"Urgh..."
Kelopak mata Ji Sung perlahan-lahan dibuka. Kepalanya benar-benar sakit dek hentakan yang diberikan oleh Wonwoo tadi.
Bayangan pertama yang muncul di hadapannya adalah wajah bekas isterinya, Ji Woo yang sedang berpeluk tubuh. Pandangannya penuh bengis sekali.
"Ji Woo?" Ji Sung ke posisi duduk. Dia juga tidak pasti sama ada dia berada di mana, yang pastinya bilik itu mempunyai sebuah katil single dan juga meja bagi meletakkan barang.
"Puas tidur?" Soal Ji Woo. Tangannya ralit mengambil cawan berisikan air teh lalu diberikan teh tersebut kepada Ji Sung.
"Minumlah."
Ji Sung berasa was-was sama ada mahu mengambil cawan tersebut ataupun tidak. Namun bila difikirkan semula, takkan lah bekas isteri dia mahu dia mati sebab terminum racun pula? Mustahil yang amat!
Ji Sung menghirup teh panas tersebut dengan berhati-hati. Sesudah minum, dia meletakkan cawan tersebut di atas meja yang terdapat di sebelah katil yang dia duduki. Pandangan dia kemudiannya beralih semula ke arah wajah bekas isterinya.
"Mana Wonwoo? Dan sekarang aku kat mana?" Dengan tergesa-gesa Ji Sung menyoal.
"Rileks. Wonwoo ada. Kau sekarang ni kat bilik rawatan pejabat aku."
Ji Sung pelik . Mengapa pula bilik rawatan Ji Woo juga dalam banyak-banyak bilik rawatan di Seoul ni?
"Ah, jangan lah rasa was-was dengan aku. Aku tak ada niat jahat pun nak buat kat kau. Cuma...."Ji Woo merenung wajah Ji Sung.
Tiba-tiba pintu dibuka luas menyebabkan Ji Sung sedikit terkejut dan matanya membuntang luas. Peluh kini banyak mengalir deras melalui tubuhnya. Dia benar-benar susah mahu percaya apa yang sedang berlaku di hadapan matanya.
"Ji Woo...apa...apa yang kau..." terketar-ketar Ji Sung menyebut setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya.
"Ya, Ji Sung. Tempat tinggal kau bukan di rumah agam tu lagi. Tetapi....di PENJARA."
●●●●●●
"Hoshi!" Aku berlari-lari anak menuju ke arah Hoshi sambil membawa beberapa buah yang segar serta berkhasiat.
"Ish, noona ni buat bising pula. Kan dekat hospital ni." Ujar Hoshi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan aksi keanak-anakan aku itu.
Aku hanya tersengih.
Sesudah berlakunya kes tentang ayah Wonwoo itu, kehidupan semua orang kembali seperti biasa. Cuma ada beberapa perkara yang telah berubah.
Hoshi kini perlu ada check-up jantungnya di Hospital sebulan tiga kali. Sememangnya aku mahu marah adik lelaki aku sorang ni tapi aku tahu, ada sebab dia tak beritahu aku tentang penyakitnya. Oleh sebab itu, aku maafkan dia.
Dan dia cuma boleh melakukan aksi-aksi yang mudah sahaja di dalam Karate Pledis memandangkan masalah kesihatan yang ada pada dirinya.
Dan juga tentang angkatan polis yang menangkap Encik Ji Sung dan konco-konconya itu... rupa-rupanya mereka diupah oleh bapa Krystal sendiri. Sempat juga dia kata...
"Sorrylah. Aku bukan nak balas budi baik kau k? Aku cuma buat apa yang aku rasa betul. Jangan pernah ingat yang kita ni berkawan arasseo...!?"
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfictionKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...