Episod 9: Lindungi

2.7K 307 16
                                    

"Aku betul tak sangka 'Tuan' aku ni berlatih Karate rupanya." Herdik Mina sambil menyilangkan tangannya.

"Diamlah." Wonwoo menghidangkan sekilas pandangan tajam ke arah Mina.

Hoshi yang terpegun dengan latah dua orang itu tersenyum kegirangan. "Noona dan Sunbae chingu rupanya. Baguslah kurang rasa risau Hoshi asyik tengok Noona kena buli je."

Mina menepuk dahinya. Aduh kenapalah adik aku ni suka main lepas je cakapnya...Keluh hati Mina.

Mendengarkan ayat Hoshi itu membuatkan Wonwoo terbuntangkan sedikit matanya. " Noona kamu selalu kena buli?" Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Mina .

Mina membuat muka tidak tahu. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke pintu. "Hoshi, pukul berapa kamu balik dari latihan?"

"Dalam pukul sepuluh malam noona. Jangan risau Hoshi boleh balik sendiri."

"No, no." Mina menggeleng. "Noona akan ambil kamu."

"But noona..." Hoshi serba salah.

"Jangan risau lah. Aku yang akan hantar adik kau balik nanti." Wonwoo menyampuk perbualan dua beradik itu.

Mina menjeling tajam ke arah Wonwoo. "Fine. Aku pulang dulu. Hoshi, jaga diri waktu berlatih ya?"

"Ndae noona."

Mina terus berlalu pergi dari situ.

"Noona kamu tu tegas lain macam bila kat luar sekolah." Wonwoo menjeling ke arah pintu di mana kelibat Mina hilang dari pandangan.

"Mungkin sebab dia risau. Lagipun saya sahaja satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal." Kata Hoshi dengan nada yang semakin perlahan.

Satu-satunya? Wonwoo memandang Hoshi penuh tanda tanya.

"Jadi Sunbae, bila saya boleh start berlatih?" Hoshi menukar topik perbualan.

"Oh..ah...urm...sekarang pun boleh."

●●●●●

"Hoshi, ini ahli kumpulan kamu. Minghao dikenali sebagai The8, Jun dan Dino." Wonwoo menunjuk satu per satu setiap ahli kumpulan.

"Korang, ini Hoshi ahli baru kumpulan korang. Latih dia baik-baik arasseo?"

"Ndae~" balas tiga sahabat itu dengan ceria. Wonwoo mengangguk dan menoleh ke arah Hoshi. "Jangan risau diorang tu sebaya kamu. Senang nak latih sebab diorang terlebih minum kopi dan hyper-active."

"Hyung! Saya dengar apa hyung cakap tadi!" Dino mencebik. Sesedap asam pedas jawa je kata orang minum kopi lebih!

Hoshi mengangguk faham. "Ndae Sunbae."

"Ok saya keluar dulu. Sebelum tu Hoshi..." Wonwoo mengeluarkan telefon Ip nya.

●●●●●

Mina sedang menonton 'Descendant Of The Sun' ketika telefon bimbitnya berbunyi. Walaupun geram kerana telefon bimbitnya berbunyi ketika Joongki sedang ada babak cinta dengan Hye Kyo, terpaksa jugalah dia angkat telefonnya itu.

"Yebuseyo..."

"Hello my maid."

Mina mematikan henponnya dengan segera.

"What the..."

Kring...Kring...

"Kau nak apa lagi Wonwoo?"

"Jangan risau lah. Adik kau yang beri nombor telefon kau pada aku."

"Jadi...kau nak apa?" Soal Mina acuh tak acuh. Sebenarnya dia malu nak borak lama-lama dengan crush nya tu. Alahai~

"Nak pastikan ni betul-betul nombor kau."

"Ya ini Mina. Aku nak matikan fon. Bye~"

"Mina, tunggu."

Mina mengeluh. Apa lagi lah yang dia ni nak?

"Mulai esok aku akan pastikan tiada.. siapa akan buli kau..

..lagi."

Mina berkerut muka. Kemudian dia baru faham apa yang dimaksudkan Wonwoo itu.

"Aku okay doh. Mana ada kena buli-"

"Dah tu kes Krystal tu apa? No. Aku nak lindungi kau juga. Kau kawan aku."

Muka Mina berubah merah. Sabar Mina...just sebagai kawan...

Ya...kawan.

Tak lebih daripada itu.

"Ara-ara. Lindunglah kalau kau rasa kau tu hero. Bye~"

"Bye."

Mina memantikan telefonnya. Muka dia menjadi merah semerah-merah tomato. Cair hati dengar ayat Wonwoo itu tadi.

Aku nak lindungi kau juga. Ayat Wonwoo itu terngiang-ngiang di minda Mina.

Kenapalah Wonwoo suka sangat buat hati dia berdebar?

○○○○○○

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now