Episod 5: Ugutan

3.2K 346 61
                                    

Thanks to Bae_Syaa for the pretty cover :)

Mak....aih.

Aku tak sangka pula makanan kat kantin sekolah sedap macam ni sekali. Rasanya ini kali pertama aku jejak masuk ke kantin selepas tiga tahun berkurung dalam perpustakaan.

I am totally a nerd. Yeah.

"Wow..berselera kau makan eh?" Wonwoo tersengih melihat aku makan seperti orang somalia yang kebulur macam apa.

Nak diringkaskan, GELOJOH.

Aku memperlahankan proses makan aku. Okay jangan salahkan aku , makanan kat kantin ni semakin sedap dari semasa ke semasa.

Aku menghabiskan cebisan daging terakhir di atas pinggan dengan penuh selera. Fuh...Kenyang.

"Mina." Wonwoo memanggil aku. Aku memandang tepat ke arahnya dan menongkat sedikit kepala aku sebagai ganti pertanyaan 'Apa?'

Tiba-tiba aku terasa sesuatu menyentuh bibir aku lembut.

Ja-jari Wonwoo...

"Ada sos." Wonwoo menjilat ibu jarinya yang ada sos pada mulut aku tadi dan tersenyum nakal.

Muka aku berubah merah serta-merta sampai ahli botani pun tak dapat bezakan muka aku dengan tomato.

Ya Tuhan..lama-lama boleh mati aku kat sini kalau kerap melekat dengan dia. Aku menggeleng perlahan agar fikiran aku tak bertukar 'Liar'.

"T-thanks...kot." Aku tak berani pandang tepat ke matanya. Agak-agaklah...crush lama aku buat benda sweet-sweet gitu kat aku. Malunya aku tahap....aku pun dah tak tahu tahap galaksi mana dah rasa malu aku ni.

"You're very welcome, my Maid." Wonwoo smirk ke arah aku lalu minum Milo Ais Taburnya yang penuh satu gelas itu sampai habis.

"Err, maid?" Aku memandang Wonwoo penuh dengan muka penuh 'kepelikan' sambil menyilangkan tangan aku.

"Yup. Maid Tiga Bulan aku." Wonwoo juga meniru gaya yang sama seperti aku.

Ergh. Aku ingatkan dia dah lupa pasal perjanjian tu. Aku mengetap bibir.

"Pssh....aku takkan lupa lah pasal perjanjian aku tu." Kata Wonwoo sambil bermain-main dengan straw di dalam gelasnya.

Aku tersedar bahawa aku cakap terlalu kuat tadi, dan aku dengan segera menekup mulut aku.

Wonwoo tergelak perlahan melihat telatah aku . "Kau ni memang yeoja yang unik Mina." Lalu dia melemparkan senyuman yang boleh dikatakan agak hot bagi aku.

Kringggggggg~

"Alamak. Dah habis masa ke?" Wonwoo berpaling ke belakang untuk melihat muka jam yang telah tersedia di dinding kantin bagi memudahkan pelajar yang agak malas nak pakai jam untuk melihat masa. Kejam kan ayat aku?

"Tch. Tak best betul lah. Baru je nak kacau kau tadi." Wonwoo mencebik.

Aku pula tersenyum kemenangan. "Nasib baik loceng tu selamatkan aku daripada dikacau oleh kau."

Wonwoo terus menjeling ke arah aku. "Jangan risau. 'Nasib Baik' kau tu tak akan kekal lama."

"Apa maksud kau?"

"Nanti kau tahulah. Okay, aku pergi ke kelas dulu ya Cik Maid peribadiku. Sekejap, aku hampir lupa..."

"Apa-" belum sempat aku habiskan soalan aku...

PLAP!

What the..

"Sa...

...sakitlah!" Aku menggosok-gosok dahi aku. Dia...dia jentik dahi aku dengan jari besi dia tu!? Sakit nya ya ampun...!

"Tu balasan sebab kau melawan cakap tuan kau. Aku pergi dulu." Wonwoo berlalu pergi dari situ sambil mulutnya menahan gelak.

Huh, puas lah tu jentik dahi aku!

Dengan rasa sakit di dahi, aku terus bangun dari tempat duduk aku dengan niat hendak menuju ke kelas. Tetapi entah mengapa ada seseorang menghalang aku dari terus berjalan ke hadapan ketika melalui lorong kosong sekolah yang jarang dilalui pelajar.

Seseorang yang paling aku benci...

Siapa lagi kalau bukan Krystal Jung dan dua orang konconya?

Krsytal dengan senyuman jahatnya berjalan menuju ke arah aku.

Badan aku terketar-ketar. Walaupun aku memang nak sangat belasah si dia ni, aku tahu...aku takkan mampu.

Keberanian aku pula lari entah ke mana.

Disebabkan dia memakai tumit tinggi, dia membongkokkan sedikit badannya dan kini mukanya tepat-tepat berada di hadapan muka aku.

"Kry-Krystal..." menggigil aku memanggil namanya.

"Haih.. sahabat. Aku betul-betul terpesona dengan perangai kau ni."

Victoria dan Luna di belakang sudah tersenyum menyeringai.

Aku menelan air liurku. Tak mampu berkata apa-apa, aku hanya mendiamkan diri.

"Aku tak sangka, budak nerd yang dulunya anti-social dengan manusia dah pandai pilih kawan ya? Itu aku tak kisah...cuma, kenapa kau nak juga berkawan dengan jejaka idaman sekolah? Nak tunjuk diri kau tu hebat ya?"

Aku menggeleng perlahan. "T-tak...-"

Krystal dengan segera menampar pipi aku kuat sehingga aku jatuh terduduk di atas lantai simen. Spek mata aku tercampak ke tepi. Aku memegang pipi aku yang ditampar Krsytal.

"Kau dengar sini eh pompuan. Kau jangan berani-berani dekat dengan Wonwoo. Jangan kau berani nak cabar aku! Aku yang sepatutnya duduk satu meja dengan dia dan bukan kau!" Suara Krystal semakin memuncak.

"Dan....sekali kau dekat dengan Wonwoo...kau tahu apa yang bakal jadi, kan?" Krystal tersenyum sinis.

Krystal...please...stop it...

Aku mengutip semula spek mata aku dan memakainya. Krystal tergelak jahat.

"Hahahahaha! See? Kau lebih pentingkan spek mata buruk tu daripada maruah kau! Hina betul kau ni kan? Hahahaha!"

Aku....dah...
tak...tahan....

"WOI!" Seseorang menjerit di koridor sekolah menyebabkan hilai tawa Krsytal berhenti serta-merta.

Siapakah gerangan yang menjerit itu?

To be continue..

○○○○○○
Huhuhu...author nak minta maaf kalau cerita ni terlalu 'klise' dan banyak typo :(

Dan...author nak ucap trimas bebanyak kepada readers yang vote dan comment cerita ni. I Love You so much! <3

Seperti biasa..

Vote✔
Comment✔
(kalau tak mahu comment pun tak apa)

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now