Episod 32: Benda

1.9K 215 6
                                    

"Aku benci kehidupan sekarang." Ucap Jungkook seorang diri sebelum berlalu pergi dari situ.

Tap...tap...tap...

Wonwoo dapat menjeling sekilas pada wajah Jungkook. Pipinya merah dek ditampar kuat oleh appanya. Rasa kasihan juga, yalah adik sendiri takkan tak sedih tengok dia diperlakukan sebegitu rupa?

Wonwoo bangun dan menuju ke pejabat appanya selepas kelibat Jungkook hilang dari pandangan. Dia terus sahaja masuk, tiada mood hendak mengetuk pintu.

Kreakk....

Wonwoo merenung tajam ke arah appanya yang sedang sibuk mengira duit sambil merokok di kerusi meja pejabatnya.

"Bagus. Seorang lagi bendul datang mengacau." Sinis sahaja ayat yang dilontarkan oleh Ji Sung. Sengaja dipekatkan sedikit perkataan bendul itu bagi menguji kesabaran Wonwoo.

Wonwoo menarik nafas dan mengembuskannya perlahan-lahan. Cuba berlagak tenang.

"Wae appa buat macam tu?"

Ji Sung berhenti mengira. Matanya melirik ke arah Wonwoo.

"Appa tahu kan kerja appa ni semua kerja yang keji?" Soal Wonwoo lagi sambil merenung tajam ke dalam anak mata appanya.

"Straight to the point. Apa yang kamu nak Wonwoo? Nak duit? Ambillah! Ambil banyak mana kamu nak! Jangan ganggu appa kerja. Kerja yang senang macam tu takkan tak boleh buat?" Kini nada Ji Sung berubah bengang. Benci apabila Wonwoo mengganggu ketenteramannya.

"Budak yang pekerja appa culik tu....ada hubungan ke dengan Puan Sung In?" Soal Wonwoo lagi. Tidak mempedulikan soalan ayahnya itu.

"Heh. Kamu dah tahu ya? Ya. Appa culik anak si pompuan tu. Appa akan seksa budak tu. Macam tu lebih senang nak ugut si Sung In yang keras hati biar dia gerun. Dia akan menyesal seumur hidup dia." Ji Sung tersenyum jahat memikirkan 'rancangan terbaiknya' itu.

"Apa yang appa nak daripada Puan Sung In sebenarnya?" Wonwoo kini mengetap bibir. Sungguh, apa dosa Hoshi sampai dia perlu menjadi magsa peras ugut ayahnya itu?

Dan orang yang dia paling kasihan tentulah Mina. Dia tahu akan betapa sayangnya Mina terhadap Hoshi. Sejak Hoshi bayi dan kini menjadi remaja, dialah sahabat yang paling rapat bagi Mina. Adik yang paling Mina sayang.

Namun kasih sayang mereka hancur kerana appa Wonwoo.

Jeon Ji Sung sendiri.

"Kamu tak perlu tau. Pandailah appa uruskan. Dan sementara mood appa masih okay, baik kamu keluar." Ji Sung menggunakan nada yang perlahan bagi mengarahkan Wonwoo keluar. Namun anak terunanya itu tetap berdegil dan hanya statik di tempat dia berdiri.

"Appa nak bahan bukti yang appa membunuh tu. Appa takut kerana salah. Appa yang bersalag tetapi orang lain yang menjadi mangsa. Betul kan kata Wonwoo?" Soal Wonwoo. Kini lebih berani untuk melontarkan ayat sinisnya.

Ji Sung kini tidak mampu menahan amarahnya.

"Appa akan kurung kamu Wonwoo. Dan appa takkan menyesal buat begitu." Ji Sung berdiri.

Tiba-tiba kedua-dua belah tangan Wonwoo ditarik kasar oleh dua orang pengawal Ji Sung yang berbadan tegap dan dua kali ganda lebih besar daripada Wonwoo.

Wonwoo terkejut. Dia meronta-ronta namun genggaman dua orang pengawal itu ternyata lebih kuat daripada sangkaannya. Wonwoo dapat melihat bertapa gembiranya muka Ji Sung ketika Wonwoo ditarik keluar daripada pejabatnya.

Kini Wonwoo faham akan perasaan Jungkook.

Dia juga benci akan kehidupannya yang sekarang.

Appanya kini bukan appanya yang dulu.

Benarlah kata orang, manusia berubah.

Entahkan ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.

Wonwoo mengerti yang appanya berubah mengikut arah yang salah.

BAM! Pintu bilik Wonwoo dihempas kuat dan tombol pintu terus dikunci. Tingkap juga dikunci ketat dari luar. Tingkapnya itu tidak boleh dipecahkan kerana dia menggunakan bahan yang berkuasa tinggi dan tahan pecah. Ji Sung pasti telah merancang semua ni sejak awal lagi.

Wonwoo tidak mampu menahan lagi. Terus sahaja dia mencampakkan segala barang yang terdapat dalam bilik tidurnya itu. Tidak kira sama ada barang itu berkaca ataupun besi, rasa marah terus menguasai diri.

Bang!

Pang!

Semua barang dibaling Wonwoo ke arah yang berbeza.

Wonwoo terduduk. Dia tahu tidak ada gunanya dia bhat semua tu. Sikap ayahnya tetap tidak akan berubah semudah itu.

Runsing.

Bingung.

Keliru.

Itulah yang dirasai Wonwoo sekarang ini.

Dahulu, dialah yang mengagumi appanya.

Dahulu, dia berazam untuk menjadi super hero seperti appanya.

Tapi hanya kerana duit, semua berubah.

Tiba-tiba ada sesuatu terjatuh dari atas meja belajar Wonwoo membuatkan Wonwoo tersedar ke alam realiti.

Wonwoo terus mengutip barang itu dan hampir sahaja mencampaknya ke dinding ketika dia terbaca sesuatu pada permukaan 'benda' tersebut.

Kwon Mina's Little Diary ♡

"Ini..." Wonwoo meneliti buku tersebut.

Dan entah mengapa, tiba-tiba dirinya terasa hendak membaca diary kepunyaan yeoja yang dia sudah mulai jatuh cinta terhadapnya itu.

●●●●

Next Chap watak lain akan masuk ya~ ececeh.


My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now