Episod 38: Tipu

1.8K 207 19
                                    

"Urghh..."

Mata Hoshi perlahan-lahan terbuka. Bayangan kabur di hadapan matanya tampak semakin jelas.

"Hoshi, kamu dah sedar!" Wajah seorang perempuan yang dia tak kenali terpapar di hadapan matanya. Namun namja yang berada di sebelah perempuan tersebut sangat familiar...

"Mingyu Hyung?" Hoshi perlahan-lahan bangun dari pembaringannya. Mata dia memandang ke arah Mingyu dan kemudian berpaling ke arah Yeoja tersebut sambil matanya terkelip-kelip.

"Ah, nama saya Yein. Saya kawan noona kamu. Kamu baru tersedar dari pengsan tadi.." terang Yein dengan nada tenang. Mingyu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Jadi Yein noona dan Mingyu hyung yang selamatkan saya tadi? Noona...noona saya mana?" Soal Hoshi mulai risau apabila terfikir pasal kakaknya.

Yein dan Mingyu saling berpandangan. "Noona kamu-"

"Noona kamu tak akan apa-apalah." Satu suara wanita muncul secara tiba-tiba. Yein, Hoshi dan Mingyu menoleh ke arah suara tersebut.

"Krystal?" Terbundar mata Yein memandang susuk badan Krystal yang berdiri betul-betul di belakangnya sambil berpeluk tubuh.

Krystal masih dengan posisinya. "Kamu dengar sini ya Hoshi. Noona kamu, dia akan buat apa sahaja untuk selamatkan kamu. Dia tak adalah bodoh sangat sampai sanggup korbankan diri dia dan tinggalkan adik lelaki dia keseorangan." Ujar Krystal dingin.

Hoshi terlopong mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Krystal. Dia tahu benar yang kakaknya dan Krystal tidak mempunyai hubungan yang sangat baik. Apa yang sudah terjadi?

"Jangan salah faham. Saya cuma nak balas budi baik kakak awak sahaja. J-jangan fikir saya dan kakak awak kawan baik arasseo? Kami tak- takkan berbaik sampai bila-bila lah!" Muka Krystal merah padam. Aish, dia terleka seketika.

Hoshi tersengih. "Arasseo."

"Aih apa senyum-senyum? Saya serius lah!" Krystal menghentak-hentkkan tumitnya.

Yein juga tersenyum. "Halah-halah kalau malu mengaku jelah~" jelasnya. Muka Krystal terus menjadi panas.

"Jangan senyum lah!!!"

Mingyu hanya menjadi pemerhati sahaja. Tak mahu mengganggu perbualan mereka. Dia hanya berharap agar keselamatan Wonwoo dan Mina baik-baik sahaja.

●●●●●

Tap tap tap

"Hah...hah..." Mina menyorok di satu bilik kosong yang terdapat dalam rumah agam itu.

Hah...nasib baik sempat larikan diri... desis hatinya lega.

Namun kelegaannya itu tak terasa lama apabila Mina tiba-tiba sahaja terdengar bunyi beberapa tapak kaki datang mendekatinya.

Mina terketar-ketar. Aduh, dia ingatkan Wonwoo dah belasah semua pengawal ketika dia bersama Ji Sung di pejabat tadi. Takkan ada segelintir pengawal yang masih hidup?

Tuk....tak....Tuk...

Gulp... Mina menelan air liur. Tuhan tolonglah selamatkan aku...doa Mina bersungguh-sungguh di dalam hati.

Tapak kaki itu semakin mendekatinya.

Dan ketika itu ada sepasang tangan memegang bahu Mina menyebabkan Mina terjerit ketakutan.

"Shhh! Mina, ni sayalah. Jeon Jungkook."

Mina berhenti jerit. Dia terlihat Yuju dan ibunya juga sedang duduk di dalam bilik kosong itu bersama-sama dengan Jungkook.

"Eomma? Yuju? Kenapa awak semua tak lari tadi?" Soal Mina pelik.

"Lari? Mina, Pak Cik Ji Sung tipu! Dia tak benarkan kami lari pun! Sebaliknya, dia suruh dua orang pengawal dia kurung kami tadi! Nasib baiklah Jungkook dapat menanduk dagu pengawal gedempol tu tadi. Kitorang dapat lepaskn diri dan sembunyikan kat sini. " Terang Yuju panjang lebar dengan nada tidak berpuas hati.

Mina terbuntang mata. Jadi, Ji Sung menipunya lagi? Ahhh kenapalah aku ni bodoh sangat pergi percaya cakap dia!

Mina terus menekan dadanya dengan kedua-dua tapak tangannya.

Wonwoo...please...hati-hati...doanya di dalam hati.

●●●●●

"Appa.....tolonglah berhenti...." pinta Wonwoo perlahan.

"Tak. Appa takkan berhenti." Ji Sung menggeleng enggan.

"Appa jangan paksa Wonwoo gunakan kekerasan..." ujar Wonwoo dengan nada tipis.

"Gunakan sahaja kekerasan tu Wonwoo. Lawan appa macam seorang lelaki." Arah Ji Sung sambil tersenyum sinis.

Ayah dan Anak.

Pertarungan yang menentukan takdir pada masa akan datang

Agaknya Siapa yang akan menang?


●●●●●

Sorry for short chap.

Typo, abaikan.

Homework, langsaikan.

#ThugLife



My Crush Stole My DiaryWhere stories live. Discover now