"Wonu...eomma tak boleh jaga kamu dah. Kamu kena tinggal ngan appa kamu. Bersama-sama adik kamu." Eomma mencium dahiku sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dan perlahan-lahan hilang dari pandangan.
"Eomma! Jangan tinggalkan Wonu..." aku terjatuh. "Eomma.." aku menumbuk-numbuk tanah sambil menangis. Tiba-tiba satu bayangan berdiri di hadapan aku.
"Aku tak pernah ajar anak aku jadi lemah! Bangun!" Appa merotan badan aku. Tiada rasa simpati pun yang tergambar pada mukanya. "APPA! SAKIT!!"
Tak diendahkan. Tak dilayan. Selagi aku tak berdiri, selagi tu sebatan tak berhenti dihayunkan.
Aku kena bangun.
Aku tak boleh jadi macam ni.
Aku perlu berubah.
Aku berlari. Berlari sejauh mungkin sehingga tidak sedar aku tiba di satu taman yang besar. Cantik dan pemandangannya indah. Kelihatannya taman seindah ini merupakan taman rahsia. Aku duduk di bawah sebatang pokok rendang dan berehat di situ.
Tiba-tiba aku terdengar satu alunan merdu bak bidadari. Suara seorang kanak-kanak perempuan yang lunak.
Perlahan-lahan aku mengintip di celah-celah rumput besar untuk melihat kanak-kanak perempuan tersebut.
Pen warna, krayon dan buku semuanya berterabur di atas tanah lapang itu.
Apa budak perempuan tu buat? Melihatkan badannya yang kecil molek tu...nampak macam lingkungan umur aku. Namun aku tak dapat melihat dengan jelas wajahnya kerana dia membelakangi aku.
Budak perempuan tu banyak bercakap sendirian. Tapi yang menarik perhatianku, semua percakapannya ada kena mengena dengan hidup aku.
Putus asa bukan satu pilihan,
Namun ia hanyalah alasan.Benar, aku budak yang selalu berputus asa. Jadi selama ini aku hanya memberi alasan?
Budak perempuan itu menyambung lagi.
Tiada apa yang boleh halang kita daripada memilih kejayaan.
Berubah,
Tunjukkan kekuatan sebenar.Betul.
Apa yang dikatanya semuanya betul. Aku perlu berubah. Berubah menjadi yang lebih baik.
Sedang asyik menonton budak perempuan itu, barulah aku tersedar.
Aku jatuh cinta pandang pertama terhadap dia.
Mulai saat itu, aku tidak hiraukan lagi pasal apa-apa. Aku berazam untuk berubah. Ada satu permainan yang telah lama aku idamkan untuk menguasainya iaitu
Karate.
Appaku sering menegaskan aku supaya tidak terlibat dengan permainan sebegitu. Namun seperti yang aku kata...
...aku tidak hiraukan.
Balik sahaja dari sekolah, aku akan pergi ke taman rahsia tersebut untuk mengintip budak perempuan itu namun hanya di celah-celah rumput. Pada waktu malam pula, aku akan curi-curi berlatih Karate dengan tekun.
Sehinggalah aku mendapat tawaran. Tawaran untuk pelajar yang ingin berlatih Karate ke China. Bayarannya tidaklah terlalu mahal.
Satu-satunya jalan untuk aku menonjolkan kebolehan aku.
Tanpa berfikir masak-masak, aku terus menerima tawaran itu tanpa pengetahuan appa. Aku memberi nota kepada appa mengatakan aku akan kembali pada sembilan tahun akan datang.
Namun...budak perempuan itu...aku pasti akan merinduinya. Kerana dia aku menanam azam untuk berubah.
I will always miss you.
"Wonwoo..."
"Wonwoo..."
"Wonwoo!!!"
Aku tersedar dari tidurku. Segera aku memandang Mina yang berada di sebelah aku.
"Cikgu dah masuk kelas lah. Palli ireona." Katanya sambil menjelingkan sedikit matanya ke arah guru yang sedang berada di hadapan kelas. Aku mengeluh perlahan.
"Ara...ara."
●●●●●
Sedikit sedutan tentang masa lalu Wonwoo...maafkan author jikalau ianya tidak seronok dibaca 😟
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanficKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...