Aku menoleh semula ke belakang untuk melihat Wonwoo..
...sedang bersama dengan perempuan lain.
Boleh pula perempuan tu memaut kat lengan Wonwoo dan Wonwoo kelihatannya seperti tidak mengambil kisah. Langsung.
Terus aku terasa seperti jantung aku bagaikan terhenti di situ.
"Kau yeoja pertama yang memudahkan aku untuk bercakap dengan tenang dan tak ada perasaan takut langsung dalam diri aku bila bercakap. Aku mudah berborak dengan kau..."
Aku mengetap bibir.
Pembohong.
Aku terus berlalu pergi dari situ sambil mengesat air jernih yang dah terkumpul banyak di tubir mata.
Kenapa aku rasa pedih hati sangat ni?
Biarlah Wonwoo nak bersama dengan siapa-siapa je yang dia suka. Kau hanya orang biasa di mata dia Mina. Aku berbisik perlahan. Cuba mengeluarkan fakta yang benar tentang hubungan aku dan Wonwoo yang benar-benar buat aku pilu.
Aku terus masuk ke dalam perpustakaan dan mencari kelibat Yein dan Yuju. Cari punya cari akhirnya jumpa juga mereka berdua.
"Mina~ lambat betul lah awak ni. Saya budak baru masuk pun ingat jalan sekolah ni tau~" Yuju cuba menonjolkan dirinya.
Tiba-tiba Yein menyampuk. "..dengan bantuan saya."
"Aaah~ Wae bagitahu? Baru je nak berlagak." Yuju memuncungkan bibirnya. Melihat telatah dua orang itu aku hanya mampu tersenyum..hambar.
Yein sedar akan senyuman hambar yang diberiku itu. Terus dia bertanyakan soalan "Mina, awak macam tak happy je ni? Ada apa-apa masalah ke?"
Aku hanya menggeleng. "Ani."
Yein mengeluh perlahan sambil menyilangkan tangannya. "Okay, macam ni lah. Sepanjang kita ber-operasi bersama, tidak ada satu rahsia pun antara kita bertiga. Boleh?"
Aduh ni yang aku lemah ni.
Aku dan Yuju mengangguk. Yein terus menyambung. "Jadi, bila saya tanya soalan, jawablah dengan jujur. Kita kan kena saling bantu-membantu?" Katanya lagi sambil menjelingkan matanya sedikit ke arah aku.
Okay fine aku angkat bendera putih tanda mengalah.
"Okay. Saya mengaku saya ada masalah. Tapi masalah ni macam pentingkan diri jadi saya tak mahu libatkan siapa-siapa dalam hal macam ni. Just abaikan sahaja."
"Eh. Mana boleh macam tu. Tak syok lah~" Yuju menarik mukanya. Nasib muka comel kalau tak muka mesti jadi renyuk mengalahkan kertas exam. Wait what.
"Pentingkan diri ya...? Herm...
....pasal Wonwoo kan?" Teka Yein sambil jarinya mengetuk-ngetuk bibirnya tanda dia sedang berfikir.
Dayuuuuum. Senang betul dia cari jawapan. Memang bila aku ada masalah mesti melibatkan Wonwoo. Apa kes aku ni senanya?
"Fine. Betul. " aku benar-benar mengaku kalah. Simpan lah rahsia tu lama mana pun kantoi jugak akhirnya nanti.
"Kenapa dengan Wonwoo?" Soal Yuju curious.
Aku menarik nafas perlahan-lahan.
"Wonwoo..tadi saya terserempak dengan dia. Well..kami langsung tak bertegur sapa..seperti yang dijangka. Jadi dia terus jalan melepasi saya dan bila saya toleh...dia ada dengan yeoja lain sambil tangan yeoja tu terpaut kat lengan dia. Dia pun nampak macam tak kisah.." rasa serba salah mula menyelubungi diri aku ketika aku ceritakan tentang hal tadi.
Yuju terbuntangkan mata. "WHATT? WONWOO DENGAN YEOJA LAIN? SERIUSLYY...HOLI SHET." mulutnya segera aku tekup dan segera aku mengingatkan dia yang dia sedang berada dalam perpustakaan.
Yuju tersenyum senget dan mengucap maaf.
