Episod 39: Don't Worry

1.9K 209 5
                                    

Ji Sung mula melepaskan beberapa das tembakan. Wonwoo dapat mengelak peluru yang terbang ke arahnya itu dengan begitu lincah sekali.

BANG!

"SI@L!" Ji Sung terus menekan picu pada pistolnya berkali-kali. Begitu bijak sekali anaknya mengelak setiap tembakan yang diberikan pada setiap penjuru bilik pejabatnya.

Ternyata Wonwoo benar-benar menguasai bidang permainan karate dengan bagus sekali.

Tembakan yang entah ke berapa, peluru Ji Sung telah kehabisan. Ji Sung mengetap bibirnya geram.

Wonwoo sudah tersenyum sinis. "Mengalah lah appa. Wonwoo dah menan-"

BANG!

Peluru yang meluru ke arah Wonwoo itu betul-betul tepat berada di hadapan paras mata Wonwoo menyebabkan dia tersadung ke belakang menghempas lantai ketika hendak mengelak dari terkena biji peluru tersebut.

"Kamu menang? Aniya..pertarungan ni masih belum tamat Jeon Wonwoo." Ujar Ji Sung dengan senyuman menyeringai. Terasa dirinya begitu bertuah apabila terdapat satu lagi pistol berada di poket bajunya yang lagi satu. Kini, dia ingin meneruskan semula acara tembak-menembak ke arah anaknya itu.

Wonwoo terus bangun menghadap ayahnya yang kejam. Ditatap wajah Ji Sung dengan pandangan geram dan amarah membuak-buak di dada.

Kemudiannya Wonwoo mengambil langkah bersiap sedia. Mukanya serius seakan pertarungan ini melibatkan hidup dan mati antara dirinya dan ayahnya.

Wonwoo terus berlari laju ke arah ayahnya yang tercegat berdiri tegak. Ji Sung yang begitu terkejut dan tidak perasan akan kelajuan lari anaknya itu ditendang di muka lalu badannya terjatuh rebah ke atas lantai.

Wonwoo menundukkan kepalanya merenung Ji Sung yang sedang dalam kesakitan pada mukanya itu. Belum sempat dia berbuat apa-apa, tangannya tiba-tiba ditarik kuat oleh seseorang keluar dari pejabat ayahnya.

"Yah, yah apa kau buat ni!?" Soal Wonwoo terkejut apabila mendapati tangan halus yang menarik tangan kasarnya itu adalah Mina. Mereka berada di sebalik pintu stor yang mereka menyorok bersama-sama sebentar tadi.

Nafas Mina tercungap-cungap selepas melarikan diri bersama Wonwoo tadi . "Selamatkan kau lah Wonwoo! Hah...hah... kau ni dah tahu kan Encik Ji Sung tu ada pistol? Kau tak ada apa-apa senjata pun! Mati tempah ajal ke apa kau ni!?" Bentak Mina geram.

Wonwoo sukar mahu percaya. "Tempah ajal? Mina, dia tu ayah aku. Darah daging aku. Aku tahu semua gerak-geri dia. Aku tahu kelemahan dia. Aku tak akan mati lah!" Balas Wonwoo tidak mahu mengalah.

"Same goes to him! Dia ayah kau. Dia pun tahu kelemahan kau! Sudahlah Wonwoo...k-kita tunggu polis datang sahajalah...boleh?" Pinta Mina dengan nada merayu.

Perlahan-lahan pegangan tangan Mina pada tangan Wonwoo dilepaskan oleh Wonwoo. Wonwoo menatap wajah Mina sayu.


"Mina, selama dua bulan...

selama kita kenal, selama kita berkawan...

kau masih tak percayakan aku...?

Kau rasa aku tak mampu nak ubah ayah aku yang telah membunuh banyak nyawa yang tak berdosa di bumi Seoul ni ke...?

Kau rasa aku ni pengecut...?" Soal Wonwoo dengan nada sedih. Tak sangka, yeoja yang telah mencuri hatinya itu ternyata tidak pernah percayakan kemampuan dia selama ni.

Mina yang begitu terkesima dengan tanggapan Wonwoo terhadapnya itu telah bergenang air mata.

Benar....

Kenapalah dia begitu pentingkan diri sangat?

Dia tidak pernah fikirkan perasaan Wonwoo.

Sedangkan Wonwoo mengambil berat tentang perasaan dirinya.

