Episod 45: Tidak Sangka

2.2K 219 37
                                        

Tidak Sangka

Hari ni lah harinya.

Aku perlu berjumpa dengan Wonwoo. Di hadapan pagar sekolah.

HARI INI.

Kenapa aku rasa gemuruh? Aku tak buat salah apa-apa pun pada Wonwoo.....

...or maybe adalah sikit.

Aku mencari pakaian yang bersesuaian.

Ah, semalam Yuju ada belikan aku pakaian. Mungkin aku boleh pakai ni untuk pergi ke majlis di sekolah nanti.

 Mungkin aku boleh pakai ni untuk pergi ke majlis di sekolah nanti

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Done. Semuanya selesai.

Aku terus keluar dari bilik aku lalu bertembung dengan Hoshi yang baru sahaja selesai mengambil mandiannya.

"Wah, cantik noona hari ni. Nak pergi majlis di sekolah tu ya?" Soalnya sambil tersenyum.

Aku mengangguk laju. "Thanks Hoshi. Yup, noona nak pergi majlis kat sekolah noona. Noona pergi dulu. Beritahu eomma yang noona dah gerak dulu ya!" Pintaku sambil menayangkan baris gigi aku yang bersinar bak mentari. Ececeh.

"Okay noona! Hati-hati!" Sahut adik lelakiku riang.

Aku terus keluar dari rumah dan menahan teksi yang kebetulan lalu di hadapan rumah kondominium aku.

●●●●●

"Terima kasih ya, Pak Cik." Aku membayar tambang teksi lalu keluar dari perut teksi tersebut. Tersembul megah bangunan sekolah (universiti) di hadapan wajah aku.

Depan pagar sekolah...desis hatiku. Peluh membasahi muka aku. Padahal aku tak berlari pun. Mungkin inilah penangan rasa gemuruh di dalam hati aku. Berdebar-debar rasanya.

Dan pada masa tu aku sudah terbayang macam-macam perkara buruk yang bakal berlaku di minda.

Mungkinkah Wonwoo mahu memutuskan hubungan persahabatan kami?

Mungkin Wonwoo dah ada teman wanita lain dan mahu tinggalkan aku kerana aku menghalang jalan hubungan dia dengan yeochin dia?

Atau mungkin dia dah tak suka kan aku? Sebab aku nerdy? Sebab dulu aku pakai spek mata sebiji macam harry potter?

Tidak!

AISH STOPP MINA. FULL STOOP. Berhenti fikir bukan-bukan! Kau sendiri yang kusut nanti!

My Crush Stole My DiaryCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang