"Mina bagitau kami, kenapa awak menangis?"
Semuanya bagai terlalu cepat.
Sampai hati kau Wonwoo.
Sreakk... kerusi ditarik.
"Mian...Yuju, Yein. Saya nak pulang dulu." Pintaku selepas puas menghabiskan air mata yang telah hampir kehabisan stok.
"Eh...nak pulang dah? Awak nak pulang dengan siapa? Biarlah kami teman..." ujar Yuju dengan riak wajah yang sedikit terkejut.
"Its okay. Saya dah biasa pulang seorang diri. Thanks untuk hari ni." Aku memberi senyuman tawar sebelum beredar dari situ.
●●●●●
Puff! Badanku dihempaskan ke atas katil dengan posisi meniarap.
Aku syok sendiri selama ni.
Aku tahu.
Aku terus memandang ke arah cermin yang tergantung di dinding bilik aku. Betul-betul di hadapan katil aku.
Dahulunya pakaian yang menutupi seluruh badan kini telah menampakkan kulit mulusku.
Dahulunya kaca mata segenggam tangan kini boleh diganti hanya dengan penggunaan Contact Lenses.
Perubahan penampilan aku sangat ketara.
Kecuali sikap aku yang pengecut dan kuat menangis ni.
"Erghh bencinyaa!" Aku menutup muka aku dengan bantal tidurku yang lembut dan gebu.
Tiba-tiba kelopak mata aku mulai layu dan akhirnya membuatkan aku terlena.
●●●●●●
Tok
Tok!"Noona? Noona ada kat dalam?"
Tok
Tok
Tok!"Noona...palli ireona...dah senja dah ni. Noona tak mandi lagi kan?"
"Hermmm....."
"Noona, dah pukul 7 petang noona."
"Herm...
...Wait what?" Aku terus terbangun dari alam mimpi aku. Oh damn it! Aku tertidur !
Aku bangun dalam keadaan mamai sampaikan readers pun tak boleh beza antara orang gila dengan orang waras bila tengok rambut aku yang serabai bercampur aduk dengan muka Zombie .
Aku memulas tombol pintu dan tersembul lah wajah adik lelaki kesayangan aku yang mengenakan T-Shirt Jersey dan seluar sport kesayangannya. Mungkin Hoshi baru pulang daripada latihan bolanya.
"Hai...cantik nya muka noona Hoshi ni. Hoshi nak snap sikit lah muka noona ni letak kat Ig. Manalah tau ada rezeki Chanyeol Exo komen ke kat gambar noona yang terlebih jelita ni." Ujar Hoshi sambil tergelak sakan.
"Hish kamu ni. Dah pandai perli noona eh? Kasi terung kang." Ugutku namun dengan nada gurauan. Hoshi terus terhenti gelaknya dan matanya membuntang.
YOU ARE READING
My Crush Stole My Diary
FanfictionKwon Mina telah lama memendamkan perasaannya terhadap Jeon Wonwoo. Ya, itupun setelah sembilan tahun mereka tidak bersua muka. Sehinggalah pada suatu ketika, diary kecil milik Mina telah hilang. And guess what? Diary itu ada pada Jeon Wonwoo itu se...