Episod 6: Suka

2.8K 332 15
                                    

"WOI!" Seseorang menjerit di koridor sekolah menyebabkan hilai tawa Krsytal berhenti serta-merta.

Wonwoo segera berlari ke arah kumpulan Krystal diikuti dengan seorang yeoja yang agak familiar mukanya.

"Krys! Better we run!"

"Betul tu!"

Krystal dan sahabat-sahabatnya lintang-pukang berlari meninggalkan aku. Wonwoo membantu aku bangun.

"Yah. Kau okay tak?" Soal Wonwoo. Tergambar kerisauan di mukanya.

"Aku okay." Kataku dengan tenang. Tiba-tiba aku terasa sesuatu cecair keluar dari hidung aku.

"A-awak...hidung awak berdarah..." kata yeoja itu sambil jarinya menuding ke arah hidung aku yang kini telah dibanjiri dengan sungai darah.

Oh Sheet.

●●●●●

"Haah kau okayyyy sangat kan?" Wonwoo menyindir aku sambil menyilangkan tangannya.

"Diamlah." Aku mengambil sehelai lagi tisu di atas meja untuk mengesat darah yang sudah berkurang di hidung aku.

Yup. Sekarang Aku di bilik rawatan.

Yeoja tadi segera duduk di atas bangku bersebelahan dengan katil yang aku sedang baring. "Awak ada rasa sakit-sakit lagi?" Soalnya sambil berkerut dahi.

Aku segera menggeleng. "Dah tak sakit. Terima kasih." Aku tersenyum memandang yeoja cantik yang berada di sebelah aku ni.

"Terima kasih kat dia je? Habis jejaka tampan ni?" Wonwoo menunjuk dirinya sambil membuat muka tidak berpuas hati.

" Fine....gomawo Wonwoo." Terpaksa juga aku ucapkan. Ada betul juga sebab dia dah bantu aku dari 'Dijahanamkan' oleh Krystal. Wonwoo tersenyum kemenangan.

"Nasib baik..." Yeoja itu melepaskan keluhan lega. Aku memandangnya pelik.

"Ah...minta maaf, saya lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Jung Yein. Selamat berkenalan, Kwon Mina." Dia memberi senyuman semanis gula kepada aku lalu menghulurkan tangannya.

Alamak. Dia dah kenal aku ke? Hurm...betullah aku kata budak nerd ni memang femes orangnya *Flips Hair*

Prah santan jap.

Aku menyambut huluran tangannya.

"Saya tahu awak mesti konfius kan? Okay, saya akan ceritakan dari mula..." Yein memgambil nafas dalam-dalam sebelum memulakan cerita.

"Sewaktu habis rehat tadi, awak orang kedua terakhir sebelum saya. Jadi saya pun ikut belakang awak untuk menuju ke kelas. Tapi saya pelik juga kenapa Krystal, Victoria dan Luna curi-curi ikut awak dari belakang." Yein menarik nafas lagi.

"Saya tak sangka pula mereka datang nak belasah awak. Dengan rasa panik, saya segera memanggil Wonwoo sebab saya nampak awak rehat bersama dia di kantin tadi."

Aku membuat mulut 'O'.

"Apapun, terima kasih ya Yein?" Aku tersenyum ke arahnya.

"Sama-sama Mina.."

"EHEM." Seseorang berdehem.

Siapa lagi kalau bukan Wonwoo selaku 'Majikan tiga bulan aku'?

"Urm...Yein. Kalau awak dah habis berborak , boleh tak urm..beri ruang untuk...aku bercakap dengan Mina?" Soal Wonwoo yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Yein mengangguk faham. "Kalau macam tu saya balik kelas dulu ya? Eh sekejap.Ni nombor telefon saya, kalau ada apa-apa awak boleh telefon. Anyeong..." Yein melambaikan tangannya sebelum keluar dari bilik rawatan. Aku menyimpan kertas kecil yang ditulis di dalamnya nombor telefon yein ke dalam poket seluar aku.

Dan kini hanya aku dan Wonwoo sahaja berada di bilik rawatan ni.

.....

Aku dan Wonwoo masing-masing mendiamkan diri.

.....

"Selalu ke?" Wonwoo tiba-tiba bersuara selepas lima minit kitorang berdiam diri.

"Selalu apa?" Soal aku acuh tak acuh.

"Kena buli?"

"Siapa?" Aku mula bertukar-tukar soalan bodoh dengan Wonwoo. Way to go Mina.

"Mina." Wonwoo mengeluh. Dengan segera dia duduk di bangku kosong tidak bertuan di sebelah katil yang aku sedang duduk.

Matanya merenung betul-betul ke dalam mata aku. "Jawab soalan aku..kau selalu kena buli ke dengan yeoja-yeoja tu?"

Tidak mampu berbuat apa-apa, aku mengangguk perlahan. Aku menunduk dan hanya mampu memandang cadar berbanding memandang crush lama aku yang sampai sekarang, perasaan suka tu masih ada.

"Mina, pandang aku."

...

"Mina."

....

Tiba-tiba Wonwoo menarik dagu aku ke mengahadap mukanya. Muka aku menjadi merah yang amat kerana aku dapat rasa hembusan nafasnya yang hangat lagi menyenangkan di muka aku. Bibir aku dan dia cuma beza beberapa cm sahaja.

Kiss dia.

No. Imaginasi....kau gila ke apa?

Kau yang gila! Muka crush kau betul-betul kat depan muka kau! Ini satu peluang untuk kau kiss dia!

Aku...aku...

"Dengar sini Mina." Suara garau Wonwoo menyebabkan aku tersedar dari lamunan imaginasi aku. Tangan Wonwoo masih menahan dagu aku dari bergerak.

"Aku nak kau panggil nama aku kalau kau ada dalam bahaya. Boleh?" Wonwoo memandang aku dengan penuh harapan. Harapan yang tak boleh disampaikan dengan kata-kata.

"T-tapi..." aku melihat Wonwoo penuh rasa bersalah.

Aku mengeluh. "Okay. Fine."

Wonwoo tersenyum. "Pandai pun dengar cakap tuan."

"Ergh stop. Tak habis-habis dengan tuan kau tu."

"Of course. Selagi diary kau di genggaman aku kan?"

Sheet! Diary aku!

"K-kau tak baca apa-apa kan dalam diary aku tu?" Soal aku dengan penuh rasa risau dan musyhkil.

"Dah." Jawab Wonwoo selamba.

Aku tebuntangkan mata aku. "Ka-kau dah baca...?"

Oh tak...jangan baca please...

"....pfft. Just Kidding~" Wonwoo menjelirkan lidahnya ke arah aku.

"Kau...! Yah Jeon Wonwoo!!!" Aku memukul kuat kepalanya. Meletus hilai tawa Wonwoo begitu juga dengan aku.

Aku tak menyesal sukakan kau Wonwoo.

Langsung tidak.

To be Continue...

○○○○○

Omg Author lemah bab romance ni. maafkan author. T^T

Vote✔
Comment(optional)✔

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now