Episod 44: Curious

2.1K 216 19
                                    

Curious

Mascot tersebut hanya diam membisu.

Dan pada masa yang sama, bas pun tiba.

Aku menoleh semula ke arah Rilakkuma tersebut lalu menunduk hormat.

"Saya pergi dulu ya?"

Belum sempat lagi aku nak mengangkat kaki hendak masuk ke dalam bas tersebut, Rilakkuma itu dah terlebih dahulu memintas aku dan naik terus ke dalam bas itu.

What...?

Seriously? De-dengan mascot tu?

Rilakkuma tersebut melambai ke arah aku. Kesemua penumpang di dalam bas tersebut memandang aku dengan pelbagai rupa. Ada rupa pelik, ada rupa nak gelak..

Aku menampar diri aku perlahan dan meneguk air liur aku. Oh kay...ini memang mencabar.

Aku berjalan menuju ke tempat duduk yang paling belakang di mana mascot itu duduk lalu aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Merah muka aku menahan malu.

Sepuluh minit berada di dalam bas, akhirnya kenderaan besar yang kami naiki ini tiba di destinasi utama. Rilakkuma tersebut bangun dan terus berjalan laju menuju ke pintu keluar bas.

Dan aku, dengan penuh rasa musykil terus mengekori Rilakkuma tersebut secara senyap-senyap. Kaki aku terjengket-jengket mengikut Rilakkuma tersebut dan apabila dia masuk ke dalam...

....tandas lelaki.

Langkah aku terhenti. Cis! Aku dah tak boleh ikut mascot tu dah. Baiklah, aku akan tunggu.

Dua puluh minit kemudian..yes aku kira masanya.

Rilakkuma tersebut pun keluar. Aku macam tak boleh percaya kepala maskot yang besar gedabak tu boleh fit masuk bas dan tandas. This is so weird. Kenapa dia tak buka mascot tu? Dia takut ada orang cam ke?

Well sekarang aku akan jadi jahat.

Aku perlahan-lahan mengekorinya dari belakang dan...

SUUP! Aku buka sarung kepala Mascot tersebut.

.....

Wha...

"APA...Apa kau buat ni!!!?" Jungkook menjerit ke arah aku sambil mengusap-usap rambutnya laju. Wajahnya sangat gelabah.

Aku ternganga. "Jungkook? Apasal kau sarung...Rilakkuma ni pada badan kau?"

Jungkook terdiam seakan-akan mencari jawapan.

"Err...aku kerja. Hah! Aku kerja part time sebenarnya." Jawabnya. Aku dapat melihat peluh mengalir keluar dari kepalanya. Aku membuat mulut 'O'.

"Tapi kenapa kau tak buka je sarung mascot ni tadi?" Soalku lagi. Kini lebih banyak peluh keluar pada mukanya.

"Aku...err..Bos aku tak kasi bukak sarung mascot ni sampai masa berkerja habis. Eh, dahlah! Aku nak sambung buat kerja. Aku pergi dulu." Jungkook menyarungkan semula kepala mascot dan berlalu pergi dari situ.

Entah kenapa firasat aku menyatakan yang Jungkook sebenarnya berbohong.

Meh. Firasat tak selalunya betul.

Kalaulah aku tahu yang Mascot tu sebenarnya Jungkook, takdelah aku stop dekat hentian pertama and follow dia. Habis duit aku terbang melayang ke langit macam tu je. Fuh, nasib baiklah kau adik Wonwoo, Jungkook. Kalau tak dah lama aku sebat kau guna rotan kayu balak.

Aku terus menahan teksi yang berdekatan. And bertapa bertuahnya aku, Teksi itu terus meninggalkan aku yang tercengang di tepi jalan ni. OH Greaaatt.

My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now