Merajuk
"Okay, kekemasan dan tema semuanya dah hampir selesai. Sekarang..."
"TIDAAAAAAKKKK! " Buku nota kecil yang berada pada gengaman tangan Krystal terlepas apabila dia terdengar jeritan suara yang dia kenali.
"Kai?" Krystal menoleh ke kiri. Tiada siapa-siapa yang berada di situ kecuali orang-orang biasa yang lalu-lalang di situ.
Sekejap..
Dia terlihat bayang seseorang yang sedang berlari-lari di dalam kedai Aksesori . Bayang tersebut sibuk terpekik terlolong meminta tolong. Dengan rasa yang benar-benar ingin tahu, Krystal terus menerjah masuk ke dalam kedai Aksesori itu.
"Alah Kaiiiiii...! Janganlah lariewwww!!" Jungkook menjerit memanggil Kai dengan nada manja.
"Yelah! Tolong lah kitorang! Pliewwwss! Pliewwwss! Kai kau hensem arr hari ni!" Suara Mingyu pula bergema di segenap ruang kedai aksesori itu.
"KORANG MINTA TOLONG DENGAN CARA YANG SALAH!!!" Kai membalas sambil terlari-lari di dalam kedai itu. Maklumlah kena kejar dengan dua namja yang macam orang gila (Jungkook dan Mingyu ler tu)
Krystal sudah ternganga melihat Namchinnya yang dibuli sebegitu rupa. Mana tidaknya, ada pula Jungkook dan si Galah tu pergi hias Kai dengan ribbon yang pelbagai corak. Itu tak mengapa lagi, tapi KENAPA Kai...
.... pakai BRAzil?!
Pengurus kedai aksesori itupun sudah tergeleng-geleng. Pasrah sangat lah tu.
"SEMUA BERHENTI!!"
Langkah ketiga-tiga namja yang berkejaran itu terhenti. Mereka serentak melihat ke arah pintu masuk kedai tersebut. Krystal sudah tercongok berdiri di hadapan pintu masuk kedai tersebut sambil berpeluk tubuh.
"Krys Baby..." suara perlahan Kai memanggil nama teman wanitanya.
"BABI?" Sampuk Mingyu dengan pandangan kosongnya. Tiba-tiba je seru babi...gila dah agaknya orang minyak ni.
"Baby lah!! Apasal korang sarungkan Namchin aku dengan ribbon-ribbon dan juga.....bra....ni?! Bagitau aku cepat!" Krystal sudah mula meninggikan suaranya. Tumitnya sudah terhentak-hentak memijak lantai. Menunggu jawapan daripada dua orang namja yang sudah memandang antara satu sama lain.
"Ehem." Jungkook berdehem. "Untuk pengetahuan Cik Puan Krystal, kami cuma menggunakan teman lelaki CIK PUAN ni sebagai contoh sahaja. Cik Puan juga yang kata kalau boleh cari Ribbon yang menonjol tidak kira sama ada dalam cuaca gelap ataupun cerah." Ujarnya penuh dengan tatabahasa yang lengkap. Kalau tersilap cakap, kang ada yang kena cepuk dengan tumit setinggi 3 cm tu nanti kang!
"Jadi?" Soal Krystal, masih tidak faham point yang Jungkook cuba sampaikan.
"Jadi, sebab teman lelaki Cik Puan ni berkulit....urm....agak gelap, kami try kan dengan ribbon-ribbon yang pelbagai corak supaya warnanya sepadan." Ujar Jungkook, kini jujur.
Krystal mengetap bibirnya. "Grr memang tak boleh jalan lah kalau korang dua orang namja bergabung! Sama-sama pabo! Aish jinjja, macam mana girlfriend korang boleh tahan hidup dengan korang ha?!"
"Itulah yang dinamakan cinta..." Mingyu memandang ke langit. Jiwang lah konon.
"ERGGHHHHH."
●●●●●
"Jadi sebab tulah Kook nak ikut beli kek dengan saya ya?" Soal Yuju sambil berjalan-jalan di lorong-lorong kedai yang terdapat di bandar Seoul itu.
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanficKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...