Malam itu, Mina pulang ke rumah menaiki bas awam menuju ke apartment. Buka sahaja pintu rumahnya itu, dia dikejutkan dengan bauan wangian yang sangat dia kenali. Bukan itu sahaja, malahan terdapat sepasang kasut yang tak pernah dilihatnya sebelum ini berada di rak kasut rumahnya.
"Siapa pulak yang datang bertandang tak bagitau dulu ni.." ucap Mina perlahan sambil menggelengkan kepala. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumahnya itu.
"Noona dah pulang..."
Tiada jawapan.
Kepalanya dipaling ke kanan dan ke kiri mencari kelibat adiknya Soonyoung yang tidak memberi sebarang sahutan.
"Hoshi! Hoshi kamu ada tak?" Mina memanggil adiknya sejurus selepas dia meletakkan beg sandangnya di atas katil.
Mina berjalan lalu membuka pintu bilik adiknya.
Ah...tidur rupanya. Mina menghela nafas lega dan kemudian tersenyum.
"Ya dia memang terlelap dah pun." Entah dari mana datangnya suara itu membuatkan Mina terkejut dan kemudiannya menoleh.
Dan sekali sahaja wajahnya berpaling ke belakang, tak akan pernah dia sangka bahawa perempuan yang sedang berdiri di hadapannya adalah
"E-eomma...?" Mina mengerutkan dahinya setelah dipandang wajah yang sangat dia kenali itu.
Yeoja yang digelar "eomma" itu tersenyum sinis lalu memeluk Mina dengan eratnya. "Apa khabar Mina? Bogoshipeoyo.."
Mina kaku. Dia tidak tahu sama ada mahu membalas pelukan itu ataupun membiarkan sahaja pelukan itu.
Runsing. Keliru. Pelik.
Pada mulanya Mina menganggap ini cuma mimpi, khayalan yang mengganggu fikirannya atau mungkin dia terlalu penat. Namun tak. Ini betul-betul ibunya, Kwon Sung in, yang terlibat dalam kemalangan langgar lari lapan tahun yang lalu.
"Eomma tahu sayang. Eomma tahu kamu keliru. Kalau ada masa yang sesuai eomma ceritakan nanti. Buat masa ni duduk kat meja makan tu. Eomma masakkan bibimbap untuk kamu."
Puan Sung In menarik perlahan tangan anak perempuannya itu menuju ke meja makan dan kemudiannya menarik kerusi bagi mempersilakan anaknya untuk duduk.
Mina berasa janggal. Kenapa eomma aku baik sangat ni...
"Eomma bukan buat baik nak. Bukan ke dulu eomma selalu buat macam ni pada kamu dan adik kamu?"
Mina menekup mulutnya. Terlupa pula yang dia selalu bercakap terlalu kuat ketika berfikir. Dengan segera Mina mengucapkan terima kasih dan duduk di kerusi tersebut. Puan Sung In tergelak kecil lalu duduk berhadapan dengan Mina.
Mina mengambil chopstick lalu mula menyepit bibimbap tersebut membawa masuk ke dalam mulutnya.
Sedap. Sedap sangat. Mina rindukan masakan eommanya itu .
"Eomma nak makan bibimbap!"
"Sabar sayang..tunggu appa balik.."
Sehingga dia tidak sedar bahawa air matanya mulai mengalir di pipinya.
Puan Sung In dengan segera menyapu air mata Mina itu menggunakan sapu tangan kecil. "Kenapa nangis ni Mina? Tak sedap ke?"
Mina menggeleng. "Rindu..." Mina memandang ibunya.
"Rindu apa sayang?" Soal Puan Sung In pelik melihat anaknya itu yang seperti kelihatannya hendak menangis lagi.
"Mina rindu appa..rindu eomma...
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfictionKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...