Episod 20: Neighbour

2.1K 243 19
                                    


Mina terus memusingkan badannya untuk meneruskan niat menuju ke Market tiba-tiba langkahnya terhenti.

"Mina."

"Won...Wonwoo..." mata Mina terbuntang memandang Wonwoo yang tegak berdiri di hadapannya.

Well damn.

Mina mengetap bibirnya. Hajat ingin memohon maaf kepada Wonwoo terus hilang. Seakan-akan dia tidak tahu hendak berbuat apa.

Wonwoo berjalan dengan tenang menuju ke arahnya. Mina pula masih begitu, berdiri kaku seperti tugu negara.

Come on Mina mana keyakinan kau...hatinya mula berdebar. Matanya memandang setiap pergerakan Wonwoo yang sedang berjalan menghampirinya.

Kini Wonwoo berhenti betul-betul di hadapannya.

Masing-masing mendiamkan diri.

Mina menggenggam tangannya. Baiklah...

"Mina-"

"Mianhae." Mina menunduk 90° darjah ke arah Wonwoo. Wonwoo tergamam melihat Mina yang tiba-tiba berbuat demikian.

"Untuk apa?"

"Aku nak minta maaf sebab ignore kau. Minta maaf sebab jadi selfish. Bagitau aku kalau kau dah tak mahu kawan dengan aku sebab aku tau aku memang tak patut ada ka-"

Kata-kata Mina terhenti apabila Wonwoo menekupi mulut Mina dengan tapak tangannya. Tidak mahu lagi mendengar ayat Mina yang membuatkannya terasa gusar hati.

Mata Mina tidak berkelip memandang Wonwoo.

"Jangan sambung ayat tu. Aku tak mahu dengar." Serius sahaja muka Wonwoo menyebabkan muka Mina berubah merah yang amat.

Perlahan-lahan Wonwoo menurunkan tangannya.

Mereka memandang antara satu sama lain. Mina menundukkan mukanya. "Sorry...aku... tak mahu persahabatan kita putus sebab benda ni..."

Wonwoo tersenyum mendengarkan ayat Mina itu. Dia akui, dia sangat sukakan sifat jujur Mina. Tak ramai orang yang suka bercakap jujur zaman ni.

Kalaulah ada yeoja yang macam Mina...

Wonwoo mengalihkan pandangannya ke arah Mina.

"Jangan risau. Persahabatan kita memang takkan putus. Kau yeoja pertama yang memudahkan aku untuk bercakap dengan tenang dan tak ada perasaan takut langsung dalam diri aku bila bercakap. Aku mudah berborak dengan kau..."

"...dan juga sebab sifat jujur kau tu. Tak ramai yeoja yang suka berterus terang dengan aku. Thanks Mina."

Mina hanya memandang Wonwoo dan terdiam.

Wonwoo..aku dah penat berbohong...

Mina menggeleng perlahan. "Kau salah sangka. Aku tak sejujur yang kau fikirkan.." Mina mengetap bibirnya.

"Apa maksu-" tiba-tiba bahu Wonwoo ditepuk dari belakang sebelum Wonwoo dapat menghabiskan ayatnya. Wonwoo terus menoleh...

"Anyeong Wonu. Apa khabar kau sekarang?" Seorang yeoja yang cantik memberi senyuman kepada Wonwoo. Perasan akan kehadiran Mina di belakang, dia melambai perlahan ke arahnya.

Mina membalas lambaian yeoja tersebut walaupun dia tidak mengenalinya.

"Yuju." Kata Wonwoo perlahan. "Kau buat apa kat sini?"

Yeoja yang bernama Yuju itu membuat jari 'V'

"Aku pindah sini balik. Aku kacau kau dating ke Wonwoo?" Soalnya lagi sambil tersenyum ke arah Mina yang berada di belakang Wonwoo.

"Bisinglah."

Mina yang terasa macam tunggul itu memberanikan diri bertanya. "Wonwoo...siapa tu..?"

Wonwoo menoleh semula ke arah Mina. "Ah aku lupa nak perkenalkan. Mina, ini Choi Yuju. Jiran lama aku. Yuju, ini...kawan aku. Kwon Mina."

"Anyeong Mina-sshi. Selamat berkenalan. Comel lah awak ni.." Yuju tergelak kecil. Mina membetulkan kaca matanya dengan muka yang merah.

"K-kamsahamnida. Awak pun cantik juga.." Mina tersenyum ke arah Yuju.

"Wonwoo-ah..better kau jaga dia ni elok-elok tau? Kalau tak...aku suruh Obama bakar semua Burger yang ada kat seluruh dunia nanti." Yuju menyiku kuat bahu Wonwoo sambil berbisik.

Wonwoo mengeluh. "Kau ni dari dulu suka bahan orang."

Yuju tergelak kuat.

Mina pula hanya tersenyum.

Tambah seorang lagi kawan... desis hati Mina gembira.

Tanpa mereka bertiga sedari, ada seseorang yang curi-curi mengintai mereka dari jauh.

Bayangan itu menggenggam erat tangannya. Dia mengetap bibirnya. Hatinya meluap-luap menahan amarah.

Bayangan itu perlahan-lahan hilang dari situ.

●●●●

Im sorry late update and not the best chapter.

:'(

Also... a new character. 😂 hope tak pening lah kalau terlalu ramai nak ingat.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now