Episod 25: Usaha

2.1K 223 32
                                    

"Eomma tak tahulah benda ni betul atau tidak, tapi eomma cuma nak minta satu je daripada kamu...

...jauhi Wonwoo."

Aku tergamam.

Eomma tak maksudkan macam tu kan?

"Eomma bukan apa Mina, ayah dia tu merbahaya sangat-sangat. Eomma takut dia akan mengganggu kamu dan adik kamu."

Mustahil. Mesti ada cara lain.

"Mianhae eomma...

...Mina tak mahu."

Eomma melihatku seakan tak percaya. Aku terus bangun.

"Kalau Mina buat macam tu sampai bila-bila tak akan berjalan. Ramai mangsa akan terkorban angkara Encii Ji Sung nanti."

"K-kamu nak buat apa Mina?" Soal eomma berkerut dahinya.

Aku memegang tangan eomma dan tersenyum yakin.

"Mina mesti hentikan Encik Ji Sung daripada terus buat macam tu. Semua orang berhak mendapat kehidupan bahagia eomma." Aku tekankan kata-kata aku.

Eomma terdiam. Dia kemudiannya mengeluh perlahan.

"Kamu...sanggup buat macam ni semata untuk Wonwoo.

Eomma tahu eomma tak boleh larang kamu. Tapi kamu yakin ke Wonwoo akan membalas semula perasaan kamu yang kamu pendam sejak dulu lagi?"

Oh sheet aku hampir terlupa pasal tu.

Macam mana nak jawab...

Erm...

"Memang Mina tak yakin. Mina tahu Wonwoo tak akan pernah sukakan Mina.

Tapi tak salah kan Mina nak bantu dia? Mana ada anak yang bahagia kalau bapa dia seorang psycho.

Mungkin ini macam menjaga tepi kain orang, tapi kalau tak buat mana nak dapat hasilnya nanti..." Panjang lebar aku terangkan.

Eomma hanya mengangguk perlahan. "Baiklah. Buatlah apa yang kamu rasa kamu patut buat. Cuma..jangan paksa diri kamu sangat..boleh?"

Aku tersenyum. "Boleh eomma. Mina masuk bilik dulu."

Dan aku pun terus menutup pintu sesampai sahaja aku di bilik aku.

Aku terduduk sambil bersandar di pintu bilik. Senyuman aku berubah menjadi muram.

Aku tak pernah menyangka pun Wonwoo hidup dengan penuh penipuan. Like..seriously...ayah dia membunuh orang yang tak berdosa.

Takkan tak ada cara lain nak langsaikan hutang tu?

Agaknya...Wonwoo tahu tak yang ayahnya hanya berlindung di sebalik topeng je selama ni?

" Apa patut aku buat.." aku memeluk kaki aku sambil berfikir.

....

Mungkin...tak salah kan kalau aku minta sedikit pertolongan..?

●●●●●●

Yein P.O.V

"DESTINY!!!" Hak hak sedap duh suara aku bila nyanyi ni. Sekali jiran datang sepak muka aku huhu.

Aku bermain fon...kadang-kadang tonton movie sambil kepala kat bawah kaki kat atas. Oh tak lupa juga masak kat dapur dan berakhir dengan dapur meletup. Lepastu...

....aku tak tau nak cerita apa dah.

"Eomma...appa...palli lah balik.." aku pandang Frame yang terdapat gambar aku, eomma dan appa bersama-sama semasa kami bercuti di Jeju-Do.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now