Episod 17: Mungkin?

2.5K 259 16
                                    

"Nah sayang. Makan banyak mana kamu mahu." Kata Ji Woo dengan nada gembira sambil meletakkan dulang berisi makanan mewah di atas meja makan. Wonwoo hanya mengangguk perlahan dan tidak berkata apa-apa. Cuak, keliru, pelik semua bercampur baur.

Ji Woo terus duduk di kerusi berhadapan dengan anak lelakinya itu. "Kenapa kamu diam sayang? Dah tak tahu macam mana nak berborak dengan eomma kamu?"

Wonwoo menggeleng. "Aniyo Cuma.. pelik kenapa eomma jumpa dengan appa sebab eomma dan appa dah berce-"

"Shhh. Wonwoo...jangan sebut perkataan tu." Ji Woo mengeluarkan jari telunjuknya.

"... Eomma tak suka. Eomma cuma datang nak jenguk kamu dan adik kamu sahaja. Bukannya ada niat lain selain tu. Jadi, habiskan makanan tu." Tegas Ji Woo. Wonwoo hanya menurut memandangkan dia masih belum makan sejak awal pagi lagi. Ji Woo tersenyum semula memandang muka anaknya yang kelihatan kebulur itu.

Sedang dia memandang anaknya itu dia terbayang semula peristiwa dia dan Ji Sung sebentar tadi.

"Sung In masih hidup."

Benar, perempuan yang paling bahaya dan mampu menghuru-harakan nama keluarga Jeon itu masih hidup . Tak pernah disangka-sangka langsung Ji Woo akan mendengar berita sebegitu.

Aku kena selamatkan nama keluarga Jeon.

Ji Woo bermuka masam membuatkan Wonwoo pelik. "Eomma? Gwenchana?" Soal Wonwoo dengan nada risau. Dia menghentikan proses kunyahan dan memandang ibunya itu. Ji Woo tersedar saat dipanggil oleh anaknya dan kemudian tersenyum menggeleng. "Eomma ok. Mungkin penat sikit."

Wonwoo yang tidak tahu apa-apa mengangguk faham. "Eomma jangan tidur lambat. Nanti lagi letih."

Ji Woo tergelak kecil melihatkan anaknya yang mengambil berat tentang dirinya. Asalkan anak aku jauh dari kelompok yeoja tu aku masih boleh bertenang. Desis hati Ji Woo.

"Gomawo Wonu. Terharu eomma tengok anak eomma kisah pasal eomma. Ahh..eomma tahu tentang kamu masuk kelab Karate tu. Bangga eomma sebab akhirnya kamu ambil jalan lain untuk mencapai kejayaan kamu."

"Gomawo eomma. " Wonwoo tersenyum kelat. Ya dia gembira dapat berjumpa dengan ibunya itu namun ada benda lain yang masih mengganggu dirinya.

Mina.

"Kenapa kau diam? Sakit? Tak sihat?" Terngiang-ngiang soalan Mina itu di fikirannya. Wonwoo berasa bodoh kerana hanya membalas soalan Mina dengan gelengan dan kemudiannya tidak mengendahkan Mina di sebelahnya. *(Rujuk Episod 15). Sudah terus terang lagi Mina ambil berat tentang dirinya.

Pabo Wonwoo.

"Urghh semua salah adik aku." Keluh Wonwoo perlahan.

"Aigoo..kamu pula yang nampak stres ni kenapa?" Ji Woo pula menyoal.

"Ani."

"Hmm. Eomma tahu. Pasal girlfriend yeeee?" Ji Woo cuba menyakat anaknya yang kelihatan murung itu. Wonwoo cuba untuk tidak senyum dan bertahan sehingga akhirnya..

"Bukan girlfriend. Cuma kawan perempuan."

"Hmm...mesti jadi girlfriend punya ni. Anak eomma yang hensem ni mana ada yang tak mahu."

"Eomma. Apa-apa jelah eomma ni merapu. Wonwoo dah suka orang lain lah." Nafi Wonwoo. Ya memang dia sudah ada orang yang disukai. Siapa lagi kalau bukan budak perempuan yang sentiasa duduk di taman bunga yang luas semasa Wonwoo kecil?

"Alolo. Eomma gurau je. Tapi kalau dah jadi girlfriend Wonu bagitau eomma erk? Eomma siapkan package kahwin dengan segera in a neat of time." Sakat Ji Woo lagi.

Kali ini Wonwoo tergelak perlahan. Apa-apa jelah eomma..

Mina dan Wonwoo? Hmm....

.... mungkin...?

To Be Continue...

. Kisah Sung In akan diberitahu sedikit demi sedikit melalui setiap chapter yang akan di update...

...dan tentunya ia mempengaruhi hubungan antara Wonwoo dan Mina.

Saya juga akan menambah beberapa watak sampingan yang memegang tugas penting dalam ff ini.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now