"Jadi awak cemburu lah ni?" Soal Yein sinis. Aku dengan penuh berasa malunya mengangguk perlahan dengan muka yang merona merah.
"Saya dah cakap ni semua pentingkan diri. Apa kata kita tukar topik je?" Dalihku cuba menukar topik perbualan yang semakin merimaskan akal aku.
Yein mengangguk faham. "Okay masa kita sebelum kelas bermula hanya tinggal 20 minit sahaja lagi. Kita berkumpul sini sebab nak bincangkan tentang ayah Wonwoo, Encik Ji Sung. Saya dah beritahu Yuju tentang tu. Kan?" Yein memandang Yuju sekilas.
Yuju terus mengangguk laju. "Sebenarnya saya pun tak sangka saya pernah berjiran dengan pembunuh. Awesome gila kan tengok saya masih hidup sekarang ni?"
Lol Yuju jauh betul melalut.
Yein tergeleng melihat telatah Yuju itu. "Awak kan kawan baik rapat dengan Wonwoo. Awak takkan tak tahu kot?"
"Tak!!" Yuju menafikan sangkaan Yein. Dan aku perlu ingatkan dia banyak kali yang kami sedang berada di perpustakaan. -_-
"Biar saya beritahu satu rahsia. Wonwoo walaupun famous kat sekolah dulu, tapi dia pendiaaaaaaaaam sangat. Saya dah cuba berborak dengan dia tapi mulut dia berzip dan berkunci. Sekarang bila jumpa dia balik baru boleh dengar dia bercakap. Saya rasa Mina ada bawa saka-"
Terus Yein mengetuk perlahan kepala Yuju. "Okay okay gurau. Sakitlah Yeinnn" raung Yuju. Mesti dia ni anak tunggal tu yang manja semacam.
"Jadi kalau awak tak rapat dengan Wonwoo...macam mana awak boleh berkawan dengan dia?" Soal Yein lagi . Gayanya seperti Detektif Conan sedang menjalankan penyiasatan terhadap kes pembunuhan yang baru berlaku. Ayat Sains Epik Fail.
"Hehe...sebenarnya saya rapat dengan adik kembar Wonwoo. Dan...adalah sikit-sikit sukakan dia..." Yuju tersipu-sipu malu.
"Wonwoo ada adik kembar?" Soal aku dan Yein serentak. Yuju mengangguk dan memasang muka pelik. "Saya ingatkan awak berdua dah tahu...?"
Okay aku tak adalah nak stalk "Crush" aku tu sampai nak stalk ahli keluarga dia sekali.
Dululah. Sekarang hal keluarga dia aku pun sibuk nak ambil tahu. Memang patut aku ni dicopkan sebagai penyibuk tak diundang.
"Ah...okay. Berbalik kepada topik tadi, kalau Encik Ji Sung buat lagi kes bunuh tu, baru kita cari bukti dan repot pada polis. Amacam?" Cadang Yein sambil memandang aku dan Yuju.
Yuju terus sahaja bersetuju. Namun bagi aku, aku terasa serba salah.
Macam mana pula perasaan Wonwoo kalau dia tahu ayah dia ditangkap polis?
Bagi tidak melengahkan masa aku hanya mengangguk tanda bersetuju. Hal Wonwoo tu aku biarkan dahulu.
Aku harap aku buat pilihan yang betul.
"Alright! Pilihan dah dibuat. Cuma tinggal satu je lagi..." Yein perlahan-lahan memandang ke arah aku diikuti dengan Yuju.
Aku memasang wajah kosong. "Apa?"
"Kami nak...
... ubah penampilan awak Mina." Yuju sempat mengambil kaca mata bulat aku dan bermain-main dengannya. Yein pula tesenyum memandang aku.
WHAT?
NOO!
●●●●●
So....crappy chapter isnt it? Memang dalam bulan puasa ni idea kejap datang kejap hilang. Author tak salahkan bulan puasa tapi author salahkan diri author ;-;
Dan memandangkan author baru berpindah ke rumah baru, wifi tak ada jadi sekarang author cuma guna data je. Seminggu...mesti tak cukup 😢 tapi dalam seminggu tu homework mesti terlebih dari cukup 😭 melalak author macam ni.
Thanks sebab sporting dengan author yang pemalu ni 😁 tq very very much.
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfikceKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...