Perbezaan yang sangat ketara itu membuatkan air mata Mina mengalir tanpa sedar.

"Mina-"

"Mianhae..."

Wonwoo melihat Mina yang telah bergelinangan air matanya. Mina menatap wajah Wonwoo dengan penuh penyesalan.

" Saya percayakan awak Wonwoo...cuma saya takut...

... yang ini merupakan kali terakhir kita akan berjumpa..."

Terkejut dengan panggilan Mina yang berubah menjadi 'awak dan saya' itu semakin membuat fikiran akal Wonwoo berubah runsing dan keliru.

Mahu sahaja dia bertanyakan kenapa, tiba-tiba Wonwoo teringat sesuatu.

Flashback.

"Terima kasih sebab kau masih sanggup bersahabat dengan aku walaupun keluarga aku ada latar belakang yang tak baik. Tapi aku rasa, baik kita tamatkan je persahabatan kita di sini."

Mina hampir tercekik Oreo Cheese Cake yang dimakannya itu. Kepalanya dinaikkan bagi mendapatkan rupa Wonwoo yang lebih jelas. "M..mwo?"

"Aku tahu ini semua tiba-tiba. Tapi kalau kau bersahabat dengan aku, nyawa kau pasti dalam bahaya. Aku buat semua ni sebab aku sayan-" ayat Wonwoo terhenti di situ.

Wonwoo menggeleng. "Mungkin ini perjumpaan terakhir kita. Aku mungkin akan berpindah ke sekolah lain dan berhenti berkerja di Karate tu."

"Walau apapun, seronok berjumpa dengan kau Mina." Wonwoo tersenyum lemah ke arah Mina yang hanya terdiam sejak dari tadi. (Rujuk ep 29)

Wonwoo kini mengerti apa yang Mina cuba sampaikan kepadanya. Dia terasa sangat bodoh sebab berikan kata-kata tersebut kepada Mina sedangkan dia tahu yang dia adalah orang yang terpenting bagi yeoja itu.

Perlahan-lahan Wonwoo mendakap tubuh kecil milik Mina yang masih sedang teresak-esak menangis itu.

"Maafkan aku ya, Mina. Aku yang sebenarnya bersalah sebab dah lukakan hati kau...." diusapnya kepala Mina lembut.

"Aku janji, lepas benda ni habis...kita pasti akan berjumpa selalu. Cuma kau perlu tunggu lama sedikit. Boleh kan?" Wonwoo melepaskan pelukannya dan memandang wajah Mina yang masih ditekup dengan tapak tangannya.

Mina tidak memberikan sebarang respon. "Mina....?"


Mina tersekat-sekat membuka tapak tangannya. Mukanya merah selepas puas menangis.

"Awak janji....kan?" nada Mina begitu perlahan namun tetap sampai ke pendengaran Wonwoo.

" Yup aku janji. Pinky Promise." Wonwoo tersenyum.

Mina turut tersenyum manis. Kedua-duanya hampir sahaja hendak meluahkan isi hati masing-masing apabila tiba-tiba bunyi tembakan yang kuat menghentikan lamunan mereka. Mereka berdua serentak menoleh.

"JEON WONWOO! MANA KAU!? LAWAN AKU! DASAR PENGECUT!" Jeritan serta ancaman Ji Sung kuat didengar.

Wonwoo menoleh semula ke arah Mina. " Nampaknya appa dah kembali baik. Mina, kau larikan diri dulu. Bersama-sama dengan yang lain." Arah Wonwoo serius.

Mina teragak-agak. Namun dia sudah berubah yakin yang Wonwoo pasti akan dapat mengalahkan ayahnya itu. Mina mengangguk laju tanda dia menuruti perintah Wonwoo tanpa sebarang bantahan.

Wonwoo sempat tersenyum ke arah Mina sebelum dia menyelinap keluar dari stor gelap itu.

"Oho...kamu menyorok di situ ya? Licik nya kamu...." Ji sung telah bersedia dengan pistolnya.

Wonwoo mengambil langkah sedia. Baiklah, kini dia tahu apa yang perlu dilakukannya terhadap ayahnya yang masih tetap berdegil itu.

Dengan cara 'itu', mungkin appa akan tersedar....harapnya...

●●●●●

As always fcking bad at romance.

Im a potato and lonely anyway ;-;

Segala kepelikan harap diabaikan because imma lazy to correct it ( ͡- ͜ʖ͡-) dipesilakan untuk belasah author yg pemalas ni.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now