo sambil mendekatkan dirinya ke arah Jungkook selepas selesai menyiram pokok bunganya.

Jungkook menarik nafasnya perlahan. " Hyung...."

●●●●●●

"Jadi Wonwoo....mana....erm...." Yuju teragak-agak. Matanya liar memandang ke kanan dan ke kiri.

"Aku dah agak kau bukannya cari aku tapi adik aku. Pssh." Potong Wonwoo selamba.

"Ehehe...mana dia?" Yuju tersengih seperti kerang busuk.

"Aku pun tak tahu dia hilang ke mana. Tapi kalau kau nak contact dia..." Wonwoo menjeling ke arah Yuju.

"Please bagi contact dia...Onegaii ;-; " rayu Yuju sambil membuat muka sedih kononnya terdesak.

Dan Mina sekali lagi menjadi tunggul bersiri di sebelah.
Tiba-tiba sahaja bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.

"Anyeong Mina." Yein tersenyum.

"Eh Yein...anyeong...awak dari mana?" Soal Mina sedikit terkejut melihat kelibat Yein di belakangnya. Yuju dan Wonwoo kedua-duanya menoleh serentak.

"Saya dari kelas tuisyen saya. Eh...Yuju dan Wonwoo pun ada?" soal Yein terpegun.

"Korang kenal antara satu sama lain ke?" Mina masih blur dengan keadaan.

Yuju merenung ke arah Yein. " Eh awak ni rakan setuisyen saya kan? Jung Yein...?"

Yein mengangguk. " Awak budak baru kelas tuisyen saya. Choi Yuju. Jadi hubungan awak dan Wonwoo...?" Yein menoleh ke arah Wonwoo kemudian matanya beralih semula ke arah Yuju.

"Ah...kami jiran lama . Saya pindah ke New York dulu dan pindah semula ke Seoul ni." Terang Yuju secara spontan. Yein mengangguk faham.

Tiba-tiba tangan Mina ditarik seseorang. Mina menoleh ke arah Wonwoo. "Apa yang-"

"Memandangkan sesi berkenalan dah tamat aku dan Mina minta diri dulu. " Lalu Wonwoo menarik tangan Mina menuju ke Market yang berada dua meter di hadapan tempat mereka berjumpa tadi.

Yuju menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. "Diorang dating ke?"

Yein menjongket bahu namun mulutnya mengukir senyuman manis. "Mungkin..."

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now