Episod 8: Ahli Baru

2.8K 302 14
                                    

Mina P.O.V

"I'm home. Buka pintu niii." Aku mengetuk pintu rumah bertalu-talu.

Kreak...

"Noona." Hoshi tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya itu. "Dah kenapa senyum-senyum ni? Ada maksud tersirat ya?" Soalku meminta kepastian.

Hoshi tersengih lagi. "Hoshi kasihan selalu tengok noona kena buli. Jadi..." Hoshi mengeluarkan satu kertas dari poket seluarnya.

Aku merenung kertas tersebut dan mulut aku melopong

"Hoshi...tu.."

●●●●●

Wonwoo P.O.V

Aku mencampakkan beg sekolah aku ke atas meja belajar dan menghempaskan badan aku ke atas katil.

"Aihh lambat betul kau balik. Pergi mana?" soal S.Coups hyung sambil minum air 100 plus yang berada di tangannya.

"Agak-agak lah sekolah ni lagi jauh dari sekolah yang dulu. Balik lambat tu perkara biasa." Aku memberi alasan yang maybe logik pada otak sesetengah manusia.

"Hmm betul juga. Aku pikirkan kau pergi dating lah tadi." S.coups hyung membuang tin minumannya ke dalam tong sampah mini yang terletak di penjuru bilik tidur kitorang.

"Haah aku pergi dating. Jeles?" Aku memberi senyuman mengejek kepada S.Coups hyung yang selalu putus cinta. Memang aku saja nak bagi dia jealous.

"Jeles kepala burger kau lah. Sudah, jangan mengada nak membuta kat sini. Jap lagi ada latihan dua sesi kat tingkat bawah. Lambat, denda cuci tandas sebulan!" S.Coups Hyung keluar dan menghempas pintu bilik kuat.

"Tch. Pikir pintu tu tak ada perasaan ke?" Cemuh aku perlahan. Dengan segera aku bangun dari katil aku dan mencapai tuala menuju ke bilik air untuk mengambil mandian segar di shower kesayangan.

Malam itu...

"Hyung!" Dino berlari-lari anak menuju ke arah aku yang baru sahaja selesai mandi. "Jom lah makan. Semua dah tunggu tu."

Aku mengangguk. "Ok."

Dino berjalan balik semula ke arah meja makan.

"Weh Wonwoo." Mingyu memegang bahu aku ketika aku baru sahaja hendak membuka langkah. Dia menghulurkan aku satu borang untuk pengisian ahli baru kelab Karate Do Pledis.

"Kwon...Soonyoung..." aku menyebut nama pendaftar yang tertera pada muka borang tersebut.

"Abeoji setuju nak ambil budak ni sebagai ahli baru. Macam mana? Siapa nak latih budak ni nanti?"

"Itu...." aku berfikir.

"Yah Meanie~! Meh lah makan dulu sebelum latihan! Perut dah berkompang ni!" Laung S.Coups hyung kuat.

"Nantilah aku fikir. Atuk sorang tu dah bising." Aku dan Mingyu aturkan langkah menuju ke meja makan yang dipenuhi sepuluh orang manusia kebulur yang macam tak makan tiga hari.

●●●●●●

Aku hanya duduk seorang diri dalam bilik latihan khas kerana menunggu ahli baru tu sampai. Manakala yang lain berlatih Karate Do di bilik bawah tanah agar bunyi bising tidak menganggu ketenteraman jiran tetangga.

Tok.

Tok.

Tok.

Ah...dia dah sampai.

"Masuk." Arahku dengan tenang.

Kreak....

Terpapar muka seorang namja remaja dalam lingkungan 15 tahun menunduk 90° darjah ke arah aku. Aku mengangguk.

"Kwon Soonyoung...right?" Soalku meminta kepastian. Namja tersebut mengangguk.

"Tapi...sunbaenim boleh panggil saya Hoshi."

"Hoshi?"


"Nae! Hoshi bermaksud Bintang dalam bahasa Jepun. Saya nak menyinari hidup saya dan Noona saya bagaikan bintang yang bersama di atas muka langit. Kami takkan berpisah!"

Wow...bersemangat betul budak ni.

"Noona? Dia tahu ke yang kamu nak sertai kelab Karate Do ni?" Soalku lagi.

"Tentulah! Noona saya ada ni hah..." Hoshi menuding jari ke kanan. Aku menjengahkan kepala untuk melihat gerangan yang dipanggil 'Noona' itu.

Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik latihan khas ini dan...

Wait.

"Wonwoo? Apa kau buat kat sini?" Mina melopong dan matanya membulat memandang aku.

"Noona kenal Sunbae?" Soal Hoshi keliru.

Muka aku yang pada mulanya agak terkejut berubah menjadi senyuman sinis.

Tak sabar aku nak latih budak ni...

To be Continue...

○○○○

SEBAB STRES FF PUN JADI PELIK. IM SORREH ;-;

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now