Episod 12: Princess

2.6K 290 21
                                    

Wonwoo P.O.V

Mina memandang aku dengan mata yang terbuntang.

Sheet! Princess? Apa masalah kau ni Wonwoo?

Ok bawa bertendang.

I mean bertenang.

"Apa? Salah ke aku panggil kau princess?" Soalku dengan lagak yang tenang.

Mina masih memandang aku pelik.

"Eish. Dah lah jom." Aku mengubah topik perbualan dan segera menuju ke loker untuk mengambil buku bagi jadual hari ini.

"Mina. Apa jadual hari ni?" Soalku kepadanya. Loker dia tak adalah jauh mana dari loker aku.

"Apasal? Kau kan kelas lain. Jadual lain-lain." Katanya dengan nada keliru.

Waktu tu aku dah tersenyum sinis. "Aku dah bagitau kau ke belum?"

Mina menjongketkan bahunya. "Bagitau apa?"

"Aku pindah ke kelas kau hari ini." Kataku sambil mengenyitkan mata ke arahnya.

Time tu buku-buku pada tangan Mina jatuh'KEDEBUM' ke atas lantai. Wow...terkejut sangat eh?

"A-apsal kau pindah kelas? Aku rasa kelas kau lagi baik kot dari kelas aku..." kata Mina gelabah semacam.

"Kelas aku tu paling tak best sebab Yeoja-yeoja kat situ asyik sibuk duk bertempek dekat dengan aku." Aku mencebik. Seriously apa masalah yeoja kelas tu aku pun tak tahu.

"Sheesh. Budak femes life. Puih." Aku terdengar Mina berbisik seorang diri sambil mengutip semula buku-bukunya yang bertaburan di atas lantai itu.

Nak kutuk orang tak bertempat betul minah ni.

"Aku dengar lah." Kataku tajam sambil merenung ke arahnya. Kalau diperhatikan balik...

...Mina ni comel sebenarnya.

Damn. Aku dah jatuh hati? Mustahil.

Hati aku cuma untuk budak perempuan tu. Apa khabar agaknya dia?

PLAP! Bunyi kuat kedengaran.

Aku mengusap pipi kanan aku yang ditampar oleh Mina. "Yah! sakitlah."

"Syukur tak ada Jin yang rasuk kau. Jauh betul kau termenung sampai aku panggil pun macam panggil tiang. No respond."

"Kau ada panggil ke?"

"Ada. Aku nak tanya mana diary aku?"

"OH, diary kau ada je dalam beg aku ni. Nak?"

"Nak." Mina memasang muka tak bersalah.

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arahnya dan berbisik di telinga kirinya. "In your dream, sweetie."

Mina membelakangkan dirinya dengan cepat. Dia memegang telinga kirinya. " K-kau ni tak perlulah sampai bisik kat telinga aku!" Muka Mina berubah merah dan perkataan dia pun jadi berterabur. Kelakar aku tengok.

Apa lagi, aku pun tergelak.

Mina membetulkan spek matanya yang senget akibat dia mengundur ke belakang terlalu ganas tadi.

"Tapi Wonwoo, apa bezanya pun kalau kau pindah kelas? Lagipun camana pengetua boleh benarkan kau pindah ke kelas aku?" Soalnya tidak putus-putus nafas.

"Aigoo...sweetie. Nanti kau tahulah. First, bagi tahu apa jadual hari ini dulu." Kataku sambil tersenyum sinis.

"Aish arasseo. Hari ni...."

●●●●●

"Krystal...aku rasa lah kan....lama-lama si Mina tu boleh jadi famous sebab selalu melekat dengan Wonwoo." Victoria mengemukakan bicara sebaik sahaja dia tiba di kelas dan duduk bersebelahan dengan bestie nya itu.

"Haah weh. Kau tahu tak Wonwoo tukar kelas semata nak duduk dengan si Mina tu? Logik ke?" Giliran Luna berkata-kata sambil mengenakan gincu merah pada bibirnya.

Selalunya Krystal akan mengamuk apabila mereka menyebut nama Mina dan Wonwoo bersama. Namun kali ini Krystal tersenyum meleba dah tentunya senyuman itu bukan senyuman yang baik.

Victoria dan Luna saling berpandangan.

"Guys...jangan risau lah. Aku dah aturkan rancangan nak ajar si Nerd tu cukup-cukup. Money can do everything you know?" Krystal tergelak puas. Biarlah, lagipun hanya mereka bertiga sahaja di dalam kelas. Buang tebiat kot datang awal ke sekolah.

"Nak tahu rancangannya? Sini..." Krsytal membisikkan rancangannya itu kepada dua orang sahabatnya. Kini gelak tawa Krystal disulami dengan hilai tawa Victoria dan Luna.

"Hahaha Krystal! You're such a bad girl! But I like your ideas!" Victoria ketawa menggedik sambil bertepuk tangan.

"Yeah I know right? Rancangan Krys kejam tapi pada masa yang sama kelakar! I bet that nerd will deserve what she has done." Luna memberi high-five kepada Victoria sambil ketawa mengilai.

Tanpa mereka sedari, ada seseorang mencuri dengar perbualan mereka dari luar.

"Well nampaknya rancangan kau tu akan gagal Krystal." Kata bayang tersebut perlahan sebelum menghilangkan diri.

To be Continue...

○○○○○○

Hohoho ada sesuatu yang author sorokkan.

Crush Wonwoo seorang budak perempuan? Siapa agaknya tu?
Dan...Krystal masih tak berputus asa nak buli Mina. Apa kesudahannya nanti?

Mian wattpad buat hal. Tu yg terpaksa unpub chap ni -,-

Vote😊🌷
Comment sangat dialu-alukan 😊🌷

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now