Episod 43: Mascot?

2K 217 42
                                    

Mascot?

Urgh, aku tak boleh nak tidur.

Aku risaukan si pemberi mesej tu. Aku takut kalau-kalau dia merajuk dengan aku (walaupun aku tak tahu kenapa). Rasa serba salah menerpa masuk ke dalam diri aku.

'Forget it.' Ewah, senang je minta aku lupakan semua tu?

Kalaulah aku ada kuasa nak menjelmakan si pemberi mesej tu, cerita ni takkan jadi lebih rumit. Ah, satu lagi...barang penting aku? Macam mana 'barang penting' aku boleh ada pada dia?

"Ahhh runsing!" Aku rebah ke atas katil single milik aku yang dihiasi dengan corak bunga-bungaan yang kemas. Tangan aku yang sedang memegang henpon berada di atas dadaku. Mataku merenung ke atas siling.

Wonwoo.

Aku nak tahu juga, lelaki ada time period jugak ke? Mood dia tiba-tiba jatuh merudum. I be like...whaaaatt? What happen to you my dear crush?

Aku tergelak seorang diri macam orang tak siuman.

My dear crush eh? Amboi kau ni Kwon Mina...perasan nak mampus!

"Mina!" Eomma memanggilku dengan nada yang lantang. Aku rasa suara tu datangnya dari arah dapur. Maigod, suara mak siapa yang macam hulk tu?

Hoho...Suara Mak aku lah siapa lagi.

"Nae..!" Aku membalas panggilan eomma. Kalau tak dibalas kang nanti dicop pula jadi anak durhaka. Cukuplah aku dah sakitkan hati Wonwoo dan si Unknown tu, nak sakitkan hati eomma...mintak simpang 44 dulu ler..

"Boleh belikan sayur bayam kat market? Kita dah kehabisan bayam ni...!" Suara Eomma makin kuat.

Urgh kenapa lah masa badan dan melekat atas katil , ada je dugaan yang mendatang?

"Okay!!"

Omg, I really really hate you sayur Bayam.

●●●●●

"Berapa ya semuanya cik?" Soalku kepada juruwang perempuan di market sambil tangan aku sibuk meraba-raba mencari sejumlah wang di dalam beg duit kepunyaan aku yang berbentuk corak kucing.

Hashtag #PencintaKucingSelamanya

"Eh, cik tak perlu bayar..!" Juruwang tersebut menggelengkan kepalanya sambil tapak tangannya digiyang-goyangkan tanda protes. Aku mengerutkan dahi seribu.

"Kenapa pula saya tak perlu bayar? Saya nak beli sayur bayam ni. Jadi saya perlu bayar." aku menghulurkan wang sebanyak 1,000 won kepada juruwang tersebut. Namun dia tetap berdegil dan menolak huluran wang aku itu.

"Maaf cik. Saya tak boleh terima wang cik. Cik boleh bawa pulang je terus bayam itu." Juruwang tersebut menayangkan senyumannya yang manis. Melihatkan juruwang itu yang benar-benar memaksa aku untuk tidak membayar wang sayur bayam ini, aku terpaksa mengalah. Yelah dah terdesak...kalau aku melawan sedih pula juruwang tu nanti.

"Baiklah, kalau macam tu saya pergi dulu...terima kasih ya."

"Terima kasih! Datang lagi!" Ucap juruwang tersebut dengan penuh semangat.

●●●●●

Aku berhenti seketika di bawah pondok bas. Hah...ini yang menyesal bila degil tak mahu ambil lesen memandu. Sendiri yang penat, jenuh nak tunggu bas. Aigoo...

Tiba-tiba seorang namja berjalan ke arah aku lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan aku. Oh, please...aku dah lah tengah penat ni...

"Hai, seorang je ke?" Soal namja tersebut dengan nada ton yang lemah lembut.

Aku tidak menjawab soalannya. Dia ni...kalau dah tau mata tu rabun tahap maksima, pergilah cek mata! Dah tau sebelah kiri kanan aku ni kosong...kecuali kalau dia fikir bayam ni manusia jadi mungkin aku boleh jawab yang aku sedang 'berduaan' dengan Mr Bayam ni.

Tapi masalahnya bayam ni sayur.

"Amboi, sombongnya. Saya tanya sikit je tu pun susah ke nak jawab?" Sinis ayat yang dilontarnya tetapi sedikit pun aku tidak mengambil peduli. Aku betul-betul berharap supaya bas boleh pecut enjin datang jemput aku kat sini. Aku rasa namja ni pervert macam Henry yang aku jumpa di mall hari tu!

Tangan lelaki itu sudah berpaut pada bahu aku. "Awak ni sombong sangat lah. Kalau macam tu saya akan bantu awak supaya awak jadi lebih peramah "

Aku mengetap bibir aku. Seluruh badan aku terasa menggigil.

Lelaki ni lebih miang daripada Si Henry tu!!!

"Please...j-jangan sentuh saya..." terketar-ketar aku menyebut setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut aku.

"Kenapa? Salah ke?" Lelaki tersebut mengenyitkan matanya ke arah aku. Meremang bulu roma aku. Teruk betul lelaki ni!

Aku menepis tangannya dan menjauhkan diri aku.

Senyumannya semakin melebar. "Sayang sekali...awak cuma ada saya sahaja di sini..." dan dia mendekatkan dirinya ke arah aku.

Tap tap...

"Huh?" Lelaki tersebut menoleh ke belakang dan...

DUSH!!!

Dia terbaring jatuh menghempas lantai. Semua ni berlaku dalam sekelip mata sahaja. Aku mencuri lihat pemilik tangan yang menumbuk namja tersebut sehingga pengsan.

What.....the....

Rilakkuma?

Mascot ni ke yang menumbuk muka namja tadi tu kuat gila tadi?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mascot ni ke yang menumbuk muka namja tadi tu kuat gila tadi?

Aku tergamam. Perlahan-lahan aku membuka langkah menuju ke arah mascot tersebut.

"Uh...terima kasih...sebab menyelamatkan saya..." ucapku.

Mascot tersebut hanya diam membisu.

Dan pada masa yang sama, bas pun tiba.

#TBC

●●●●●

Omg saya dengar yang Mingyu Injured :(

~> Get Well Soon Mingyu <~

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now