Episod 36: Menyerah

2K 218 43
                                    

.

Author P.O.V

"Urgh..." Hoshi membuka matanya perlahan-lahan selepas sekian lama tidak menyedarkan diri dari tadi. Badannya terasa sakit.

Aku kat mana ni? Mata dia melilau melihat sekeliling. Gelap dan sunyi...

"Penjara?" Hoshi berdiri dan perlahan-lahan tangannya menyentuh palang besi yang bertindak sebagai pagar untuk menghalang dirinya daripada melarikan diri.

BANG! Satu bekas yang besar terjatuh ke atas lantai dan menyebabkan banyak cecair tumpah.

"Bodoh! Yang kau pergi langgar balang toksik tu apasal!? Mampus lah kalau bos tahu nanti!"

"Sorry! "

"Weh dahlah jom lari! Biarkan je budak dalam penjara tu! Nanti dia mati jugak! Dah dah blah!"

Tap tap tap tap..

Hoshi berasa tidak sedap hati selepas terdengar beberapa perbualan daripada konco-konco Encik Ji Sung.

Toksik?

"ULP..." Bau di dalam penjara itu tiba-tiba bertukar menjadi bau yang sangat busuk. Pasti datangnya bau itu daripada toksik yang disebutkan oleh konco-konco itu tadi.

"Urgh..." Hoshi menekup mulutnya. Sudahlah ada penyakit sesak nafas seperti mendiang bapanya, kini ada bau toksik beracun pula datang menyerang dirinya yang masih separuh sedar itu.

"Noona...tolong..." badan Hoshi lemah. Nyata penangan bau toksik itu mampu melemahkan sistem pergerakan di dalam badannya. Suaranya pula menghilang.

Kelopak matanya pula semakin berat. Akalnya seperti hilang arah.

Takkan masa aku dah sampai dulu.....

.....aku masih belum sempat nak gembirakan noona...

Air mata mengalir deras di pipi Hoshi. Dia sayangkan kakaknya, dia ingin membalas jasa kakaknya sebelum dia pergi...

...tetapi nampaknya mungkin hajatnya itu tak akan sempat tercapai.

Inilah balasan buat aku. Kalaulah aku beritahu noona awal-awal yang aku ada penyakit....

Hoshi tidak mampu meneruskan ayat yang terperangkap di mindanya. Biarlah dia mati terus supaya tidak menjadi penambah beban buat kakaknya.

Pandangan Hoshi berubah menjadi kabur. Badannya rebah di atas bumi yang dirinya pernah berpijak.

Sudah sampai masa untuk dia pergi dari dunia yang nyata.

SREAKKKKK....! Bunyi pagar dibuka laju. Hoshi terlihat bayangan seorang perempuan dan lelaki sedang berlari menuju ke arahnya. Namun Hoshi tidak bisa melihat dengan jelas kerana matanya kini kuyup dan hampir tertutup.

Noona...noona ke tu...?

"Bertahan Hoshi. Kami akan keluarkan kamu dari penjara ni!" Suara perempuan itu cemas dan tidak seperti suara milik Mina.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now