Episod 11: Takkan berubah

2.5K 292 3
                                    

Sepanjang masa kami duduk dalam bas ni, selama tu lah Wonwoo mendiamkan diri. Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran dia.

Mungkin aku tak patut bercakap dengan lelaki yang bergelar Taehyung tu tadi.

Tapi...namja tu siapa sebenarnya? Kenapa aku tak pernah nampak dia dengan Wonwoo masa aku kecil?

Dari segi percakapan diorang tadi, nampaknya hubungan diorang bukan sebagai kawan.

Tapi lebih kepada musuh.

Gertak hati aku memaksa aku untuk menyoalkan hal tersebut kepada Wonwoo.

Pergi je lah tanya. Bukan nya dia makan orang pun.

Imaginasi aku kalau 'dia' hidup dah tentu kena pukul dengan aku sekarang ni.

Apasal? Kau takut Wonwoo marah kau sebab soal pasal Taehyung pada dia? Gitu?

Just Shut up.

Heh...betul lah ni? Dasar nerd penakut.

Shut up!!

"Mina? Apasal kau ni?"

Aku tersedar dari lamunanku apabila tangan Wonwoo menepuk bahu kiriku.

Sheet! Aku tersasul lagi.

"Tak..tak ada apa-apa." Jawabku dengan lagak yang tenang. Nampaknya aku kena belajar cara untuk berborak dengan imaginasi secara was-was.

BERBORAK lah sangat.

Melihatkan aku yang berlagak tenang tu Wonwoo mengeluh perlahan.

Aku pula memandangnya dengan muka yang kosong.

"Mianhae." Wonwoo melepaskan keluhan berat.

"Untuk apa?" Soalku laju. Aku yakin ini pasti ada kena mengena dengan namja 'Taehyung' tu tadi.

"Untuk tadi. Dekat Bus Stop tadi." Dia menjawab dengan nada yang perlahan.

Aku membuat mulut 'O' dan kemudiannya mendiamkan diri.

"Mina." Wonwoo memanggil aku. Aku menoleh dan memandangnya.

"Lain kali kau tumpang motor aku jelah pergi dan balik sekolah. Lagipun aku hantar adik kau pun guna motor aku."

"Eish. Motor? No. No." Aku menggeleng laju.

"Apa-apa je yang kau kata, kau kena naik juga motor aku dan tu MUKTAMAD. No bantahan or anything." Wonwoo berkeras.

Urgh. TUAN yang tak sabar.

"Fine. Fine."

Wonwoo tersenyum. "Dah palli. Nanti lambat masuk sekolah."

"Lambat apanya? Baru pukul 6.30 a.m." aku melihat jam tangan aku.

"Kalau macam tu jom lumba. Siapa yang sampai lambat kena belanja makan rehat nanti!" Belum sempat aku nak sebut apa-apa, Wonwoo terlebih dahulu angkat kaki dan berlari menuju ke sekolah. Aku terpinga-pinga di belakang.

"Jeon Wonwoo kau main tipu! Yah!" Nak tak nak terpaksa juga aku gunakan separuh tenaga aku untuk berlari.

Damn. Aku lari Lambat gila nak mampus.

Sesampai sahaja aku di sekolah, aku terus duduk di bangku yang telah tersedia di perkarangan sekolah. Nafas aku tercungap-cungap.

Wonwoo berdiri di hadapan aku sambil menyilangkan tangan. Mukanya tersenyum sinis kemenangan. "Baru lari sikit dah penat ke?"

Aku menjeling tajam ke arahnya. "Roh kanak-kanak mana rasuk badan kau ni? Tiba-tiba ajak lumba. Main tipu pulak tu." Aku mencebik geram.

Wonwoo tergelak kecil mendengar ayat geram aku itu. Terus dia menghulurkan satu botol air mineral sejuk kepada aku.

Aku memandangnya. "Untuk apa ni?"

"Untuk memancing..... Dah tentulah untuk minum cik adik. Sebagai ganti aku main tipu tadi right?"

Aku tersenyum.

Main tipu pun, dia tetap ambil berat. Dari dulu sampai sekarang sikap dia memang tak berubah. Mungkin sebab tu lah perasaan aku dari dulu sampai sekarang pun tak berubah.

Aku mengambil botol mineral tersebut. "Kamsa Wonwoo."

"Welcome My Princess."

....

Apa dia panggil aku tadi?

○○○○○○

T^T Not the best chapter. Sorry.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now