Episod 46: End

2.3K 241 40
                                    

End

Muka aku merah. Sungguh merah! Selepas selesai sahaja Wonwoo memberikan ucapannya, aku segera bangun dari tempat duduk aku dan berlari keluar dari dewan.

Aku berlari masuk ke dalam Universiti dan berlari masuk ke dalam satu bilik khas...

....yang senang untuk disebut, perpustakaan.

Hari ini Mak Cik Koo tak bertugas. Syukur aku ada kunci pendua untuk perpustakaan memandangkan aku pelanggan tetap kat sini. Tapi sejak kehadiran Wonwoo, aku rasa macam aku dah jarang sekali datang ke perpustakaan.

Cklek!

Kreak...

Ah...rindu sungguh dengan bau buku-buku kat sini!

Baru sahaja aku hendak melangkah masuk, tiba-tiba aku terdengar laungan seseorang.

"Mina, Mina!"

Itu suara Wonwoo.

HOLY SHI-

Aku cepat-cepat berlari masuk ke dalam perpustakaan dan menyorok di sebalik satu rak buku yang paling tinggi.

Okay sebenarnya ada banyak rak tinggi-tinggi di perpustakaan ni. Aku tak mahu Wonwoo jumpa aku sekarang. Aku tak ready, dan aku malu! Sekarang semua orang dah tahu yang aku sukakan dia!

Kejap, Wonwoo yang kantoikan yang aku sukakan dia. Macam mana dia-

"Mina? Kau kat dalam library ni ke?"

Eh....

Aduh! Aku segera menepuk dahi aku. Aku lupa nak tutup pintu library!

Aku segera menyorok. Aku melihat pergerakan Wonwoo melalui celah-celah buku di sebalik rak.

Dia ke kiri....

Dia ke kanan...

Sreak...!

Wadda...aku menoleh ke bawah. Ada satu gumpalan kertas putih yang berada di atas lantai. Tak guna! Siapa yang buang sampah dalam perpustakaan ni ? Aduh, aku terpijak sudah...

"Mina, jumpa pun kau." Wajah Wonwoo muncul di hadapan aku melalui celah-celah rak buku tempat aku sedang menyorok sekarang ni.

....

ASDFGHJKLLL! ! ! !

Mata aku terbeliak. Cepat-cepat aku mengundur ke belakang. Muka aku kembali merah sampai ke dahi. Aku tidak berkata apa-apa selain melarikan diri lagi ke rak yang lain dengan larian selaju sonic. Aku tak mahu Wonwoo membuka mulutnya. Aku tak mahu dengar!

"Mina , tunggu!!" Pinta Wonwoo. Aku tidak mengendahkan pintaannya. Terus berlaku sesi kejar-mengejar di dalam library itu selama beberapa minit.

"Mina, aku boleh terangkan!" Dia masih kejar aku ke? Stop Wonwoo stoop!

"Tak mahu, aku tak mahu dengar!" Aku berlari sambil menutup telinga. Memang, memang dia dah tahu tentang perasaan aku pada dia.

Tapi, perasaan dia pada aku macam mana? Aku dah agak lama kelamaan rahsia tentang perasaan ni pasti akan terkantoi juga!

Dia cintakan budak perempuan tu. Tapi tak mustahil yang budak perempuan tu boleh jadi orang lain kan?

Ketika itu aku ternampak satu bilik yang tertampal perkataan "Library Office" di situ. Dengan sepenuh tenaga yang ada , aku memulas tombol pintu bilik tersebut dan alangkah bagus, ia tak berkunci!

Aku masuk dan segera mengunci pintu bilik tersebut apabila tubuh Wonwoo semakin menghampiri. Aku dapat mendengar bunyi keluhan yang dilepaskan.

Maafkan aku sebab perangai yang kebudak-budakan ni Wonwoo.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now